Showing posts with label Suka-suka. Show all posts
Showing posts with label Suka-suka. Show all posts

January 25, 2014

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

108 comments

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia


Hai Assalamualaikum semua, hari ini mambang nak kongsikan beberapa Ilmu Blogspot untuk blogger Malaysia yang mambang tahu serba sedikit je la ye..

Ok melalui entry Ilmu Blogspot Blogger Malaysia ini, mambang nak dedahkan beberapa teknik khas yang wajib dikuasai oleh para blogger semua ya.

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia, seo, teknik, blog, blogger, blogspot, SEO

Kuasai Teknik SEO

Pasti ramai blogger yang kurang mahir dalam menggunakan SEO ( Search Engine Optimization ). Begitulah juga dengan mambang sendiri yang kurang mahir menggunakan teknik ini walaupun dah beberapa kali belajar dari sini. SEO merupakan satu teknik yang mesti dimiliki oleh beberapa blogger supaya link blog kita berada di halaman utama page google apatah lagi berada di bahagian atas sekali. Jadi moh kita sama-sama praktikkan teknik ini dengan merujuk kepada link blog yang mambang sertakan itu. Ingat, kaedah SEO ini begitu penting dan sudahpun diamalkan sejak turun-temurun oleh para blogger hebat.

Mesti ada 'Sitemap'


Ilmu Blogspot Blogger Malaysia, ilmu, blogspot, blogger, malaysia, tips, teknik, SEO

 SITEMAP - atau istilah yang mambang panggil ialah 'isi kandungan'. Setiap blog / website mestilah mempunyai sitemap kerana ia sangat berguna untuk pembaca / pengunjung yang datang bertandang ke blog kita. Kegunaan sitemap ini ialah dengan menyenaraikan kesemua entri / post yang kita publish / terbitkan bermula dari blog / website anda ditubuhkan. Banyak cara untuk kita membuat sitemap ini yang anda boleh dapati di google.com dengan menggunakan keyword 'buat sitemap untuk blogger'

Selalu 'Ping Entry'


Ilmu Blogspot Blogger Malaysia, seo, ping, teknik, tips, ilmu, blogspot, blogger, malaysia

Apa itu PING ??

Hahaha sebenarnya mambang sendiri pun tak tahu apakah yang dimaksudkan dengan 'ping' . Apa yang mambang tahu, ping ialah salah satu cara yang digunakan oleh beberapa blogger hebat di dunia ini. Kaedah ping entry ini bermaksud kita menghantar link entry kita ke laman sosial, group blogger, serta website yang menyediakan perkhidmatan ping ini seperti busuk.org, blogr.my, pingje.com, apesal.com yang ni ja yang mambang selalu guna dan banyak lagi. Daftar percuma sahaja ok. Dari situ kita sudah berjaya menaikkan trafik kita dengan 'mengelirukan' pembaca menggunakan propaganda kita sendiri. hahaha. Oh ya sebelum itu kalau ada yang nak ping entry kalian ke group facebook boleh menggunakan link sini.

Ok itu saja penyampaian mambang mengenai Ilmu Blogspot Blogger Malaysia setakat ini, diharap semua dapat mempraktikkan diri sendiri dalam menggunakan beberapa teknik yang mambang bagi tu ya. Sekian.


Kontes Ilmu Blogspot Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com, DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net, DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.
Read More...

January 09, 2014

Tonton Pencetus Ummah Mimbar Akhir

42 comments
PU, pencetus ummah, OASIS, Astro, gua tv


Kepada yang terlepas untuk menonton Mimbar Akhir Pencetus Ummah , kini anda boleh menontonnya di sini .

Kredit video kepada : GuaTv.com

Klik Like sebagai tanda terima kasih kepada penyumbang yang menyediakan video ini.


Pusingan Pertama 
Tema : Pilihan Pendakwah

Peserta : PU Shahul



Peserta : PU Hafiz




Peserta : PU Yeop



Peserta : PU Rahmat



Pusingan Kedua
Tema : Cinta Rasulullah S.A.W


Peserta : PU Shahul



Peserta : PU Hafiz




Peserta : PU Yeop




Peserta : PU Rahmat



Pengumuman Pemenang




Tazkirah Selingan Oleh Dr Ridzuan Tee




Read More...

January 07, 2014

Makanan Dessert Murah di Kuala Terengganu

96 comments

Dessert Murah di Kuala Terengganu
Hahaha....mulakan entry dengan menahan diri.
Baiklah Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga sihat-sihat selalu di hari ini. Kali ini kita bertemu kembali dalam episod "Sekitar di Kuala Terengganu"

Entry kali ini, mambang akan ceritakan serba sedikit mengenai satu produk usahawan keluaran bumitera kelahiran Terengganu. 

Berlokasi di Kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu, seorang pengusaha makanan seperti kek, lasagna, pizza, dan lain-lain makanan di bawah kategori dessert. hahaha. Dikenali sebagai nama K.Gee Muda yang telah menjalankan perniagaan ini secara berseorangan dan kadang-kadang dibantu oleh suami atau anak-anaknya telah pun berjaya menempah nama dalam kalangan peminat makanan seperti ini sekitar Kuala Terengganu.

Ok sekarang biar mambang ceritakan serba sedikit antara produk yang dihasilkan oleh K.Gee Muda kita ni.

mars bar, dessert, kuala terengganu
Ruquisimo Mars Bar
Ok untuk produk di atas ni namanya Ruquisimo Mars Bar. Yang ni boleh dibeli secara pos atau COD (Cash on Delivery).

choc, chocolate, cake, coklat
Lasagna + Chocolate Cake
Ok yang kat atas ni pula namanya Lasagna dan Chocolate Cake. Yang ni la yang mambang dapat makan masa kat rumah K.Gee dulu...hahaha....memang sedap kalau makan panas-panas Lasagna ni. Dah la dapat makan, lepastu K.Gee Muda bagi pulak kat mambang untuk dihayati dalam bas masa perjalanan pulang. hahaha. Oh ya lupa pula, untuk Lasagna dan Kek Coklat ini, perkhidmatan pos tidak disediakan kerana takut-takut bila sampai nanti dah jadi bentuk lain. hahaha. Jadi untuk yang nak dapatkan Lasagna ni, penghantaran hanya secara COD sahaja ye.

lasagna
Lasagna sebelum & selepas

dessert, k.terengganu
Antara tempahan yang diterima
Seterusnya mari kita menghayati antara desert yang K.Gee buat ya...

mango casablanca, kt, terengganu

Untuk gambar di atas :

1.  Frosen Resoles
2.  Cheezy Crackers Nestum
3. Mango Casablanca
4.  Chese Cake

lasagna, kt, terengganu

1. Lasagna 7x4
2. Lasagna Macaroni Base
3 & 4 : Murtabak Cream Crackers



Ha yang gambar kat atas tu nama dia Takoyaki. Mambang pun tak pasti dari mana datangnya nama tu, rasa-rasanya dari Jepun kot. hahaha...apa yang mambang pasti ialah kelazatannya hingga menjilat bekas makanan tu. hahaha....zaazzssss !

Ok next kita proceed to the next chapter iaitu Chocolate Moist Cake Meleleleleleleh ! hahahaha. Apa korang ingat korang saja ke yang meleleh baca menu-menu K.Gee ni ?? mambang yang tulis dengan upload ni dah berbunyi perut, telan air liur pon rasa segalanya dalam nih. haaa..



Ok untuk pengetahuan semua, K.Gee juga ada membuat Chocolate Moist Cake ni, yang marvelicious ha suka hati mambang lah nak capur tambah darab bahagi bahasa mambang kan.

Selain itu, untuk kategori frozen, K.Gee ada menyediakan makanan seperti Sardin Roll, Resoles dan banyak lagi akan menemui anda pada tahun ini.


 Hah ??? karipap ??? bukan lah...gambar kat atas tu ialah sardin roll. Boleh didapati dalam bentuk frozen. Beli dan balik goreng kat rumah, lepastu boleh la makan bersama, keluarga anda ya

resoles frozen, dessert

Lastly ialah Resoles Frozen seperti dalam gambar kat atas tu, yang ni sesuai dimakan pada waktu petang bersama keluarga tersayang sambil menikmati udara segar.

K.Gee juga menyediakan perkhidmatan membuat kek untuk majlis hari jadi, majlis perkahwinan, dan lain-lain majlis.

Dan kepada penduduk sekitar Kuala Terengganu, anda boleh mendapatkan makanan di atas secara COD.

blooggers, review
Sesi bergambar bersama K.Gee Muda  
blooggers, review
Bergambar bersama K.Gee Muda dan suaminya

Baiklah untuk mengelakkan anda bosan membaca dan terpaksa menahan nafsu, jom hubungi K.Gee Muda di sini :

Facebook 
Whats App : 012-9880351

Dan jangan lupa sekali lagi nyatakan anda pembaca blog coretan-mambang.my untuk mendapat harga promosi !!!

p/s : terliur pula aku yang menulis....
Read More...

December 28, 2013

Hotel Murah di Terengganu

2 comments
Hotel Murah di Kuala Terengganu

Assalamualaikum semua, baru-baru ini mambang bersama lagi 9 blogger yang lain yang mewakili Blooggers Dot Com telah berangkat ke Terengganu untuk satu review mengenai Hotel Apartment yang Murah di Kuala Terengganu .


Pasti ramai yang tidak tahu bahawa di Kuala Terengganu, berhampiran Pantai Batu Burok terdapat sebuah Hotel Apartment yang merupakan salah satu Hotel Murah di Kuala Terengganu . Biar mambang ceritakan serba sedikit mengenai hotel ini .

Info SUMAI HOTEL APARTMENT

Diberi nama SUMAI HOTEL APARTMENT dan dimiliki oleh seorang yang berbangsa Melayu iaitu En. Sulaiman Mahyudin . Susah kita nak jumpa tauke hotel yang berbangsa Melayu ini.

Sebuah hotel yang didirikan betul-betul mengadap ombak Pantai Batu Burok ini yang berkonsepkan apartment dan mempunyai beberapa pakej mampu milik yang sememangnya sebuah Hotel Apartment Murah di Kuala Terengganu ini.

Suasana di dalam Hotel Apartment ini pula memang menarik di mana kelengkapan yang lengkap seperti dapur, bilik, sofa, tv, meja makan, keperluan WiFi juga disediakan. Memang mambang tidak nafikan bahawa kualiti SUMAI HOTEL APARTMENT ini boleh mengalahkan beberapa buah homestay yang berada sekitar dengannya.

Jika anda berada di SUMAI HOTEL APARTMENT ini , anda tidak perlu risau untuk berjalan-jalan mengambil angin di Pantai Batu Burok kerana perjalan untuk ke pantai hanyalah lebih kurang 5 minit sahaja. Itu pun kalau jalan kaki.

Untuk ke Pasar Payang pula, perjalanan dari sini hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja ! Secara keseluruhannya bagi mambang kedudukan SUMAI HOTEL APARTMENT ini memang strategik sekali.

JENIS BILIK & APARTMENT

Studio Room
Suite Room
Deluxe Apartment
Standard Apartment
Suite Apartment
Superior Apartment

MAKANAN

Seperti hotel-hotel yang lain, SUMAI HOTEL APARTMENT juga menyediakan beberapa menu makanan yang pasti menjilat jari anda.

Kafe Bintang Laut Restaurant yang menjadi tempat utama bagi sesiapa sahaja yang menginap di SUMAI HOTEL APARTMENT ini untuk menjamu selera samada sarapan pagi, tengah hari, dan juga makan malam.

Bintang Laut Restaurant juga dibuka untuk orang awam yang berminat untuk menikmati juadah istimewa yang tersedia oleh pihak hotel. Harganya pasti mengkagumkan bagi anda yang pernah ke sana .

Berikut ialah beberapa menu yang mambang sempat makan ketika berada di sana ! hahaha



Yang ini ialah makanan bakar, ada nasi goreng + ikan keli bakar + sotong bakar = RM 20 seorang...
korang makan la sampai puas

Yg ni plak Chinese Cuisine, ada sup isi ketam, daging lada hitam, mayonnaise chicken, ikan masak asam
total RM 45 sahaja !

Ok ini nasi dagang. Memang tak sah kalau ke Terengganu tak makan nasi dagang. Menu ini ada dalam sarapan pagi !
Ok. oleh kerana mambang tak tahu serba satu nama dia, so mambang letak menu dia kt tepi tu...hahaha
yang pasti, marvelous
Anda tak perlu risau kerana tanpa menginap di hotel ini pon, anda dapat makan makanan seperti di atas sebab mambang dah cakap yang Bintang Laut Restaurant ni ada dibuka untuk public.

Jadi sebelum mambang akhiri entri kali ini, mambang ingin buat satu promosi untuk pembaca blog mambang di mana anda boleh dapatkan harga penginapan yang istimewa daripada biasa.



Jadi apa yang korang tunggu lagi...cepat backpacking kemudian mesej ke nombor yang tertera di atas !
INGAT ! TAWARAN INI SAH SEHINGGA 28 FEBRUARI SAHAJA !
Read More...

December 25, 2013

Entry Popular Sepanjang Tahun 2013

1 comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pengunjung setia blog ini. Tahun 2013 bakal melabuhkan tirainya dan kini tiba masanya untuk tahun 2014 memperkenalkan dirinya. hahahaha

Untuk pengetahuan semua www.coretan-mambang.my telahpun berusia hampir 1 tahun setengah. Blog ini ditubuhkan pada Mei 2012 dan mula bergiat aktif pada Mac 2013.

Alhamdulillah blog ini telah mendapat banyak pengunjung yang gemar mengenai info, gosip, berita terkini, serta beberapa isu semasa yang berputar sepanjang tahun penubuhannya.

Pada mulanya blog ini hanyalah beralamat www.coretan-mambang.blogspot.com dan mempunyai domain yang sendiri iaitu ( .my ) yang mula didaftarkan pada Jan 2013.

Jadi di sini mambang nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi berkunjung ke sini untuk mendapatkan isu semasa yang belum ditayangkan di media kaca. Jadi untuk tahun 2014, mambang berhasrat untuk mengurangkan serba sedikit berita mengenai dunia hiburan untuk mengelakkan fitnah dan isu-isu lain. Mambang akan cuba fokuskan kepada review produk, travel, dan beberapa aktiviti bersama Blooggers Dot Com bagi tahun 2014 ini. InsyaAllah.

Di sini mambang sertakan beberapa entri popular sepanjang tahun 2013 !


Mungkin ada beberapa entri di atas mempunyai tulisan yang mengkaburkan penglihatan anda. Ini adalah kerana penukaran template untuk blog ini. 

Pencapaian ini tidaklah setanding dengan blog otai-otai yang lain seperti Hasrulhassan.com , Denaihati.com.my , dan lain-lain namun mambang berasa puas kerana melalui blog ini, mambang juga dapat menjada sedikit pendapatan sampingan :)

InsyaAllah mambang akan cuba untuk mempraktikkan beberapa teknik blogging terutamanya SEO untuk menaikkan lagi populariti blog ini. 


Read More...

December 18, 2013

REVIEW : Hotel Apartment Murah di Kuala Terengganu

4 comments

Hotel Apartment Murah di Kuala Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca..

Nampak tajuk entry macam tak percaya, tapi kalau baca sampai habis, mesti korang semua terkeluar biji mata...hahaha

Sebenarnya mambang dan 9 blogger yang lain akan ke berlepas ke Terengganu pada 20 Disember malam dan dijangka tiba di sana pada 21 Disember pagi.

Tujuan kami ke sana kerana Blooggers Dot Com telah menerima jemputan khas untuk membuat satu lagi review perkhidmatan yang dijalankan oleh SUMAI HOTEL & APARTMENT.

Terima kasih sekali lagi mambang ucapkan kepada pihak Blooggers Dot Com kerana memberi peluang kali kedua kepada mambang selepas Program Pelancaran Video Brosur bulan lepas.

Di sini mambang nak ceritakan serba sedikit tentang SUMAI HOTEL APARTMENT ni.


Sebuah hotel yang berkonsepkan apartment didirikan di persisir Pantai Batu Burok, Terengganu ini yang telah dapat menarik perhatian pelancong dari luar dan dalam negara.


Mungkin disebabkan harga yang berpatutan dan suasana dari dalam dan luar apartment yang selesa berjaya menambat hati pelancong asing. Kalau korang tak percaya, mambang ada sediakan beberapa gambar untuk santapan naluri hati korang...hahaha

dah xsabar rasanya nak landing atas tilam empuk ni :)

Ni contoh bilik untuk suite room

Ni pun suite room jugak




Jadi nantikan update untuk SUMAI HOTEL APARTMENT yang segar dari kami :)

Jika anda berminat untuk menyertai aktiviti seperti ini, jangan lupa like fanpage Blooggers Dot Com



Special untuk korang kalau nak tengok video Trailer SUMAI HOTEL APARTMENT & Blooggers Dot Com yang mambang suka-suka buat...hahaha

Read More...

December 06, 2013

SUKA-SUKA : Mini GA RM600 by Emas Putih

7 comments
As-Salam


Top Referal 
Cash RM50 + Puzzle Bernilai RM50 3D

Random
Cash RM50 x 5
Perfume Gred AAA Bernilai RM50 x 6

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Brado Bapak , Brado Bapak II , Lylahana Shop , Maha Mahu, Wan ComelMarqis Careno dan Iluvtour

Read More...

December 04, 2013

Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM

2 comments

Assalamualaikum dan hai semua, telah lama mambang tak join contest ni kan. Almaklumla, sibuk dengan macam-macam program. hahahaa

Jadi hari ni mambang ada ternampak satu entry oleh blogger yang mambang sanjungi dan hormati iaitu Hasrulhassan.

Blog hasrulhassan.com mempunyai niche yang tersendiri. Beliau memberikan banyak info, ilmu serta tutorial bagaimana hidup seorang blogger. Alhamdulillah, pencapaian mambang setakat ini adalah hasil dari pembelajaran sendiri yang mambang curi-curi baca dekat hasrulhassan.com. hahaha

Walaupun tidak pernah bertemu, bersapa, bersembang, namun mambang banyak terhutang budi dengannya, tanpa beliau, mambang x akan jadi seperti ini (ceewwaaaah !) hahaha

Ok, back to topic, kepada sesiapa yang berminat untuk join random giveaway ni, boleh lah klik banner beliau di atas. Ingat, hadiah RM 50 tuuu.. !

Semoga korang semua berjaya :)
Read More...

November 26, 2013

INFO : Google Scholar Memudahkan Pelajar

1 comment

Pasti ramai yang belum tahu kegunaan Google Scholar kan ? hihi...sebenarnya mambang ja yang baru tahu lalu terus rasa nak kongsi dengan anda semua.

Google Scholar ni dia lebih kurang macam search engine biasa Google. Akan tetapi, hasil carian di Google Scholar lebih banyak kepada ilmiah.

Lihat perbezaan di bawah dengan kata carian "Science Mathematics" menggunakan Google biasa dan Google Scholar.

Hasil menggunakan Google biasa
Hasil menggunakan Google Scholar



Google Scholar pada mulanya dilancarkan dalam bentuk Beta version pada tahun 2004. Dan kini telah menjadi kegunaan rasmi untuk semua pelajar di seluruh negara bagi memudahkan pelajar untuk membuat rujukan.

Jadi bagi mana-mana pelajar tak kira level of education mereka, gunalah kesempatan ini untuk membuat pelbagai rujukan.

Selain Google Scholar, kegunaan Web Ferret juga mempunyai fungsi yang sama di mana hasil carian mereka akan ditapis hanya untuk kegunaan dalam pembelajaran.

Layari http://scholar.google.com/ untuk akses ke Google Scholar

Anda boleh baca di sini TUTORIAL : Web Ferret Memudahkan Pelajar

Itu saja penulisan mambang untuk kali ini. Harap anda semua tidak tersalah guna :)
Read More...

November 22, 2013

INFO : Kilang Cetak Paling Murah - Idea Master

Leave a Comment

Assalamualaikum semua, memandangkan musim cuti sekolah sudah tiba, pasti ramai yang tertanya-tanya di mana tempat yang menerima tempahan untuk majlis seperti gathering, reunion dan lain-lain.

Di sini mambang nak cerita pasal sebuah syarikat yang bernama Idea Master yang menyediakan perkhidmatan mencetak baju, t-shirt, mug, pen, bag dan banyak lagi !


Berlokasi di VG-4, Jalan Plumbum V7/V, Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam, 40000 Selangor Darul Ehsan ( bersebelahan dengan Restoran Mamak Al Ehsana & Surau ). Idea Master diasaskan oleh saudara Hafizi Zain yang bermula dengan sebuah syarikat kecil yang diberi nama Idea Master Enterprise pada tahun 2008.

Kini pada tahun 2013, Idea Master telah dikenali ramai dari segi servis yang cepat, harga yang berpatutan, kualiti yang terbaik.

Baru-baru ini pihak Idea Master telah menjadi penaja bagi Majlis Pelancaran Video Brosur Bersama Bloogers Dot Com yang berlangsung di Restoran Khadijah's Kitchen .




Kebanyakan blogger-blogger yang hadir telah memberi feedback yang menarik mengenai cenderahati yang mereka terima. Kami di pihak Bloogers Dot Com mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Idea Master kerana menjadi penaja kami.

Kebanyakan syarikat besar seperti TV3, Samsung, Sony, myTV3, Modenas telah pon mendapatkan perkhidmatan daripada Idea Master bagi proses percetakan !


Jadi bagi sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan seperti baju, button badge, baju korporat dan sebagainya, boleh terus berhubung dengan mereka melalui Facebook atau laman web rasmi Idea Master :

Facebook : https://www.facebook.com/IdeaMasterPage
Website : http://www.ideamaster.com.my/
No telefon : 03-5510 3810
En Hafizi Zain : 013-6032855

Atau terus sahaja ke showroom Idea Master yang beralamat seperti di bawah ini .


Read More...
.