January 20, 2014

Status Halal Produk Double Stem Cell Diragui ??

50 comments

Double Stem Cell

halal, double stemcell, phytoscience

Pasti ramai yang sudah maklum tentang Produk Double Stem Cell keluaran Phytoscienceyang mendapat sambutan yang agak tinggi sekarang. Produk ini dikatakan mampu untuk mengekalkan kesihatan dan kembali cantik di samping cara pemakanan yang amat mudah dan mempunyai perisa seperti epal dan anggur.

Namun untuk entry kali ini, mambang bukan lagi nak mempromosikan Double Stem Cell ini kerana ramai yang sudah tahu tentang kebaikannya. Tetapi kali ini mambang nak memberitahu bahawa Produk Double Stem Cell ini tidak mempunyai sijil halalnya yang sah !

Terdetik di hati mambang nak buat entry seperti ini kerana mambang ada terbaca di beberapa blog seperti blog mazidulakmal dan sahabathalal. Mula-mula sekali mambang agak kurang percaya kerana sudah lama produk ini berada di pasaran dan baru kini statusnya diketahui. Mambang juga agak bersimpati kepada rakan-rakan di luar sana yang telah menjadi agen / stokis untuk Double Stem Cell ini.

Jadi, untuk mendapatkan kepastian lagi, mambang cuba untuk hubungi pihak Halal Hub. Apa yang mambang terima adalah sama seperti apa yang ada dalam blog di atas.

halal, phytoscience, double, stem, cell



Dan mambang juga bertanya adakah hanya Double Stem Cell tidak mempunyai status halal atau keseluruhan produk keluaran dari Phytoscience. Antara jawapan yang diberikan adalah seperti ini :

halal, double, stem cell, phytoscience

Niat mambang di sini bukanlah nak menutup 'periuk nasi' mereka yang sudah menjadi agen / stokis Double Stem Cell ini, tetapi mambang hanya sekadar berkongsi apa yang mambang miliki.

Nantikan entry berikutnya apabila mambang berjaya mendapat penjelasan dari pihak Phytoscience sendiri ya...

50 comments:

  1. uikkk bahaya sekarang ni kan...macam2 hal...belum lagi yang clon2 hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...kalau yg klon tu xthu lah plak mcm mna kiranya

      Delete
  2. ada jugak baca pasal benda ni..mengkayakan cina je

    ReplyDelete
  3. selalu pulak dengar pasal ni.. betul ke ni?

    ReplyDelete
  4. ehh yeke..selalu dgr orang ckap produk tu bagus..tp nasib baik tak penah try lagi..

    ReplyDelete
  5. hope dapat pnjelasan sewajarnye rmai yg nk tahu ni..

    ReplyDelete
  6. :O
    Takpe, tunggu dari mambang :D hehe

    ReplyDelete
  7. memang bahaya juga bila guna produk yang tiada sijil halal sah. semoga dengan entri ini dapat memberi penjelasan dan maklumat kepada pengguna di Malaysia. Sudah tentu mereka yang sedang menggunakan produk ini akan rasa terkesan sekali.

    Walau apa pun diharapkan pihak pemilik produk dapat membuat sesuatu bagi menjaga kebajikan pengguna dan pelanggan mereka. Sudah tentu kita semua mengharapkan mereka (pembekal) dapat bertindak segera bagi memastikan produk mereka adalah betul-betul halal dan selamat untuk digunakan oleh orang Islam.

    ReplyDelete
  8. blambak skrg ni rroduk yg mcm ni, lepas tu nma pun nak dkt2 sama , byk yg guna Stem cell jugak. kbanyakkan nama dpn ja yg blainan. tak tahu nak try yg mna, lbih baik kita bt sendiri ja dkt rumah. hehe

    ReplyDelete
  9. Kena lebih berhati-hati lepas ni. Thanks sebab berkongsi maklumat penting ni. Keep it up! ;)

    ReplyDelete
  10. banyak juga cerita saya dengaq pasal ni. thanks for info ^^

    ReplyDelete
  11. Tetapi . . saya baru sahaja mendapat satu gambar yg tertulis pada surat rasmi khas kepada iphytosciece bahawa mereka sudah membayar duit pendaftaran halal Malaysia .

    ReplyDelete
  12. Mak saya pon ada beli jgak Stem Cell tuuu

    ReplyDelete
  13. Mak saya pun ada beli !.. ^-^

    ReplyDelete
  14. dengar kata ada info yg salah di blog mazidul tu dan JAKIM dan clearkan benda ni. walaupun tak pernah guna, tak berani nak point mudah2 halal atau tidak. banyak perkara kena hati2 termasuk pembacaan, selain makanan

    ReplyDelete
  15. wow nasib baik x pernah beli lg. hoho

    ReplyDelete
  16. Betul ke ni? btw thanks for the info..

    ReplyDelete
  17. Erkk. seriously benda macam ni menakutkan je. Waallahualam. Lepas nie kena berhati-hati

    ReplyDelete
  18. macam dah jd fenomena kan sekarang ni . anyway thanks for the info :)

    ReplyDelete
  19. kena lebih berhati2 dgn produk2 yg ada di pasaran...wallahua'lam

    ReplyDelete
  20. kawan saya baru nak join jadi pengedar. btw, dari giveaway nabila medan :D

    ReplyDelete
  21. Eh, baru je baca org cerita pasal kebaikan benda ni

    ReplyDelete
  22. ramai yang kata produk ni bagus, tapi nasib baik belum cuba lagi produk ni. sekarang ni kena lebih hati2 nak pilih produk..terima kasih untuk info ni :)

    ReplyDelete
  23. singgah sini jom join
    http://strawberrysgurls.blogspot.com/2014/01/giveaway-blogger-gempak-2014.html

    ReplyDelete
  24. Uish, Alhamdulillah mama saya tak joined. Almost join hari tu.

    ReplyDelete
  25. Saya ada tulis juga pasal produk ini. Isunya mereka letak logo halal pada produk mereka. Sedangkan mereka tak ada sijil halal dari JAKIM. Biasalah yang jadi agen marah2, maki2. Nak tegakkan benang yang basah sedangkan mencari yang halal itu fardhu bagi setiap muslim. MLM kan double stem cell ini. Duit oh duit.

    ReplyDelete
  26. dah banyak isu keraguan semacam ni. Tapi tak lama kemudian macam sepi je.

    ReplyDelete
  27. Banyak blogger yang dah join biz ni. Sy pn terkejut juga bila tau.

    ReplyDelete
  28. ramai yg salah faham dengan isu sebenar yg ditimbulkan oleh JAKIM... hurm,,...





    http://www.munirahizzan.com

    ReplyDelete
  29. ada jugak terbaca pasal nie........harap setel cepat2

    ReplyDelete
  30. bahaya betul! BTW thanks for the info! :D

    ReplyDelete
  31. suka hati ja guna halal tu ya..dah xda sijil buat2 la xda sijil..ni asyik fkir nak untung cpat je..tp knp masi dijual lg produk tu meski xda halal yg sah...hurm..

    ReplyDelete
  32. Terima kasih mambang... baru tahu ni... hehehe...

    ReplyDelete

.