August 04, 2014

TIPS : 4 Cara Penjagaan Powerbank Dengan Betul

Leave a Comment
Sebut sahaja powerbank, pasti ramai yang tahu di era teknologi ini kan. Ada yang jenis silinder lah, petak lah, dan macam-macam lagi keluaran powerbank yang mambang jumpa di pasaran. 


TIPS : 4 Cara Penjagaan Powerbank Dengan Betul
Namun, adakah anda semua tahu Cara Penjagaan Powerbank dengan betul supaya tahan lebih lama ? Di sini, mambang nak kongsikan beberapa tips penjagaan powerbank kepada anda.

Simpan Powerbank dalam Kereta !

Jangan simpan powerbank anda dalam kereta. Ini kerana biasanya suhu dalam kereta akan mencecah 40 Celsius atau lebih tinggi apabila berjemur di bawah matahari dan suhu tinggi ni akan mengurangkan lifespan powerbank anda. Kekadang ada sahaja antara kita yang malas untuk membawa keluar powerbank berjalan-jalan bersama kita, maka ditinggalkannya di dalam kereta. Betul tak ? Hehehe

TIPS : 4 Cara Penjagaan Powerbank Dengan Betul | Mambang.my


Menggunakan Car Charger Port yang Berkualiti

Jika nak charge powerbank anda dengan Car Charger, sila pastikan car charger anda jenis yang berkualiti. Low kualiti car charger biasa output current dia tak stable dan senang merosakkan circuit powerbank. Selalu menggunakan car charger yang low kualiti jugak salah satu battery phone anda cepat kembung.

Simpan Powerbank dalam Bag Ketika Mengecas

Jangan charge phone anda dgn powerbank dan simpan dlm bag. Ini disebabkan apabila anda charge phone anda dengan powerbank dalam bag, udara panas yang dikeluarkan daripada powerbank dan phone tidak dapat disingkirkan sebab udara dalam bag dalam keadaan tertutup. Selain tu, charge dalam bag akan menyebabkan kabel-kabel terhimpit dan cable anda akan cepat rosak. Try charge dalam keadaan terbuka.

TIPS : 4 Cara Penjagaan Powerbank Dengan Betul, powerbank, murah


Cas Powerbank Menggunakan USB Port dari Laptop/DVD Player/PC

Jangan charge powerbank anda dengan menggunakan USB port dari laptop atau PC ataupun DVD Player. Ini adalah kerana output dari USB port alat-alat tersebut terlalu rendah dan anda kena ambil masa yang lebih panjang utk mengecas powerbank anda.

p/s : inilah serba sedikit tips yang mambang dapat daripada email untuk dikongsikan bersama.

Read More...

June 25, 2014

Koleksi Pilihan Kuih Raya 2014

Leave a Comment
Hai Assalamualaikum semua, selamat berkunjung ke blog mambang yang dah lama tak diusik ni kan. Al-maklumlah sibuk je memanjang dengan urusan yang tak seberapa penting tu. Ok sedar tak sedar kita semua bakal menempuh bulan Ramadhan bagi tahun 2014 ni ya. Tak lama lagi pasti penuh aneka kuih raya di laman-laman sosial memandangkan ramai yang mengambil inisiatif untuk berniaga.

Kali ini, mambang hadir dengan membuat promosi untuk rakan-rakan mambang yang menyediakan kuih raya "rare" untuk tahun 2014. Firstly mambang nak tegaskan di sini, kuih raya ini boleh didapati di sekitar Negeri Kedah dan untuk yang di luar kawasan, korang boleh membeli secara online dan penghantaran menggunakan Pos Laju.

Sebenarnya tak banyak pon kuih yang mambang nak letakkan dalam entry kali ini. Ye lah dah tajuk pon Koleksi Pilihan Kuih Raya 2014 kan, mestilah yang terpilih sahaja dapat masuk. hahahaha

Oke untuk pilihan kuih raya 2014 yang pertama adalah "Congo Bars". Bagi mambang, ia merupakan makanan terbaru dalam hidup mambang kerana ini adalah kali pertama mambang menjamahnya. Hahahaha.

Congo Bars
Rasanya yang agak kurang manis, tetapi apabila korang tergigit sahaja "button choc" yang terkandung dalam tuh, Ya Allah nikmatnya tak terhingga. Dari segi harga yang reasonable dan affordable, mambang yakin korang akan membuat pesanan untuk kali kedua,ketiga sehingga korang puas. Bertuah anak kelahiran Terengganu atau korang yang menetap di Terengganu, kerana pembekal "Congo Bars" ini tinggal di kawasan Kuala Terengganu. Anak kepada K.Gee Muda ini iaitu Nur Nabihah mempunyai minat yang sama dengan ibunya di mana mambang pernah terbitkan entry berkenaan makanan dessert di Kuala Terengganu di SINI. Oleh itu, jika korang ingin mendapatkan biskut Congo Bars ini, boleh hubungi Nur Nabihah di talian 014-2211977. Kalau nak tengok koleksi biskut lain, boleh ke laman instagram @slickblend .

Untuk Kuih Raya Pilihan 2014 yang kedua pula, mambang tertarik dengan kuih era 2014 di mana sebelum ini mambang tak pernah lagi terjumpa kuih seperti ini iaitu "Rainbow Cookies".

Rainbow Cookies
Mambang yakin ada diantara pembaca blog ini pernah terserempak dengan biskut si pelangi ini di mana-mana laman sosial yang korang ada. Betul tak ?? Tapi korang mesti terfikir kan antara sedap atau tak kuih ini. Bagi mambang, "Rainbow Cookies" ini mempunyai rasa yang cukup menarik yang terdapat hanya 1 dalam 1000 rasa kuih yang lain. Beruah untuk orang Kedah kerana korang boleh mendapatkan kuih ini dengan menghubungi 013-4817808 (Amyra). Kuih yang berharga RM20 untuk 50pcs ini memang berbaloi untuk dijamah di pagi raya.

Untuk yang terakhir Kuih Raya Pilihan 2014 adalah "Opah Biscotti" dan "Lava Cake".

Opah Biscotti
Jangan ditanya kenapa "Opah Biscotti" bukan nenek, moyang, atuk dan lain-lain. Hahahaha. Sebaiknya anda boleh tanya sendiri si pembuatnya. Siapa?? Baca sehingga habis entry ini. Biskut "Opah Biscotti" ini sebenarnya warna coklat dan bukan seperti di atas. Di atas merupakan gambar yang diambil menggunakan kamera telefon berdefinisi rendah sahaja. Rasanya yang ummppphh...sehingga tak terkata. hahaha. "Opah Biscotti" ini merupakan sejenis biskut yang tak seperti biskut dan lebih kepada sejenis kek. Kesucian penggunaan coklat amatlah terasa tatkala "Opah Biscotti" ini terkena lidah anda.

Lava Cake
Ddduussshhhh ! Lava Meletus ! hahaha. Oke ini adalah salah satu lagi pilihan terbaik untuk tahun ini. "LavaCake". Kecairan coklat di dalamnya pergghh ! gila kau, nikmat habis ! Sungguh tak ku sangka, ramai rakan-rakan mambang yang berbakat menghasilkan prototype Gunung berapi berbentuk "Lava Cake" ini.Si pembuat siap pesan lagi supaya jangan diletakkan ke dalam peti sejuk kerana takut ianya meletus. Sungguh benar kata dia. Keenakannya yang hampir sama dengan "Opah Biscotti" itu membuatkan mambang terliur ketika menulis entry ini. Bagi yang tinggal di kawasan Sungai Petani, Kedah, korang boleh dapatkan "Opah Biscotti" dengan hanya RM10/pack dan "Lava Cake" RM2/cup. Sila hubungi Cik Farahani di talian 01137899735 untuk pesanan.


Read More...

June 05, 2014

Skim Pembiayaan Mikro-i Bazaar Ramadhan 2014

2 comments

Semalam, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak telah melancarkan Skim Pembiayaan Mikro-i Bazaar Ramadhan 2014. 

Dengan peruntukan berjumlah RM45 Juta, Skim ini dilaksanakan khusus untuk para peniaga dan penjaja kecil yang menjual pelbagai juadah berbuka pada bulan Ramadhan ini. Apa yang menarik di sini ialah, pembiayaan Mikro-i Bazaar Ramadhan  ini merupakan pembiayaan tanpa faedah dengan kelulusan RM3,000.

Syarat Permohonan Pembiayaan Mikro-i Bazaar Ramadhan 2014 :

  • Terbuka untuk semua penjaja atau peniaga kecil-kecilan
  • Warganegara Malaysia
Cara Permohonan Pembiayaan Mikro-i Bazaar Ramadhan 2014 :
  • Boleh dikemukakan di semua cawangan Bank Rakyat.
  • Permohonan boleh dibuat melalui persatuan penjaja dan peniaga kecil di daerah dan negeri di seluruh negara.
Tempoh Bayaran Balik Pembiayaan Mikro-i Bazaar Ramadhan 2014 :
  • Tempoh bayaran balik yang diberikan adalah selama dua bulan.
    • 50% perlu dijelaskan sebelum tamat bulan Syawal
    • 50% lagi adalah sebulan selepas bulan Syawal
Bagi pendapat saya, ini adalah peluang yang perlu diambil sebagai langkah kepada para usahawan yang ingin memulakan perniagaan. Dan dari pengalaman saya, perniagaan pada bulan Ramadhan adalah sesuatu yang menguntungkan di samping mencari rezeki di bulan yang diberkati ini. 
Read More...

May 15, 2014

Hari Guru 2014 Giveaway RM100

23 comments

16 Mei - Seluruh dunia telah menghafal tarikh keramat ini dimana pada setiap tahun bertarikh 16 Mei, setiap warga pendidik ataupun pengajar pasti dirai.

Setiap tapak perhimpunan ataupun padang sekolah pasti akan penuh ketika tibanya 16 Mei. Sambutan Hari Guru diadakan untuk para pelajar / murid mengenang jasa-jasa serta ilmu yang diberikan walaupun hanya huruf 'A' .

Di kesempatan ini, mambang juga nak ucapkan kepada semua yang pernah menyampaikan ilmu kepada mambang samada secara langsung mahupun tidak langsung. Bermula dari Tadika Abim, Tadika Perpaduan, Sekolah Kebangsaan Petani Jaya, Sekolah Kebangsaan Taman Seri Wang, SMKA Sik, SMK Sik, UiTM Merbok, Kedah dan tidak lupa juga kepada sesiapa sahaja yang pernah mengajar mambang dalam apa jua bidang sekalipun kerana sesungguhnya ilmu yang tuan/puan berikan adalah sangat berharga dan tidak mampu untuk ditukar dengan nilai wang. Kamu sungguh bersabar dengan pelajar yang degil seperti mambang ini. Parut rotan yang dulu masih lagi kemerahan seperti baru semalam kena. Urat sakit masih lagi berdenyut dan setiap denyutan itu memberikan seribu pengajaran kepada mambang. Terima kasih cikgu.

#Selamat Hari Guru
Read More...

May 05, 2014

Pemergian Aziz Sattar Disahkan oleh Cucunya

20 comments


Di pagi ini kita di kejutkan pula akan kehilangan seorang lagi seniman vateran yangtidak asing sekali dengan filem bujang lapok iaitu Aziz Sattar iaitu pelakon yang dulunya berganding dengan P.Ramlee dan juga S Shamsuddin yang juga meninggal dunia pada tahun lepas.


Sebelum itu, pada malam kelmarin Allayarham telah dimasukkan ke Hospital Kajang akibat serangan jantung. Pada tengah hari semalam, Sandakiah Aziz iaitu anak bongsunya, mengesahkan bapanya dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU) dan kondisinya dilaporkan stabil.


Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital,"

Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini.

Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an.

Al-Fatihah..
Read More...

April 06, 2014

Cara Menggunakan Bio Energy Sticker

42 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pada bulan Januari yang lepas, mambang ada terbitkan satu entry berkenaan dengan produk panas iaitu Jimatkan Petrol dengan Bio Energy Sricker . Dan kali ini, mambang kembali lagi dengan entri baru juga mengisahkan tentang Bio Energy Stiker iaitu cara menggunakannya.



Ramai dari pelanggan yang mambang dapat bertanyakan mengenai stiker ini. Dikatakan juga stiker ini mampu menjimatkan penggunaan kuasa elektrik !!! Rupanya betul dan mambang sendiri ada melekatkan stiker ini pada alat elektrik di rumah yang menggunakan banyak kuasa elektrik.

Ok, berbalik kepada tajuk di atas, kita mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahiim.

Untuk kategori pertama iaitu Telefon Bimbit. Stiker Bio Energy ini juga boleh menjimatkan penggunaan kuasa bateri telefon bimbit kita. Caranya mudah sahaja, hanya tampalkan pada bahagian belakang telefon anda. Dengan menggunakan teknologi gelombang, penjimatan akan berlaku. Untuk telefon bimbit, hanya sekeping Bio Energy Stiker sudah mencukupi


Seterusnya kita ke bahagian peralatan elektronik yang terdapat di dalam rumah iaitu Televisyen. Bagaimana cara melekatkan Bio Energy Stiker untuk televisyen ??


Untuk televisyen, hanya dua keping stiker diperlukan dan dilekatkan di mana-mana tempat yang anda suka di bahagian belakang televisyen anda. Sama juga seperti peti sejuk, hanya memerlukan dua keping Bio Energy Stiker sahaja dan dilekatkan di bahagian belakang peti sejuk anda ataupun pada wayar alat elektrik tersebut.


Untuk penyaman udara pula, sama seperti televisyen dan peti sejuk di mana dua keping stiker Bio Energy akan dilekatkan pada bahagian tepi penyaman udara anda. Di sini terdapat dua kelebihan iaitu dapat memberikan udara yang segar dan lagi satu dapat menjimatkan penggunaan elektrik.

Sekian sahaja penulisan mambang tentang cara menggunakan Bio Energy Stiker pada peralatan elektrik.
Terserah pada anda untuk mempercayai atau tidak . Jaminan yang mambang berani berikan ialah penukaran stiker yang baru sekiranya tiada apa-apa kesan.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Bio Energy Stiker ini, anda boleh SMS / Whatsapp : 013-3191140 atau di Facebook : fb.com/amirulsyahnaz.

Sumber : http://www.gtvi.org/index.php/emr-solutions/emr-product-features

Read More...

March 12, 2014

Misteri MH370 : Dr Maza Komen Pasal Bomoh

14 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini (13/3/2014) sudah masuk hari ke-lima misteri kehilangan pesawat MAS MH00370 ini. Seperti yang kita semua tahu, pada tanggal 08/03/2014 yang lalu, pesawat MAS MH00370 yang ditugaskan untuk membawa penumpang ke Beijing, hilang dari dalam bacaan radar tanpa mesej kecemasan SOS. 

#Pray4Mh370, MH370, Missing, Malaysia Airlines

Misteri kehilangan ini telah mendapat perhatian penuh dari seluruh negara di mana mereka juga terkejut akan insiden ini. Pelbagai inisiatif serta aset yang telah dikerahkan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR). Namun, sehingga hari ini masih belum ada apa-apa berita mengenai kehilangan Pesawat MAS MH00370 ini. 

Malah, hampir seluruh negara di dunia ini turut menghulurkan bantuan bagi membantu operasi Search and Rescue MH00370. Dalam temu ramah Buletin Utama TV3 bersama dengan Kapten Noruddin Abdul Majid ketika ditanya mengenai misteri ini, beliau memberitahu bahawa kita perlu kembali memohon kepada sang Pencipta apabila semua teknologi yang dimiliki tidak mampu lagi untuk mengesan kehilangan pesawat MH00370 ini. 


Dan yang menarik di sini adalah di mana baru-batu ini KLIA digemparkan dengan kehadiran seorang bomoh yang dikenali sebagai Ibrahim Mat Zain dengan gelaran Raja Bomoh Nujum VIP yang dikatakan menggunakan kaedah beliau sendari untuk mencari atau mengesan Pesawat MH370 ini.

Aktiviti ritual itu telah mendapat komen daripada seorang penceramah terkenal iaitu Dr Maza ( Dr Mohd Asri Zainul Abidin) 

Misteri MH370, Pesawat MH370 hilang

Dan di bawah ini adalah komen Ustaz Azhar Idrus mengenai penggunaan bomoh itu :



Di sini, mambang nak ingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia agar tidak mempercayai mana-mana spekulasi yang dikeluarkan di media sosial yang tidak mempunyai bukti kukuh dan rasmi.

Sama-samalah kita berdoa agar Misteri Kehilangan Pesawat MH00370 ini terungkai dengan berita gembira dalam masa terdekat ini. Hanya kepadaNya kita berserah setelah segala usaha yang kita lakukan masih kabur.


Read More...

February 20, 2014

Digital Earplugs Bukan Untuk Mendengar Lagu

11 comments
Hai2 assalamualaikum semua. Ya, memang mambang jarang update sekarang blog ni, sibuk sana sini ditambahkan pula dengan kebatasan internet yang perlahan akhir-akhir ni. hehehe

Oke hari ini mambang nak bercerita serba sedikit mengenai earphone istimewa keluaran China yang bukan digunakan untuk mendengar lagu. Hah ? korang percaya ke tak ni....hehehe. Ye lah, kita dah masak dengan nama 'earphone' ni sebabnya bila sebut earphone je, mesti terbayaggkan sesuatu yang dipasangkan ke telinga sambil menggoyang-goyangkan kepala ditemani lagu-lagu kegemaran.hahahaha

digital earplugs, earphone

Dinamakan 'Digital Earplugs' yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat dari China, King Jim, produk ini dicipta khas untuk mereka yang inginkan suasana sunyi dan tenang walaupun berada di tempat awam. Memang bunyinya agak pelik juga ya. hehehhe

Namun apa yang dikatakan lagi, Digital Earplugs ini dapat mengasingkan sehingga 90% bunyi latar belakang ketika di tempat awam dengan menggunakan teknologi 'noise-cancelling'. Menurutnya lagi, apa yang menarik di sini ialah kita dapat mendengar bunyi telefon atau bunyi jika ada orang yang memanggil nama kita sahaja ketika memakai earphone ini.

Gambaran di bawah merupakan gambaran suasana sebelum dan selepas menggunakan Digital Earplugs

digital earplugs, earphone
Sebelum menggunakan Digital Earplugs
Digital earplugs, earphone
Selepas menggunakan Digital Earplugs
Jadi produk ini memang sesuai lah untuk mereka yang gemar membaca buku di tempat awam, mereka yang gemar suasana sunyi.

Sumber
Read More...

February 03, 2014

Kelate.biz Menyediakan Plan Hosting Murah

13 comments
Hai Assalamualaikum semua...fuh fuh fuh..hahaha..dah lama mambang tak buat entry baru, al-maklumlah manyak sibuk sikit ini bulan maa...banyak kerja mambang kena settlekan. huh -_- .

Baiklah, sebelum korang bertanya apa itu hosting, mari kita baca di blog yang menjadi rujukan mambang dan para blogger lain di SINI .


Di Malaysia, terdapat banyak website yang menyediakan beberapa perkhidmatan hosting dan domain yang mengikut harga tersendiri. Namun, kali ini mambang nak dedahkan satu website yang mempunyai plan / pakej hosting yang TERMURAH bermula dari RM 1.00 !!!

hosting murah, melayu, website murah
Mengikut pakej yang tersedia, bagi yang mengambil pakej premium, anda akan diberi beberapa kelebihan antaranya ialah nama domain ( .com /.net /.org /.info ) . Sila rujuk gambar di bawah.


hosting murah, melayu, website murah,
(Klik gambar untuk besarkan)
Mana yang dikatakan RM 1.00 tadi ??? haaa...ada korang ni, sabar la kejap, untuk pakej murah ini, dinamakan normal hosting terdapat features seperti web space, monthly bandwith, FTP & Email Account, database & subdomain sahaja. 

hosting murah, melayu, website murah
(Klik gambar untuk besarkan)
Nah bukan mambang nak nipu...memang terbaik lah. Apa yang menarik perhatian mambang mengenai hosting murah ini ialah mereka menyediakan 3 kaedah untuk pembayaran seperti deposit tunai, Paypal, atau bayaran menggunakan TOPUP Celcom !! huh, susah nak jumpa yang memberikan kaedah pembayaran seperti topup nih kan. hahaha

Untuk pengetahuan anda semua, kelate.biz juga dibangunkan oleh bangsa Melayu kita sendiri der...Jom sama-sama menaikkan bangsa Melayu kita yang mahir dalam bidang ini.

Jadi bagi sesiapa yang nak mendapatkan hosting murah seperti ini, boleh ke sini serta merta : www.kelate.biz

p/s : ada nama domain sendiri dan hosting sendiri baru blog ada masyuuukkk maaa....hahaha
Read More...

January 25, 2014

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

108 comments

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia


Hai Assalamualaikum semua, hari ini mambang nak kongsikan beberapa Ilmu Blogspot untuk blogger Malaysia yang mambang tahu serba sedikit je la ye..

Ok melalui entry Ilmu Blogspot Blogger Malaysia ini, mambang nak dedahkan beberapa teknik khas yang wajib dikuasai oleh para blogger semua ya.

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia, seo, teknik, blog, blogger, blogspot, SEO

Kuasai Teknik SEO

Pasti ramai blogger yang kurang mahir dalam menggunakan SEO ( Search Engine Optimization ). Begitulah juga dengan mambang sendiri yang kurang mahir menggunakan teknik ini walaupun dah beberapa kali belajar dari sini. SEO merupakan satu teknik yang mesti dimiliki oleh beberapa blogger supaya link blog kita berada di halaman utama page google apatah lagi berada di bahagian atas sekali. Jadi moh kita sama-sama praktikkan teknik ini dengan merujuk kepada link blog yang mambang sertakan itu. Ingat, kaedah SEO ini begitu penting dan sudahpun diamalkan sejak turun-temurun oleh para blogger hebat.

Mesti ada 'Sitemap'


Ilmu Blogspot Blogger Malaysia, ilmu, blogspot, blogger, malaysia, tips, teknik, SEO

 SITEMAP - atau istilah yang mambang panggil ialah 'isi kandungan'. Setiap blog / website mestilah mempunyai sitemap kerana ia sangat berguna untuk pembaca / pengunjung yang datang bertandang ke blog kita. Kegunaan sitemap ini ialah dengan menyenaraikan kesemua entri / post yang kita publish / terbitkan bermula dari blog / website anda ditubuhkan. Banyak cara untuk kita membuat sitemap ini yang anda boleh dapati di google.com dengan menggunakan keyword 'buat sitemap untuk blogger'

Selalu 'Ping Entry'


Ilmu Blogspot Blogger Malaysia, seo, ping, teknik, tips, ilmu, blogspot, blogger, malaysia

Apa itu PING ??

Hahaha sebenarnya mambang sendiri pun tak tahu apakah yang dimaksudkan dengan 'ping' . Apa yang mambang tahu, ping ialah salah satu cara yang digunakan oleh beberapa blogger hebat di dunia ini. Kaedah ping entry ini bermaksud kita menghantar link entry kita ke laman sosial, group blogger, serta website yang menyediakan perkhidmatan ping ini seperti busuk.org, blogr.my, pingje.com, apesal.com yang ni ja yang mambang selalu guna dan banyak lagi. Daftar percuma sahaja ok. Dari situ kita sudah berjaya menaikkan trafik kita dengan 'mengelirukan' pembaca menggunakan propaganda kita sendiri. hahaha. Oh ya sebelum itu kalau ada yang nak ping entry kalian ke group facebook boleh menggunakan link sini.

Ok itu saja penyampaian mambang mengenai Ilmu Blogspot Blogger Malaysia setakat ini, diharap semua dapat mempraktikkan diri sendiri dalam menggunakan beberapa teknik yang mambang bagi tu ya. Sekian.


Kontes Ilmu Blogspot Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com, DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net, DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.
Read More...

January 20, 2014

Status Halal Produk Double Stem Cell Diragui ??

50 comments

Double Stem Cell

halal, double stemcell, phytoscience

Pasti ramai yang sudah maklum tentang Produk Double Stem Cell keluaran Phytoscienceyang mendapat sambutan yang agak tinggi sekarang. Produk ini dikatakan mampu untuk mengekalkan kesihatan dan kembali cantik di samping cara pemakanan yang amat mudah dan mempunyai perisa seperti epal dan anggur.

Namun untuk entry kali ini, mambang bukan lagi nak mempromosikan Double Stem Cell ini kerana ramai yang sudah tahu tentang kebaikannya. Tetapi kali ini mambang nak memberitahu bahawa Produk Double Stem Cell ini tidak mempunyai sijil halalnya yang sah !

Terdetik di hati mambang nak buat entry seperti ini kerana mambang ada terbaca di beberapa blog seperti blog mazidulakmal dan sahabathalal. Mula-mula sekali mambang agak kurang percaya kerana sudah lama produk ini berada di pasaran dan baru kini statusnya diketahui. Mambang juga agak bersimpati kepada rakan-rakan di luar sana yang telah menjadi agen / stokis untuk Double Stem Cell ini.

Jadi, untuk mendapatkan kepastian lagi, mambang cuba untuk hubungi pihak Halal Hub. Apa yang mambang terima adalah sama seperti apa yang ada dalam blog di atas.

halal, phytoscience, double, stem, cell



Dan mambang juga bertanya adakah hanya Double Stem Cell tidak mempunyai status halal atau keseluruhan produk keluaran dari Phytoscience. Antara jawapan yang diberikan adalah seperti ini :

halal, double, stem cell, phytoscience

Niat mambang di sini bukanlah nak menutup 'periuk nasi' mereka yang sudah menjadi agen / stokis Double Stem Cell ini, tetapi mambang hanya sekadar berkongsi apa yang mambang miliki.

Nantikan entry berikutnya apabila mambang berjaya mendapat penjelasan dari pihak Phytoscience sendiri ya...
Read More...

January 11, 2014

Jimatkan Petrol Dengan Bio Energy Sticker

11 comments
Jimatkan Petrol Dengan Bio Energy Sticker

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua, Anda pernah dengar penjimat petrol 'Bio Energy Sticker' ?? . Mesti ada yang belum pernah kan, ok jadi mari sini rapat-rapat dekat-dekat kita baca sini

petrol, jimatkan petrol

Memperkenalkan kepada anda iaitu produk terbaru beliau " Bio Energy Sticker ". Seperti yang anda lihat dalam gambar di atas, Bio Energy Sticker ini mampu :

  • Menjimatkan penggunaan petrol dan diesel
  • Meningkatkan tenaga dan stamina
  • Memperbaiki pengaliran darah
  • Tidak merosakkan enjin
  • Dan lain-lain
jimat petrol, minyak naik

Bio Energy Sticker juga boleh digunakan oleh setiap kenderaan di atas bumi ini kecuali basikal yang tidak menggunakan petrol / diesel. hahahaha. Dan cara penggunaan amatlah senang, anda tidak perlu menambah apa-apa cairan ke dalam tangki petrol, tangki minyak engin, sepertimana produk lain.

Ye la dah nama pun Bio Energy Sticker , tak kan lah bentuk cecair..hahaha


Dengan menggunakan teknologi dari Jepun, Bio Energy Sticker ini juga dapat digunakan selama 2 tahun. Apa yang perlu anda lakukan ialah melekatkannya di pintu tangki minyak kenderaan anda seperti dalam gambar di bawah.

Penggunaan Bio Energy Sticker untuk kereta

Penggunaan Bio Energy Sticker untuk motosikal
Untuk pengetahuan anda semua produk ini telahpun memasuki pasaran di Singapura dan mendapat sambutan hangat dari sana. 

Produk yang akan dihantar ke Singapura
Sebelum korang bertanya " boleh percaya ka benda ni ? " biar mambang jawab siap-siap.
Dulu mambang yang mula-mula tidak percaya tentang produk ni, tapi bila dah ramai guna dan memberikan feedback yang positif serta yang bertanya untuk menjadi agen dan REPEAT ORDER, mambang pun cuba la. Dan alhamdulillah setakat ini, tiada kesan buruk pada kereta dan motosikal yang mambang lekatkan sticker ini.

Bagaimana Bio Energy Sticker ni bertindak ??

Baiklah biar mambang terangkan serba sedikit ya bagaimana Bio Energy Sticker ni bertindak .

Ia dihasilkan daripada campuran-26 batu yang ada di muka bumi ini yang mampu menyerap cahaya seperti batu gunung berapi, silika oksida, aluminium oksida dan lain-lain lagi. Apa yang korang nampak macam bintik-bintik kat stiker tu, itulah dia campuran batu tersebut.

Tugas batu-batu ini ialah menyerap cahaya dan menggetarkan molekul minyak supaya lebih agresif dan membebaskan lebih banyak gas. Ala...macam kereta yang guna NGV tu...sebab tu la kenderaan yang pakai NGV jimat sebab NGV tu gas sebenarnya. Bila gas banyak, automatik penjimatan akan berlaku ya abang, kaka, adik, dato, datin sekalian. hahaha.

Ukuran cahaya yang diserap ialah 1000 micron. Kalau macam ini kita dah tak panggil cahaya, kita panggil gelombang, sebab tu la korang tak nampak apabila cahaya diserap masuk.

Kenapa tampal dekat pintu minyak bukan dekat enjin ?

Boleh je kalau korang nak tampal kat enjin, tapi nanti bila enjin menjadi panas, stiker itu akan rosak pula.

Di bawah ini pula beberapa testimoni dari pelanggan Bio Energy Sticker ini :

Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3

Testimoni 4
Testimoni 5

Testimoni 6

Testimoni 7

Testimoni 8

Testimoni 9
Testimoni 10

Testimoni 11

Testimoni 12

Testimoni 13


Ya memang terbukti bahawa Bio Energy Sticker mampu menjimatkan penggunaan petrol dan diesel

Harga minyak bila-bila masa saja boleh naik dan bila-bila masa saja boleh turun, namun penjimatan petrol sentiasa diperlukan. Tembak tak kena, cakap pun tak guna kalau tak ada detail nak order kan ? hahaha
Untuk cara penggunaan stiker Bio Energy pada peralatan elektrik, boleh ke link Cara Menggunakan Bio Energy Stiker ini.
Jadi di sini mambang membuka order ( ready stok ) yang ada kat mambang sendiri sebagai stokis daerah Sungai Petani ini kepada sesiapa yang nak order Bio Energy Sticker ini , sila contact mambang di :

Whats App / We Chat :  013-3191140
Facebook : Amirul Syahnaz / LINK

Harga ??
Bukan 70, Bukan 60 tetapi harga mampu milik oleh semua orang.
Jadi, SMS / Whatsapp saya di 013-3191140 untuk mendapatkan harga istimewa !

Harga agen / stokis sila berurusan dengan SMS/Whatsapp di nombor 0133191140 

Sekian :)
Read More...
.