Showing posts with label Bloogers Activity. Show all posts
Showing posts with label Bloogers Activity. Show all posts

January 03, 2014

Pakej Bilik Seminar di Terengganu

5 comments
Pakej Bilik Seminar di Terengganu - Hai assalamualaikun semua, bertemu lagi kita dalam episod seterusnya "Sekitar Kuala Terengganu" hahahaha. Ye lah kan, beberapa entry ni asyik berkisar mengenai Kuala Terengganu ja kan. So kali ini, mambang nak cerita pasal Harga Bilik Seminar yang Murah di Kuala Terengganu ni.

Sebelum itu, amaran dari mambang ialah [ Entry ini sesuai dibaca oleh mereka yang berumur 18-40 tahun sahaja samada pelajar, guru, pengurus, pengusaha, penceramah dan warga Kuala Terengganu ] hahaha.
Kepada sesiapa yang ingin mencari Bilik Seminar yang murah boleh lah baca entry ini sampai habis ya .

Dewan Sumai Jasa @ SUMAI HOTEL APARTMENT

Dewan Sumai Murni @ SUMAI HOTEL APARTMENT

Pakej yang disediakan ialah termasuk makan minum dan lain lain lagi. Anda juga boleh menempah untuk menggunakan sepenuh hari atau separuh hari bilik seminar ini mengikut kadar di bawah ini :

Pakej sepenuh hari

Pakej separuh hari
Nampak tak ? lebih kurang ja pakej-pakej yang diberikan...hahaha. Harga pun menarik dan mampu milik. Amatlah sesuai kepada mereka yang mencari pakej bilik seminar di Terengganu ini .

Jadi kepada mereka yang berminat, sila simpan page ini sebagai bookmark anda ya. hahaha

Dan hubungi nombor di bawah untuk membuat tempahan

Eksekutif Jualan Sumai Hotel Apartment :

Puan Noor Zarimaniza : 014-5243941

Juga kepada sesiapa yang ingin mendapatkan pakej penginapan termurah di SUMAI HOTEL APARTMENT ini boleh terus ke link INI ( hanya untuk pembaca blog ini sahaja )
Read More...

December 30, 2013

Tempat Menarik di Kuala Terengganu

16 comments

Tempat Menarik di Kuala Terengganu

Pasti ramai yang sudah tahu bahawa tahun 2013 merupakan Tahun Melawat Terengganu . Apa yang pasti bagi tahun 2014 pula, program Tahun Melawat Malaysia telah dilancarkan. Melalui program ini, pelancong ataupun penduduk tempatan boleh melawat beberapa tempat yang menarik di alam Malaysia.


Di Malaysia, terdapat beberapa tempat menarik serta unik yang boleh dikunjungi. Di entry kali ini, mambang hanya nak menulis tentang beberapa tempat yang sempat mambang singgah ketika program bersama Blooggers Dot Com dan SUMAI HOTEL APARTMENT baru-baru ini.


TAMAN PANORAMA

Pada hari pertama kami di Kuala Terengganu, setelah selesainya sarapan di Bintang Laut Restaurant @ SUMAI HOTEL APARTMENT kami telah dibawa untuk ke Taman Panorama yang terletak hanya 10 minit sahaja dari SUMAI HOTEL APARTMENT .


Meskipun tidak ramai yang mengetahui tentang Taman Panorama ini, namun ia merupakan salah satu Tempat Menarik di Kuala Terengganu yang patut dikunjungi oleh semua pelancong setelah menjejakkan kaki anda di Kuala Terengganu.


kuala terengganu, bukit panorama, travellog
Antara panorama yang sempat dirakamkan oleh jurulensa kami [ iluvtour.com ]

Taman Panorama atau Bukit Panorama adalah sebuah tempat untu anda melihat seluruh panorama kota Kuala Terengganu. Bagi mereka yang gemar untuk mendapatkan angin segar secara percuma, bolehlah singgah di sini sambil melepaskan stress setelah penat bekerja.
blooggers, camwhore, travellog
Mestilah kena bergambar dulu ye untuk kenangan...hahaha

TAMAN TAMADUN ISLAM ( TTI )

Ok untuk destinasi seterusnya, kita ke Taman Tamadun Islam. hahaha dah macam tour guide plak kn...
Sepanjang hidup mambang selama 20 tahun, ini merupakan kali kedua mambang menjejakkan kaki ke sini. yang first dulu masa rombongan sekolah...hahaha

Di sini, terdapat lebih kurang 23 buah monumen masjid yang dicipta dan masing-masing mempunyai cerita dan sejarah yang tersendiri.

tti, taman, tamadun, islam, terengganu
Great Mosque of Samarra, Iraq

tti, taman, tamadun, islam, terengganu

tti, terengganu, taman, tamadun, islam
Great Mosque of Agadez, Nigar

Semua info mengenai monumen yang terdapat di sini, ada tertulis dalam buku ini ya...hahaha

Taman Tamadun Islam yang turut menjadi tempat jajahan Blooggers Dot Com !

MUZIUM NEGERI TERENGGANU

Selepas ini, kita akan bergerak pula ke Muziun Negeri Terengganu. vroooommmmm.....hahaha

Sebahagian pemandangan dari luar Muzium

Ok dah sampai...hahaha
Muzim Negeri Terengganu ini terletak berhampiran dengan Taman Tamadun Islam, jalan kaki pon boleh sampai...

Di sini, segala sejarah berkaitan Terengganu disimpan secara rapi dan dijaga dengan teliti oleh pihak muzium. Bagi mereka yang ingin menimba ilmu mengenai sejarah, bolehlah melawat ke sini. Tapi ingat ! Hanya buku nota sahaja dibenarkan untuk di bawa masuk. Kamera tak boleh ! hahaha

Para bloggers diberi penerangan secara ringkas oleh pengurus muzium ini sendiri. ( kak anis tengah buat apa tu ? ) 

Kembali ke zaman batu ! hahaha. 

RIVER CRUISE, TAMAN TAMADUN ISLAM


Setelah penat berjalan, kita akan kembali ke lokasi Taman Tamadun Islam tapi untuk kali ini, bukan nak tengok monumen lagi.

Kali ini, kita akan menaiki River Cruise yang yang dikemudi oleh dua orang kapten dari mereka. Bayaran sebanyak RM 20.00 seorang akan dikenakan untuk satu trip. Ok sila pakai jaket keselamatan dengan betul sebelum kita menjelajahi Sungai Terengganu ini.

Ok meh kita dengar dulu taklimat tentang cara pemakaian jaket keselamatan ini.

kuala terengganu
Ini buka senyum paksa ye, tapi senyum dek kerana sinaran uv yang telus ke muka kami...hahaha

Antara pemandangan yang korang boleh nampak ketika menaiki River Cruise ini

Pemandangan Masjid Kristal yang tersergam indah 
STR SDN. BHD [ Batik . Kain Putih . Pencelup . Kain Songket ]

Amacam perjalan ok tak ? hahaha
Lokasi seterusnya kita akan ke STR SDN. BHD. Di sini kami berkesempatan untuk menyaksikan dengan deria penglihatan kami sendiri tentang cara untuk menghasilkan batik.

Para blogger yang sedang menanti untuk proses mencanting dan mewarna batik
Di sini, para blogger mula menunjukkan bakat masing masing dalam bidang kesenian yang selama ini terpendam di lubuk nurani mereka. hahaha

Kami diberi kesempatan untuk mencanting serta mewarna batik sendiri.

Ha nampak...sumbangan mambang walaupun hanya mewarna, nilai ketekunan dan kesabaran haruslah dititikberatkan...hahaha

Proses mewarna setelah selesainya proses mencanting selesai


Ok siap ! taraaaaaa ! hahahaha
Untuk pengetahuan semua, kami hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit sahaja untuk menghasilkan sehelai batik. Itu pun dengan kerjasama 10 orang blogger dan beberapa orang staff dari SUMAI HOTEL APARTMENT . Cuba korang bayangkan la jikalau hanya seorang atau dua sahaja yang melakukan proses mencanting dan mewarna batik ini. Sekurang-kurangnya akan mengambil masa dalam dua atau tiga jam untuk sehelai batik !

Sedikit info di sini : SUMAI HOTEL APARTMENT juga menyediakan beberapa pakej trip untuk anda kunjungi sekiranya anda menginap di SUMAI HOTEL APARTMENT .

Baca di sini untuk info mengenai SUMAI HOTEL APARTMENT : Hotel Murah di Terengganu
Read More...

December 28, 2013

Hotel Murah di Terengganu

2 comments
Hotel Murah di Kuala Terengganu

Assalamualaikum semua, baru-baru ini mambang bersama lagi 9 blogger yang lain yang mewakili Blooggers Dot Com telah berangkat ke Terengganu untuk satu review mengenai Hotel Apartment yang Murah di Kuala Terengganu .


Pasti ramai yang tidak tahu bahawa di Kuala Terengganu, berhampiran Pantai Batu Burok terdapat sebuah Hotel Apartment yang merupakan salah satu Hotel Murah di Kuala Terengganu . Biar mambang ceritakan serba sedikit mengenai hotel ini .

Info SUMAI HOTEL APARTMENT

Diberi nama SUMAI HOTEL APARTMENT dan dimiliki oleh seorang yang berbangsa Melayu iaitu En. Sulaiman Mahyudin . Susah kita nak jumpa tauke hotel yang berbangsa Melayu ini.

Sebuah hotel yang didirikan betul-betul mengadap ombak Pantai Batu Burok ini yang berkonsepkan apartment dan mempunyai beberapa pakej mampu milik yang sememangnya sebuah Hotel Apartment Murah di Kuala Terengganu ini.

Suasana di dalam Hotel Apartment ini pula memang menarik di mana kelengkapan yang lengkap seperti dapur, bilik, sofa, tv, meja makan, keperluan WiFi juga disediakan. Memang mambang tidak nafikan bahawa kualiti SUMAI HOTEL APARTMENT ini boleh mengalahkan beberapa buah homestay yang berada sekitar dengannya.

Jika anda berada di SUMAI HOTEL APARTMENT ini , anda tidak perlu risau untuk berjalan-jalan mengambil angin di Pantai Batu Burok kerana perjalan untuk ke pantai hanyalah lebih kurang 5 minit sahaja. Itu pun kalau jalan kaki.

Untuk ke Pasar Payang pula, perjalanan dari sini hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja ! Secara keseluruhannya bagi mambang kedudukan SUMAI HOTEL APARTMENT ini memang strategik sekali.

JENIS BILIK & APARTMENT

Studio Room
Suite Room
Deluxe Apartment
Standard Apartment
Suite Apartment
Superior Apartment

MAKANAN

Seperti hotel-hotel yang lain, SUMAI HOTEL APARTMENT juga menyediakan beberapa menu makanan yang pasti menjilat jari anda.

Kafe Bintang Laut Restaurant yang menjadi tempat utama bagi sesiapa sahaja yang menginap di SUMAI HOTEL APARTMENT ini untuk menjamu selera samada sarapan pagi, tengah hari, dan juga makan malam.

Bintang Laut Restaurant juga dibuka untuk orang awam yang berminat untuk menikmati juadah istimewa yang tersedia oleh pihak hotel. Harganya pasti mengkagumkan bagi anda yang pernah ke sana .

Berikut ialah beberapa menu yang mambang sempat makan ketika berada di sana ! hahaha



Yang ini ialah makanan bakar, ada nasi goreng + ikan keli bakar + sotong bakar = RM 20 seorang...
korang makan la sampai puas

Yg ni plak Chinese Cuisine, ada sup isi ketam, daging lada hitam, mayonnaise chicken, ikan masak asam
total RM 45 sahaja !

Ok ini nasi dagang. Memang tak sah kalau ke Terengganu tak makan nasi dagang. Menu ini ada dalam sarapan pagi !
Ok. oleh kerana mambang tak tahu serba satu nama dia, so mambang letak menu dia kt tepi tu...hahaha
yang pasti, marvelous
Anda tak perlu risau kerana tanpa menginap di hotel ini pon, anda dapat makan makanan seperti di atas sebab mambang dah cakap yang Bintang Laut Restaurant ni ada dibuka untuk public.

Jadi sebelum mambang akhiri entri kali ini, mambang ingin buat satu promosi untuk pembaca blog mambang di mana anda boleh dapatkan harga penginapan yang istimewa daripada biasa.



Jadi apa yang korang tunggu lagi...cepat backpacking kemudian mesej ke nombor yang tertera di atas !
INGAT ! TAWARAN INI SAH SEHINGGA 28 FEBRUARI SAHAJA !
Read More...

November 29, 2013

REVIEW : Buat Sticker Kereta Dengan Harga Murah

Leave a Comment
Stiker Kereta Murah

Hai, Assalamualaikum semua,

Sebenarnya mambang ada lagi review bagi sponsor event Blooggers hari tu yang hendak dibuat..hehehe...

Apakah Car Stickers Malaysia ???

Untuk pengetahuan semua Car Stickers Malaysia juga merupakan penaja utama kami haritu

Ni lah dia sticker tu, cantik kan ??
Car Stickers Malaysia juga menyediakan perkhidmatan membuat sticker mengikut design anda semdiri dan lepas ni boleh la korang design apa2 yang hendak dilekatkan pada cermin kereta anda. Dah nama pon Car Stickers kan, mesti lah untuk kereta...hahaha

Tak kisahlah kalau korang nak buat untuk jual ke, ataupun untuk kegunaan diri sendiri kerana harga yang ditawarkan memang murah-murah.

Baru-baru ini Car Stickers Malaysia ada mengeluarkan produk terbaru mereka iaitu sticker untuk lekat roadtax anda dengan bendera negeri masing-masing. Tengok ni


Ha nampak kan ?? korang boleh pilih ikut negeri korang, nampak harga x??ahhhaha
Siapa2 yang cakap mahal, wa hentak dengan keyboard wa...hahaha
Jadi bagi sesiapa yang ingin mendapatkan sticker kereta dengan design anda sendiri boleh hubungi mereka di Facebook mereka di SINI ataupun di website mereka di SINI

Korang kena ingat kalau kat facebook, korang kena messages/PM Car Stickers Malaysia dahulu sebabnya page xboleh directly PM personal account

Dibawah ialah koleksi yang Car Stickers Malaysia ada :




Tu ja eh....
Apa nak tengok banyak lagi ?? korang terjah je album Car Stickers Malaysia di SINI
Read More...

November 23, 2013

BERITA : Cheez & Choc Menggiurkan (18 PL)

4 comments

Assalamualaikum dan hai semua..pasti di sini yang menyukai kek kan. Tambah-tambah lagi kek yang ada chocolate pekat lagi meleleh tu !

Di sini mambang sarankan kepada mereka yang diluar sana yang amat menggemari kek coklat ke, cheese cake ke, apa-apa jenis kek ja asalkan kek. Korang boleh dapatkan dengan Cheez & Choc

First time masa event BloogersTV hari tu, mambang dapat merasa kek yang selembut 'sponge' dan cair di mulut haa gitu...dah macam iklan aiskrim plak. hihihi

Untuk pengetahuan semua, Cheez & Choc juga merupakan salah satu daripada penaja bagi event haritu.

Ni lah dia kek yang di'sponsor' hari tu
Mambang telan dua biji...hahaha...ye lah..bila dah makan sedap, mesti la nak lagi kan...tambah-tambah pulah kat tempat mambang duduk tu kurang orang. Masa mambang NGAP !! tu sedar-sedar dah dua biji...hahaha
sorry bloggers.

Nampak tak atas meja tu sebiji-sebiji diorang susun...hahaha
Ni lah yang mambang bedal tuh...hahaha...siap ada shreddered cheese lagi !

Selain dari itu, Cheez & Choc juga menyediakan perkhidmatan membuat kek bagi majlis hari jadi , majlis perkahwinan, dan juga beberapa cookies untuk di bedal pada masa lapang !

Bagi yang ingin penghantaran dilakukan ke depan pintu rumah anda, rajun-rajin lah follow up info di page Cheez & Choc ini .

Antara bukti meleleh dari blogger-blogger yang hadir !
Gambar dari duniafarisya.com

Anda boleh terus menghantar PM di facebook page Cheez & Choc ini atau pun dengan menggunakan no telefon di bawah untuk membuat tempahan :

Azura : 012-2614176
Mazlan : 019-3630673

p/s : harga memang murah ooi ! terliur pulak mambang bila buat entry ni. esok mesti order ni !!!!
Read More...
.