Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

January 25, 2014

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

108 comments

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia


Hai Assalamualaikum semua, hari ini mambang nak kongsikan beberapa Ilmu Blogspot untuk blogger Malaysia yang mambang tahu serba sedikit je la ye..

Ok melalui entry Ilmu Blogspot Blogger Malaysia ini, mambang nak dedahkan beberapa teknik khas yang wajib dikuasai oleh para blogger semua ya.

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia, seo, teknik, blog, blogger, blogspot, SEO

Kuasai Teknik SEO

Pasti ramai blogger yang kurang mahir dalam menggunakan SEO ( Search Engine Optimization ). Begitulah juga dengan mambang sendiri yang kurang mahir menggunakan teknik ini walaupun dah beberapa kali belajar dari sini. SEO merupakan satu teknik yang mesti dimiliki oleh beberapa blogger supaya link blog kita berada di halaman utama page google apatah lagi berada di bahagian atas sekali. Jadi moh kita sama-sama praktikkan teknik ini dengan merujuk kepada link blog yang mambang sertakan itu. Ingat, kaedah SEO ini begitu penting dan sudahpun diamalkan sejak turun-temurun oleh para blogger hebat.

Mesti ada 'Sitemap'


Ilmu Blogspot Blogger Malaysia, ilmu, blogspot, blogger, malaysia, tips, teknik, SEO

 SITEMAP - atau istilah yang mambang panggil ialah 'isi kandungan'. Setiap blog / website mestilah mempunyai sitemap kerana ia sangat berguna untuk pembaca / pengunjung yang datang bertandang ke blog kita. Kegunaan sitemap ini ialah dengan menyenaraikan kesemua entri / post yang kita publish / terbitkan bermula dari blog / website anda ditubuhkan. Banyak cara untuk kita membuat sitemap ini yang anda boleh dapati di google.com dengan menggunakan keyword 'buat sitemap untuk blogger'

Selalu 'Ping Entry'


Ilmu Blogspot Blogger Malaysia, seo, ping, teknik, tips, ilmu, blogspot, blogger, malaysia

Apa itu PING ??

Hahaha sebenarnya mambang sendiri pun tak tahu apakah yang dimaksudkan dengan 'ping' . Apa yang mambang tahu, ping ialah salah satu cara yang digunakan oleh beberapa blogger hebat di dunia ini. Kaedah ping entry ini bermaksud kita menghantar link entry kita ke laman sosial, group blogger, serta website yang menyediakan perkhidmatan ping ini seperti busuk.org, blogr.my, pingje.com, apesal.com yang ni ja yang mambang selalu guna dan banyak lagi. Daftar percuma sahaja ok. Dari situ kita sudah berjaya menaikkan trafik kita dengan 'mengelirukan' pembaca menggunakan propaganda kita sendiri. hahaha. Oh ya sebelum itu kalau ada yang nak ping entry kalian ke group facebook boleh menggunakan link sini.

Ok itu saja penyampaian mambang mengenai Ilmu Blogspot Blogger Malaysia setakat ini, diharap semua dapat mempraktikkan diri sendiri dalam menggunakan beberapa teknik yang mambang bagi tu ya. Sekian.


Kontes Ilmu Blogspot Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com, DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net, DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.
Read More...

January 20, 2014

Status Halal Produk Double Stem Cell Diragui ??

50 comments

Double Stem Cell

halal, double stemcell, phytoscience

Pasti ramai yang sudah maklum tentang Produk Double Stem Cell keluaran Phytoscienceyang mendapat sambutan yang agak tinggi sekarang. Produk ini dikatakan mampu untuk mengekalkan kesihatan dan kembali cantik di samping cara pemakanan yang amat mudah dan mempunyai perisa seperti epal dan anggur.

Namun untuk entry kali ini, mambang bukan lagi nak mempromosikan Double Stem Cell ini kerana ramai yang sudah tahu tentang kebaikannya. Tetapi kali ini mambang nak memberitahu bahawa Produk Double Stem Cell ini tidak mempunyai sijil halalnya yang sah !

Terdetik di hati mambang nak buat entry seperti ini kerana mambang ada terbaca di beberapa blog seperti blog mazidulakmal dan sahabathalal. Mula-mula sekali mambang agak kurang percaya kerana sudah lama produk ini berada di pasaran dan baru kini statusnya diketahui. Mambang juga agak bersimpati kepada rakan-rakan di luar sana yang telah menjadi agen / stokis untuk Double Stem Cell ini.

Jadi, untuk mendapatkan kepastian lagi, mambang cuba untuk hubungi pihak Halal Hub. Apa yang mambang terima adalah sama seperti apa yang ada dalam blog di atas.

halal, phytoscience, double, stem, cell



Dan mambang juga bertanya adakah hanya Double Stem Cell tidak mempunyai status halal atau keseluruhan produk keluaran dari Phytoscience. Antara jawapan yang diberikan adalah seperti ini :

halal, double, stem cell, phytoscience

Niat mambang di sini bukanlah nak menutup 'periuk nasi' mereka yang sudah menjadi agen / stokis Double Stem Cell ini, tetapi mambang hanya sekadar berkongsi apa yang mambang miliki.

Nantikan entry berikutnya apabila mambang berjaya mendapat penjelasan dari pihak Phytoscience sendiri ya...
Read More...

January 11, 2014

Jimatkan Petrol Dengan Bio Energy Sticker

11 comments
Jimatkan Petrol Dengan Bio Energy Sticker

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua, Anda pernah dengar penjimat petrol 'Bio Energy Sticker' ?? . Mesti ada yang belum pernah kan, ok jadi mari sini rapat-rapat dekat-dekat kita baca sini

petrol, jimatkan petrol

Memperkenalkan kepada anda iaitu produk terbaru beliau " Bio Energy Sticker ". Seperti yang anda lihat dalam gambar di atas, Bio Energy Sticker ini mampu :

  • Menjimatkan penggunaan petrol dan diesel
  • Meningkatkan tenaga dan stamina
  • Memperbaiki pengaliran darah
  • Tidak merosakkan enjin
  • Dan lain-lain
jimat petrol, minyak naik

Bio Energy Sticker juga boleh digunakan oleh setiap kenderaan di atas bumi ini kecuali basikal yang tidak menggunakan petrol / diesel. hahahaha. Dan cara penggunaan amatlah senang, anda tidak perlu menambah apa-apa cairan ke dalam tangki petrol, tangki minyak engin, sepertimana produk lain.

Ye la dah nama pun Bio Energy Sticker , tak kan lah bentuk cecair..hahaha


Dengan menggunakan teknologi dari Jepun, Bio Energy Sticker ini juga dapat digunakan selama 2 tahun. Apa yang perlu anda lakukan ialah melekatkannya di pintu tangki minyak kenderaan anda seperti dalam gambar di bawah.

Penggunaan Bio Energy Sticker untuk kereta

Penggunaan Bio Energy Sticker untuk motosikal
Untuk pengetahuan anda semua produk ini telahpun memasuki pasaran di Singapura dan mendapat sambutan hangat dari sana. 

Produk yang akan dihantar ke Singapura
Sebelum korang bertanya " boleh percaya ka benda ni ? " biar mambang jawab siap-siap.
Dulu mambang yang mula-mula tidak percaya tentang produk ni, tapi bila dah ramai guna dan memberikan feedback yang positif serta yang bertanya untuk menjadi agen dan REPEAT ORDER, mambang pun cuba la. Dan alhamdulillah setakat ini, tiada kesan buruk pada kereta dan motosikal yang mambang lekatkan sticker ini.

Bagaimana Bio Energy Sticker ni bertindak ??

Baiklah biar mambang terangkan serba sedikit ya bagaimana Bio Energy Sticker ni bertindak .

Ia dihasilkan daripada campuran-26 batu yang ada di muka bumi ini yang mampu menyerap cahaya seperti batu gunung berapi, silika oksida, aluminium oksida dan lain-lain lagi. Apa yang korang nampak macam bintik-bintik kat stiker tu, itulah dia campuran batu tersebut.

Tugas batu-batu ini ialah menyerap cahaya dan menggetarkan molekul minyak supaya lebih agresif dan membebaskan lebih banyak gas. Ala...macam kereta yang guna NGV tu...sebab tu la kenderaan yang pakai NGV jimat sebab NGV tu gas sebenarnya. Bila gas banyak, automatik penjimatan akan berlaku ya abang, kaka, adik, dato, datin sekalian. hahaha.

Ukuran cahaya yang diserap ialah 1000 micron. Kalau macam ini kita dah tak panggil cahaya, kita panggil gelombang, sebab tu la korang tak nampak apabila cahaya diserap masuk.

Kenapa tampal dekat pintu minyak bukan dekat enjin ?

Boleh je kalau korang nak tampal kat enjin, tapi nanti bila enjin menjadi panas, stiker itu akan rosak pula.

Di bawah ini pula beberapa testimoni dari pelanggan Bio Energy Sticker ini :

Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3

Testimoni 4
Testimoni 5

Testimoni 6

Testimoni 7

Testimoni 8

Testimoni 9
Testimoni 10

Testimoni 11

Testimoni 12

Testimoni 13


Ya memang terbukti bahawa Bio Energy Sticker mampu menjimatkan penggunaan petrol dan diesel

Harga minyak bila-bila masa saja boleh naik dan bila-bila masa saja boleh turun, namun penjimatan petrol sentiasa diperlukan. Tembak tak kena, cakap pun tak guna kalau tak ada detail nak order kan ? hahaha
Untuk cara penggunaan stiker Bio Energy pada peralatan elektrik, boleh ke link Cara Menggunakan Bio Energy Stiker ini.
Jadi di sini mambang membuka order ( ready stok ) yang ada kat mambang sendiri sebagai stokis daerah Sungai Petani ini kepada sesiapa yang nak order Bio Energy Sticker ini , sila contact mambang di :

Whats App / We Chat :  013-3191140
Facebook : Amirul Syahnaz / LINK

Harga ??
Bukan 70, Bukan 60 tetapi harga mampu milik oleh semua orang.
Jadi, SMS / Whatsapp saya di 013-3191140 untuk mendapatkan harga istimewa !

Harga agen / stokis sila berurusan dengan SMS/Whatsapp di nombor 0133191140 

Sekian :)
Read More...

January 03, 2014

Pakej Bilik Seminar di Terengganu

5 comments
Pakej Bilik Seminar di Terengganu - Hai assalamualaikun semua, bertemu lagi kita dalam episod seterusnya "Sekitar Kuala Terengganu" hahahaha. Ye lah kan, beberapa entry ni asyik berkisar mengenai Kuala Terengganu ja kan. So kali ini, mambang nak cerita pasal Harga Bilik Seminar yang Murah di Kuala Terengganu ni.

Sebelum itu, amaran dari mambang ialah [ Entry ini sesuai dibaca oleh mereka yang berumur 18-40 tahun sahaja samada pelajar, guru, pengurus, pengusaha, penceramah dan warga Kuala Terengganu ] hahaha.
Kepada sesiapa yang ingin mencari Bilik Seminar yang murah boleh lah baca entry ini sampai habis ya .

Dewan Sumai Jasa @ SUMAI HOTEL APARTMENT

Dewan Sumai Murni @ SUMAI HOTEL APARTMENT

Pakej yang disediakan ialah termasuk makan minum dan lain lain lagi. Anda juga boleh menempah untuk menggunakan sepenuh hari atau separuh hari bilik seminar ini mengikut kadar di bawah ini :

Pakej sepenuh hari

Pakej separuh hari
Nampak tak ? lebih kurang ja pakej-pakej yang diberikan...hahaha. Harga pun menarik dan mampu milik. Amatlah sesuai kepada mereka yang mencari pakej bilik seminar di Terengganu ini .

Jadi kepada mereka yang berminat, sila simpan page ini sebagai bookmark anda ya. hahaha

Dan hubungi nombor di bawah untuk membuat tempahan

Eksekutif Jualan Sumai Hotel Apartment :

Puan Noor Zarimaniza : 014-5243941

Juga kepada sesiapa yang ingin mendapatkan pakej penginapan termurah di SUMAI HOTEL APARTMENT ini boleh terus ke link INI ( hanya untuk pembaca blog ini sahaja )
Read More...

January 02, 2014

Bayi Meninggal Disangka Sedang Tidur Nyenyak

14 comments
Putrajaya: Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati bayi mereka berusia empat bulan meninggal dunia ketika mengambilnya dari TASKA di Desa Pinggiran Putra, semalam.

Lebih menyayat hati kejadian itu langsung tidak disedari pengasuh yang menyangka bayi berkenaan sedang tidur nyenyak. 


Ibu bayi itu, Rossmaine Sulaiman, 38, berkata dia dan suaminya mengambil anaknya, Azeem Rifhan kira-kira jam 2.15 petang selepas waktu bekerja. 


  “Ketika mengambilnya dari tangan pengasuh, saya dapat rasakan tangan keras dan langsung tidak ada tindak balas, manakala tubuhnya sejuk.

  “Melihat kejadian itu, saya dan suami bergegas ke Hospital Putrajaya dalam usaha menyelamatkan anak kami,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. 


  Dia berkata, sepanjang perjalanan, mereka cuba meletakkan tangan di atas dada Azeem namun tiada sebarang tindak balas, malah doktor cuba memberi bantuan pernafasan sebaik tiba di hospital tetapi gagal menyelamatkan bayi terbabit.

“Segalanya berlaku dengan pantas. Bayangkan, saya menghantar anak ke taska dalam keadaan sihat tapi akhirnya menerima tubuhnya yang kaku,” katanya. 

Rossmaine berkata, dia cuba menelefon pemilik taska berkali-kali namun taliannya dimatikan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi Superintendan Zaldino Zaludin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

sumber : bharian.com.my
Read More...

December 30, 2013

Tempat Menarik di Kuala Terengganu

16 comments

Tempat Menarik di Kuala Terengganu

Pasti ramai yang sudah tahu bahawa tahun 2013 merupakan Tahun Melawat Terengganu . Apa yang pasti bagi tahun 2014 pula, program Tahun Melawat Malaysia telah dilancarkan. Melalui program ini, pelancong ataupun penduduk tempatan boleh melawat beberapa tempat yang menarik di alam Malaysia.


Di Malaysia, terdapat beberapa tempat menarik serta unik yang boleh dikunjungi. Di entry kali ini, mambang hanya nak menulis tentang beberapa tempat yang sempat mambang singgah ketika program bersama Blooggers Dot Com dan SUMAI HOTEL APARTMENT baru-baru ini.


TAMAN PANORAMA

Pada hari pertama kami di Kuala Terengganu, setelah selesainya sarapan di Bintang Laut Restaurant @ SUMAI HOTEL APARTMENT kami telah dibawa untuk ke Taman Panorama yang terletak hanya 10 minit sahaja dari SUMAI HOTEL APARTMENT .


Meskipun tidak ramai yang mengetahui tentang Taman Panorama ini, namun ia merupakan salah satu Tempat Menarik di Kuala Terengganu yang patut dikunjungi oleh semua pelancong setelah menjejakkan kaki anda di Kuala Terengganu.


kuala terengganu, bukit panorama, travellog
Antara panorama yang sempat dirakamkan oleh jurulensa kami [ iluvtour.com ]

Taman Panorama atau Bukit Panorama adalah sebuah tempat untu anda melihat seluruh panorama kota Kuala Terengganu. Bagi mereka yang gemar untuk mendapatkan angin segar secara percuma, bolehlah singgah di sini sambil melepaskan stress setelah penat bekerja.
blooggers, camwhore, travellog
Mestilah kena bergambar dulu ye untuk kenangan...hahaha

TAMAN TAMADUN ISLAM ( TTI )

Ok untuk destinasi seterusnya, kita ke Taman Tamadun Islam. hahaha dah macam tour guide plak kn...
Sepanjang hidup mambang selama 20 tahun, ini merupakan kali kedua mambang menjejakkan kaki ke sini. yang first dulu masa rombongan sekolah...hahaha

Di sini, terdapat lebih kurang 23 buah monumen masjid yang dicipta dan masing-masing mempunyai cerita dan sejarah yang tersendiri.

tti, taman, tamadun, islam, terengganu
Great Mosque of Samarra, Iraq

tti, taman, tamadun, islam, terengganu

tti, terengganu, taman, tamadun, islam
Great Mosque of Agadez, Nigar

Semua info mengenai monumen yang terdapat di sini, ada tertulis dalam buku ini ya...hahaha

Taman Tamadun Islam yang turut menjadi tempat jajahan Blooggers Dot Com !

MUZIUM NEGERI TERENGGANU

Selepas ini, kita akan bergerak pula ke Muziun Negeri Terengganu. vroooommmmm.....hahaha

Sebahagian pemandangan dari luar Muzium

Ok dah sampai...hahaha
Muzim Negeri Terengganu ini terletak berhampiran dengan Taman Tamadun Islam, jalan kaki pon boleh sampai...

Di sini, segala sejarah berkaitan Terengganu disimpan secara rapi dan dijaga dengan teliti oleh pihak muzium. Bagi mereka yang ingin menimba ilmu mengenai sejarah, bolehlah melawat ke sini. Tapi ingat ! Hanya buku nota sahaja dibenarkan untuk di bawa masuk. Kamera tak boleh ! hahaha

Para bloggers diberi penerangan secara ringkas oleh pengurus muzium ini sendiri. ( kak anis tengah buat apa tu ? ) 

Kembali ke zaman batu ! hahaha. 

RIVER CRUISE, TAMAN TAMADUN ISLAM


Setelah penat berjalan, kita akan kembali ke lokasi Taman Tamadun Islam tapi untuk kali ini, bukan nak tengok monumen lagi.

Kali ini, kita akan menaiki River Cruise yang yang dikemudi oleh dua orang kapten dari mereka. Bayaran sebanyak RM 20.00 seorang akan dikenakan untuk satu trip. Ok sila pakai jaket keselamatan dengan betul sebelum kita menjelajahi Sungai Terengganu ini.

Ok meh kita dengar dulu taklimat tentang cara pemakaian jaket keselamatan ini.

kuala terengganu
Ini buka senyum paksa ye, tapi senyum dek kerana sinaran uv yang telus ke muka kami...hahaha

Antara pemandangan yang korang boleh nampak ketika menaiki River Cruise ini

Pemandangan Masjid Kristal yang tersergam indah 
STR SDN. BHD [ Batik . Kain Putih . Pencelup . Kain Songket ]

Amacam perjalan ok tak ? hahaha
Lokasi seterusnya kita akan ke STR SDN. BHD. Di sini kami berkesempatan untuk menyaksikan dengan deria penglihatan kami sendiri tentang cara untuk menghasilkan batik.

Para blogger yang sedang menanti untuk proses mencanting dan mewarna batik
Di sini, para blogger mula menunjukkan bakat masing masing dalam bidang kesenian yang selama ini terpendam di lubuk nurani mereka. hahaha

Kami diberi kesempatan untuk mencanting serta mewarna batik sendiri.

Ha nampak...sumbangan mambang walaupun hanya mewarna, nilai ketekunan dan kesabaran haruslah dititikberatkan...hahaha

Proses mewarna setelah selesainya proses mencanting selesai


Ok siap ! taraaaaaa ! hahahaha
Untuk pengetahuan semua, kami hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit sahaja untuk menghasilkan sehelai batik. Itu pun dengan kerjasama 10 orang blogger dan beberapa orang staff dari SUMAI HOTEL APARTMENT . Cuba korang bayangkan la jikalau hanya seorang atau dua sahaja yang melakukan proses mencanting dan mewarna batik ini. Sekurang-kurangnya akan mengambil masa dalam dua atau tiga jam untuk sehelai batik !

Sedikit info di sini : SUMAI HOTEL APARTMENT juga menyediakan beberapa pakej trip untuk anda kunjungi sekiranya anda menginap di SUMAI HOTEL APARTMENT .

Baca di sini untuk info mengenai SUMAI HOTEL APARTMENT : Hotel Murah di Terengganu
Read More...
.