Showing posts with label noice-cancelling. Show all posts
Showing posts with label noice-cancelling. Show all posts

February 20, 2014

Digital Earplugs Bukan Untuk Mendengar Lagu

11 comments
Hai2 assalamualaikum semua. Ya, memang mambang jarang update sekarang blog ni, sibuk sana sini ditambahkan pula dengan kebatasan internet yang perlahan akhir-akhir ni. hehehe

Oke hari ini mambang nak bercerita serba sedikit mengenai earphone istimewa keluaran China yang bukan digunakan untuk mendengar lagu. Hah ? korang percaya ke tak ni....hehehe. Ye lah, kita dah masak dengan nama 'earphone' ni sebabnya bila sebut earphone je, mesti terbayaggkan sesuatu yang dipasangkan ke telinga sambil menggoyang-goyangkan kepala ditemani lagu-lagu kegemaran.hahahaha

digital earplugs, earphone

Dinamakan 'Digital Earplugs' yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat dari China, King Jim, produk ini dicipta khas untuk mereka yang inginkan suasana sunyi dan tenang walaupun berada di tempat awam. Memang bunyinya agak pelik juga ya. hehehhe

Namun apa yang dikatakan lagi, Digital Earplugs ini dapat mengasingkan sehingga 90% bunyi latar belakang ketika di tempat awam dengan menggunakan teknologi 'noise-cancelling'. Menurutnya lagi, apa yang menarik di sini ialah kita dapat mendengar bunyi telefon atau bunyi jika ada orang yang memanggil nama kita sahaja ketika memakai earphone ini.

Gambaran di bawah merupakan gambaran suasana sebelum dan selepas menggunakan Digital Earplugs

digital earplugs, earphone
Sebelum menggunakan Digital Earplugs
Digital earplugs, earphone
Selepas menggunakan Digital Earplugs
Jadi produk ini memang sesuai lah untuk mereka yang gemar membaca buku di tempat awam, mereka yang gemar suasana sunyi.

Sumber
Read More...
.