December 30, 2013

Tempat Menarik di Kuala Terengganu

16 comments

Tempat Menarik di Kuala Terengganu

Pasti ramai yang sudah tahu bahawa tahun 2013 merupakan Tahun Melawat Terengganu . Apa yang pasti bagi tahun 2014 pula, program Tahun Melawat Malaysia telah dilancarkan. Melalui program ini, pelancong ataupun penduduk tempatan boleh melawat beberapa tempat yang menarik di alam Malaysia.


Di Malaysia, terdapat beberapa tempat menarik serta unik yang boleh dikunjungi. Di entry kali ini, mambang hanya nak menulis tentang beberapa tempat yang sempat mambang singgah ketika program bersama Blooggers Dot Com dan SUMAI HOTEL APARTMENT baru-baru ini.


TAMAN PANORAMA

Pada hari pertama kami di Kuala Terengganu, setelah selesainya sarapan di Bintang Laut Restaurant @ SUMAI HOTEL APARTMENT kami telah dibawa untuk ke Taman Panorama yang terletak hanya 10 minit sahaja dari SUMAI HOTEL APARTMENT .


Meskipun tidak ramai yang mengetahui tentang Taman Panorama ini, namun ia merupakan salah satu Tempat Menarik di Kuala Terengganu yang patut dikunjungi oleh semua pelancong setelah menjejakkan kaki anda di Kuala Terengganu.


kuala terengganu, bukit panorama, travellog
Antara panorama yang sempat dirakamkan oleh jurulensa kami [ iluvtour.com ]

Taman Panorama atau Bukit Panorama adalah sebuah tempat untu anda melihat seluruh panorama kota Kuala Terengganu. Bagi mereka yang gemar untuk mendapatkan angin segar secara percuma, bolehlah singgah di sini sambil melepaskan stress setelah penat bekerja.
blooggers, camwhore, travellog
Mestilah kena bergambar dulu ye untuk kenangan...hahaha

TAMAN TAMADUN ISLAM ( TTI )

Ok untuk destinasi seterusnya, kita ke Taman Tamadun Islam. hahaha dah macam tour guide plak kn...
Sepanjang hidup mambang selama 20 tahun, ini merupakan kali kedua mambang menjejakkan kaki ke sini. yang first dulu masa rombongan sekolah...hahaha

Di sini, terdapat lebih kurang 23 buah monumen masjid yang dicipta dan masing-masing mempunyai cerita dan sejarah yang tersendiri.

tti, taman, tamadun, islam, terengganu
Great Mosque of Samarra, Iraq

tti, taman, tamadun, islam, terengganu

tti, terengganu, taman, tamadun, islam
Great Mosque of Agadez, Nigar

Semua info mengenai monumen yang terdapat di sini, ada tertulis dalam buku ini ya...hahaha

Taman Tamadun Islam yang turut menjadi tempat jajahan Blooggers Dot Com !

MUZIUM NEGERI TERENGGANU

Selepas ini, kita akan bergerak pula ke Muziun Negeri Terengganu. vroooommmmm.....hahaha

Sebahagian pemandangan dari luar Muzium

Ok dah sampai...hahaha
Muzim Negeri Terengganu ini terletak berhampiran dengan Taman Tamadun Islam, jalan kaki pon boleh sampai...

Di sini, segala sejarah berkaitan Terengganu disimpan secara rapi dan dijaga dengan teliti oleh pihak muzium. Bagi mereka yang ingin menimba ilmu mengenai sejarah, bolehlah melawat ke sini. Tapi ingat ! Hanya buku nota sahaja dibenarkan untuk di bawa masuk. Kamera tak boleh ! hahaha

Para bloggers diberi penerangan secara ringkas oleh pengurus muzium ini sendiri. ( kak anis tengah buat apa tu ? ) 

Kembali ke zaman batu ! hahaha. 

RIVER CRUISE, TAMAN TAMADUN ISLAM


Setelah penat berjalan, kita akan kembali ke lokasi Taman Tamadun Islam tapi untuk kali ini, bukan nak tengok monumen lagi.

Kali ini, kita akan menaiki River Cruise yang yang dikemudi oleh dua orang kapten dari mereka. Bayaran sebanyak RM 20.00 seorang akan dikenakan untuk satu trip. Ok sila pakai jaket keselamatan dengan betul sebelum kita menjelajahi Sungai Terengganu ini.

Ok meh kita dengar dulu taklimat tentang cara pemakaian jaket keselamatan ini.

kuala terengganu
Ini buka senyum paksa ye, tapi senyum dek kerana sinaran uv yang telus ke muka kami...hahaha

Antara pemandangan yang korang boleh nampak ketika menaiki River Cruise ini

Pemandangan Masjid Kristal yang tersergam indah 
STR SDN. BHD [ Batik . Kain Putih . Pencelup . Kain Songket ]

Amacam perjalan ok tak ? hahaha
Lokasi seterusnya kita akan ke STR SDN. BHD. Di sini kami berkesempatan untuk menyaksikan dengan deria penglihatan kami sendiri tentang cara untuk menghasilkan batik.

Para blogger yang sedang menanti untuk proses mencanting dan mewarna batik
Di sini, para blogger mula menunjukkan bakat masing masing dalam bidang kesenian yang selama ini terpendam di lubuk nurani mereka. hahaha

Kami diberi kesempatan untuk mencanting serta mewarna batik sendiri.

Ha nampak...sumbangan mambang walaupun hanya mewarna, nilai ketekunan dan kesabaran haruslah dititikberatkan...hahaha

Proses mewarna setelah selesainya proses mencanting selesai


Ok siap ! taraaaaaa ! hahahaha
Untuk pengetahuan semua, kami hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit sahaja untuk menghasilkan sehelai batik. Itu pun dengan kerjasama 10 orang blogger dan beberapa orang staff dari SUMAI HOTEL APARTMENT . Cuba korang bayangkan la jikalau hanya seorang atau dua sahaja yang melakukan proses mencanting dan mewarna batik ini. Sekurang-kurangnya akan mengambil masa dalam dua atau tiga jam untuk sehelai batik !

Sedikit info di sini : SUMAI HOTEL APARTMENT juga menyediakan beberapa pakej trip untuk anda kunjungi sekiranya anda menginap di SUMAI HOTEL APARTMENT .

Baca di sini untuk info mengenai SUMAI HOTEL APARTMENT : Hotel Murah di Terengganu

16 comments:

  1. teringat kenangan buat atik.phewww.letih siakkk!.ehhee

    ReplyDelete
  2. farisya. letih tapi best!!.:P

    ReplyDelete
  3. cayalah mambang.....bila mambang berkata-kata....haha

    ReplyDelete
  4. wah bestnye..harap dapat pergi lagi..

    ReplyDelete
  5. teringin sangat nak pergi taman monumen dan masjid kristal

    ReplyDelete
  6. wah..majoriti semua blogger kenal2 nieh..bestnyer =D

    ReplyDelete
  7. rupanya ada banyak lagi tempat menarik di terengganu :)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum dan salam singgah sini...teringin nak lihat keindahan Masjid Kristal dengan lebih dekat lagi..

    ReplyDelete
  9. tak pernah pi terengganu lagi..huhu..

    ReplyDelete
  10. lama dah xpergi kuala terengganu hehe

    ReplyDelete
  11. woh...ganu kite. boleh makang kepok lekor

    ReplyDelete
  12. menarik..tgh survey tempat2 menarik sekitar terengganu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...actually tempat ni ja yang mambang sempat bertandang...ada banyak lagi tempat menarik ni...sesuai musim cuti sekolah

      Delete

.