Showing posts with label misteri MH370. Show all posts
Showing posts with label misteri MH370. Show all posts

March 12, 2014

Misteri MH370 : Dr Maza Komen Pasal Bomoh

14 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini (13/3/2014) sudah masuk hari ke-lima misteri kehilangan pesawat MAS MH00370 ini. Seperti yang kita semua tahu, pada tanggal 08/03/2014 yang lalu, pesawat MAS MH00370 yang ditugaskan untuk membawa penumpang ke Beijing, hilang dari dalam bacaan radar tanpa mesej kecemasan SOS. 

#Pray4Mh370, MH370, Missing, Malaysia Airlines

Misteri kehilangan ini telah mendapat perhatian penuh dari seluruh negara di mana mereka juga terkejut akan insiden ini. Pelbagai inisiatif serta aset yang telah dikerahkan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR). Namun, sehingga hari ini masih belum ada apa-apa berita mengenai kehilangan Pesawat MAS MH00370 ini. 

Malah, hampir seluruh negara di dunia ini turut menghulurkan bantuan bagi membantu operasi Search and Rescue MH00370. Dalam temu ramah Buletin Utama TV3 bersama dengan Kapten Noruddin Abdul Majid ketika ditanya mengenai misteri ini, beliau memberitahu bahawa kita perlu kembali memohon kepada sang Pencipta apabila semua teknologi yang dimiliki tidak mampu lagi untuk mengesan kehilangan pesawat MH00370 ini. 


Dan yang menarik di sini adalah di mana baru-batu ini KLIA digemparkan dengan kehadiran seorang bomoh yang dikenali sebagai Ibrahim Mat Zain dengan gelaran Raja Bomoh Nujum VIP yang dikatakan menggunakan kaedah beliau sendari untuk mencari atau mengesan Pesawat MH370 ini.

Aktiviti ritual itu telah mendapat komen daripada seorang penceramah terkenal iaitu Dr Maza ( Dr Mohd Asri Zainul Abidin) 

Misteri MH370, Pesawat MH370 hilang

Dan di bawah ini adalah komen Ustaz Azhar Idrus mengenai penggunaan bomoh itu :



Di sini, mambang nak ingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia agar tidak mempercayai mana-mana spekulasi yang dikeluarkan di media sosial yang tidak mempunyai bukti kukuh dan rasmi.

Sama-samalah kita berdoa agar Misteri Kehilangan Pesawat MH00370 ini terungkai dengan berita gembira dalam masa terdekat ini. Hanya kepadaNya kita berserah setelah segala usaha yang kita lakukan masih kabur.


Read More...
.