Showing posts with label congo bars. Show all posts
Showing posts with label congo bars. Show all posts

June 25, 2014

Koleksi Pilihan Kuih Raya 2014

Leave a Comment
Hai Assalamualaikum semua, selamat berkunjung ke blog mambang yang dah lama tak diusik ni kan. Al-maklumlah sibuk je memanjang dengan urusan yang tak seberapa penting tu. Ok sedar tak sedar kita semua bakal menempuh bulan Ramadhan bagi tahun 2014 ni ya. Tak lama lagi pasti penuh aneka kuih raya di laman-laman sosial memandangkan ramai yang mengambil inisiatif untuk berniaga.

Kali ini, mambang hadir dengan membuat promosi untuk rakan-rakan mambang yang menyediakan kuih raya "rare" untuk tahun 2014. Firstly mambang nak tegaskan di sini, kuih raya ini boleh didapati di sekitar Negeri Kedah dan untuk yang di luar kawasan, korang boleh membeli secara online dan penghantaran menggunakan Pos Laju.

Sebenarnya tak banyak pon kuih yang mambang nak letakkan dalam entry kali ini. Ye lah dah tajuk pon Koleksi Pilihan Kuih Raya 2014 kan, mestilah yang terpilih sahaja dapat masuk. hahahaha

Oke untuk pilihan kuih raya 2014 yang pertama adalah "Congo Bars". Bagi mambang, ia merupakan makanan terbaru dalam hidup mambang kerana ini adalah kali pertama mambang menjamahnya. Hahahaha.

Congo Bars
Rasanya yang agak kurang manis, tetapi apabila korang tergigit sahaja "button choc" yang terkandung dalam tuh, Ya Allah nikmatnya tak terhingga. Dari segi harga yang reasonable dan affordable, mambang yakin korang akan membuat pesanan untuk kali kedua,ketiga sehingga korang puas. Bertuah anak kelahiran Terengganu atau korang yang menetap di Terengganu, kerana pembekal "Congo Bars" ini tinggal di kawasan Kuala Terengganu. Anak kepada K.Gee Muda ini iaitu Nur Nabihah mempunyai minat yang sama dengan ibunya di mana mambang pernah terbitkan entry berkenaan makanan dessert di Kuala Terengganu di SINI. Oleh itu, jika korang ingin mendapatkan biskut Congo Bars ini, boleh hubungi Nur Nabihah di talian 014-2211977. Kalau nak tengok koleksi biskut lain, boleh ke laman instagram @slickblend .

Untuk Kuih Raya Pilihan 2014 yang kedua pula, mambang tertarik dengan kuih era 2014 di mana sebelum ini mambang tak pernah lagi terjumpa kuih seperti ini iaitu "Rainbow Cookies".

Rainbow Cookies
Mambang yakin ada diantara pembaca blog ini pernah terserempak dengan biskut si pelangi ini di mana-mana laman sosial yang korang ada. Betul tak ?? Tapi korang mesti terfikir kan antara sedap atau tak kuih ini. Bagi mambang, "Rainbow Cookies" ini mempunyai rasa yang cukup menarik yang terdapat hanya 1 dalam 1000 rasa kuih yang lain. Beruah untuk orang Kedah kerana korang boleh mendapatkan kuih ini dengan menghubungi 013-4817808 (Amyra). Kuih yang berharga RM20 untuk 50pcs ini memang berbaloi untuk dijamah di pagi raya.

Untuk yang terakhir Kuih Raya Pilihan 2014 adalah "Opah Biscotti" dan "Lava Cake".

Opah Biscotti
Jangan ditanya kenapa "Opah Biscotti" bukan nenek, moyang, atuk dan lain-lain. Hahahaha. Sebaiknya anda boleh tanya sendiri si pembuatnya. Siapa?? Baca sehingga habis entry ini. Biskut "Opah Biscotti" ini sebenarnya warna coklat dan bukan seperti di atas. Di atas merupakan gambar yang diambil menggunakan kamera telefon berdefinisi rendah sahaja. Rasanya yang ummppphh...sehingga tak terkata. hahaha. "Opah Biscotti" ini merupakan sejenis biskut yang tak seperti biskut dan lebih kepada sejenis kek. Kesucian penggunaan coklat amatlah terasa tatkala "Opah Biscotti" ini terkena lidah anda.

Lava Cake
Ddduussshhhh ! Lava Meletus ! hahaha. Oke ini adalah salah satu lagi pilihan terbaik untuk tahun ini. "LavaCake". Kecairan coklat di dalamnya pergghh ! gila kau, nikmat habis ! Sungguh tak ku sangka, ramai rakan-rakan mambang yang berbakat menghasilkan prototype Gunung berapi berbentuk "Lava Cake" ini.Si pembuat siap pesan lagi supaya jangan diletakkan ke dalam peti sejuk kerana takut ianya meletus. Sungguh benar kata dia. Keenakannya yang hampir sama dengan "Opah Biscotti" itu membuatkan mambang terliur ketika menulis entry ini. Bagi yang tinggal di kawasan Sungai Petani, Kedah, korang boleh dapatkan "Opah Biscotti" dengan hanya RM10/pack dan "Lava Cake" RM2/cup. Sila hubungi Cik Farahani di talian 01137899735 untuk pesanan.


Read More...
.