November 26, 2013

INFO : Google Scholar Memudahkan Pelajar

1 comment

Pasti ramai yang belum tahu kegunaan Google Scholar kan ? hihi...sebenarnya mambang ja yang baru tahu lalu terus rasa nak kongsi dengan anda semua.

Google Scholar ni dia lebih kurang macam search engine biasa Google. Akan tetapi, hasil carian di Google Scholar lebih banyak kepada ilmiah.

Lihat perbezaan di bawah dengan kata carian "Science Mathematics" menggunakan Google biasa dan Google Scholar.

Hasil menggunakan Google biasa
Hasil menggunakan Google Scholar



Google Scholar pada mulanya dilancarkan dalam bentuk Beta version pada tahun 2004. Dan kini telah menjadi kegunaan rasmi untuk semua pelajar di seluruh negara bagi memudahkan pelajar untuk membuat rujukan.

Jadi bagi mana-mana pelajar tak kira level of education mereka, gunalah kesempatan ini untuk membuat pelbagai rujukan.

Selain Google Scholar, kegunaan Web Ferret juga mempunyai fungsi yang sama di mana hasil carian mereka akan ditapis hanya untuk kegunaan dalam pembelajaran.

Layari http://scholar.google.com/ untuk akses ke Google Scholar

Anda boleh baca di sini TUTORIAL : Web Ferret Memudahkan Pelajar

Itu saja penulisan mambang untuk kali ini. Harap anda semua tidak tersalah guna :)

1 comment:

.