Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

January 25, 2014

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

108 comments

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia


Hai Assalamualaikum semua, hari ini mambang nak kongsikan beberapa Ilmu Blogspot untuk blogger Malaysia yang mambang tahu serba sedikit je la ye..

Ok melalui entry Ilmu Blogspot Blogger Malaysia ini, mambang nak dedahkan beberapa teknik khas yang wajib dikuasai oleh para blogger semua ya.

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia, seo, teknik, blog, blogger, blogspot, SEO

Kuasai Teknik SEO

Pasti ramai blogger yang kurang mahir dalam menggunakan SEO ( Search Engine Optimization ). Begitulah juga dengan mambang sendiri yang kurang mahir menggunakan teknik ini walaupun dah beberapa kali belajar dari sini. SEO merupakan satu teknik yang mesti dimiliki oleh beberapa blogger supaya link blog kita berada di halaman utama page google apatah lagi berada di bahagian atas sekali. Jadi moh kita sama-sama praktikkan teknik ini dengan merujuk kepada link blog yang mambang sertakan itu. Ingat, kaedah SEO ini begitu penting dan sudahpun diamalkan sejak turun-temurun oleh para blogger hebat.

Mesti ada 'Sitemap'


Ilmu Blogspot Blogger Malaysia, ilmu, blogspot, blogger, malaysia, tips, teknik, SEO

 SITEMAP - atau istilah yang mambang panggil ialah 'isi kandungan'. Setiap blog / website mestilah mempunyai sitemap kerana ia sangat berguna untuk pembaca / pengunjung yang datang bertandang ke blog kita. Kegunaan sitemap ini ialah dengan menyenaraikan kesemua entri / post yang kita publish / terbitkan bermula dari blog / website anda ditubuhkan. Banyak cara untuk kita membuat sitemap ini yang anda boleh dapati di google.com dengan menggunakan keyword 'buat sitemap untuk blogger'

Selalu 'Ping Entry'


Ilmu Blogspot Blogger Malaysia, seo, ping, teknik, tips, ilmu, blogspot, blogger, malaysia

Apa itu PING ??

Hahaha sebenarnya mambang sendiri pun tak tahu apakah yang dimaksudkan dengan 'ping' . Apa yang mambang tahu, ping ialah salah satu cara yang digunakan oleh beberapa blogger hebat di dunia ini. Kaedah ping entry ini bermaksud kita menghantar link entry kita ke laman sosial, group blogger, serta website yang menyediakan perkhidmatan ping ini seperti busuk.org, blogr.my, pingje.com, apesal.com yang ni ja yang mambang selalu guna dan banyak lagi. Daftar percuma sahaja ok. Dari situ kita sudah berjaya menaikkan trafik kita dengan 'mengelirukan' pembaca menggunakan propaganda kita sendiri. hahaha. Oh ya sebelum itu kalau ada yang nak ping entry kalian ke group facebook boleh menggunakan link sini.

Ok itu saja penyampaian mambang mengenai Ilmu Blogspot Blogger Malaysia setakat ini, diharap semua dapat mempraktikkan diri sendiri dalam menggunakan beberapa teknik yang mambang bagi tu ya. Sekian.


Kontes Ilmu Blogspot Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com, DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net, DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.
Read More...

December 26, 2013

Cerita di Masjid Al-Aqsa dan Tembok Kota Lama Jerusalem

3 comments
Assalamualaikum dan salam Jumaat, penghulu segala hari untuk anda semua. Entry kali ini adalah berkisar tentang kembara tuan punya blog Denaihati.com.my di dalam misinya yang bertajuk Kembara Palestin.

Cerita di Masjid Al-Aqsa dan Tembok Kota Lama Jerusalem

MASJID AL-AQSA



Nama Masjid Al-Aqsa yang bermaksud "masjid paling jauh" ini diambil bersempena dengan peristiwa Israk dan Mikraj. Menurut Islam, Nabi Muhammad S.A.W telah dibawa dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjid Al-Aqsa sebelum berangkat ke langit ketujuh ( Sidratul Muntaha ) ketika peristiwa Israk dan Mikraj.

Pada asalnya, Masjid Al-Aqsa dibina oleh Saidina Umar Al-Khatab dengan menggunakan kayu pada tahun 638M.


Ramai yang terkeliru dengan carian gambar mengenai Masjid Al-Aqsa ini. Mengikut sumber sebenar, kubah masjid yang berwarna emas adalah bukan gambaran Masjid Al-Aqsa yang sebenar. Gambar sebenar ialah seperti gambar di atas.


Masjid Al-Sakhra yang dibina oleh Yahudi yang mempunyai kubah berwarna emas itu adalah bertujuan untuk mengelirukan kita dan umas Islam yang lain.

Di dalam lingkungan Masjid Al-Aqsa juga terdapatnya sebiji batu besar yang dalam keadaan terapung. Batu ini dikatakan pada ketika dahulu ia ingin mengikuti Nabi Muhammad S.A.W ketika peristiwa Israk dan Mikraj. Namun Nabi Muhammad S.A.W menghentakkan kakinya ke atas batu tersebut agar batu itu berhenti dari mengekorinya.

TEMBOK KOTA LAMA, JERUSALEM



Bila terlihat tembok ini, pasti ramai yang terbayangkan akan perjuangan pejuang Islam kita iaitu Salahudin Al-Ayubi.

Salahudin Al-Ayubi atau nama sebenarnya Yusuf Bin Ayyub merupakan pemimpin yang berani, penyabar orangnya. Beliau juga berjaya menawan kota Baitulmaqdis pada tahun 1187. Beliau juga membenarkan semua orang beribadat di Baitulmaqdis tidak kira Kristian, Muslim dan Yahudi.

Namun, pada tahun 1243, Baitulmaqdis jatuh kembali ke tangan orang Kristian dan kemudian kembali ke tangan orang Muslim. Tembok Baitulmaqdis yang dapat dilihat hingga ke hari ini adalah binaan Sumaiman al-Qanuni dari Empayar Turki Uthmaniyyah.

Di dalam tembok ini juga terdapat Masjid Al-Aqsa, Qubbat As-Sakhrah dan Al-Haram Al-Sharif.

Sekian sahaja untuk setakat ini.
Jika ada terdapat kesalahan fakta mengenai info di atas, sila nyatakan di ruangan komen.

Sumber gambar daripada denaihati dan denaihati.com.my
Read More...
.