Showing posts with label pinjaman tanpa faedah. Show all posts
Showing posts with label pinjaman tanpa faedah. Show all posts

June 05, 2014

Skim Pembiayaan Mikro-i Bazaar Ramadhan 2014

2 comments

Semalam, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak telah melancarkan Skim Pembiayaan Mikro-i Bazaar Ramadhan 2014. 

Dengan peruntukan berjumlah RM45 Juta, Skim ini dilaksanakan khusus untuk para peniaga dan penjaja kecil yang menjual pelbagai juadah berbuka pada bulan Ramadhan ini. Apa yang menarik di sini ialah, pembiayaan Mikro-i Bazaar Ramadhan  ini merupakan pembiayaan tanpa faedah dengan kelulusan RM3,000.

Syarat Permohonan Pembiayaan Mikro-i Bazaar Ramadhan 2014 :

  • Terbuka untuk semua penjaja atau peniaga kecil-kecilan
  • Warganegara Malaysia
Cara Permohonan Pembiayaan Mikro-i Bazaar Ramadhan 2014 :
  • Boleh dikemukakan di semua cawangan Bank Rakyat.
  • Permohonan boleh dibuat melalui persatuan penjaja dan peniaga kecil di daerah dan negeri di seluruh negara.
Tempoh Bayaran Balik Pembiayaan Mikro-i Bazaar Ramadhan 2014 :
  • Tempoh bayaran balik yang diberikan adalah selama dua bulan.
    • 50% perlu dijelaskan sebelum tamat bulan Syawal
    • 50% lagi adalah sebulan selepas bulan Syawal
Bagi pendapat saya, ini adalah peluang yang perlu diambil sebagai langkah kepada para usahawan yang ingin memulakan perniagaan. Dan dari pengalaman saya, perniagaan pada bulan Ramadhan adalah sesuatu yang menguntungkan di samping mencari rezeki di bulan yang diberkati ini. 
Read More...
.