December 18, 2013

REVIEW : Hotel Apartment Murah di Kuala Terengganu

4 comments

Hotel Apartment Murah di Kuala Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca..

Nampak tajuk entry macam tak percaya, tapi kalau baca sampai habis, mesti korang semua terkeluar biji mata...hahaha

Sebenarnya mambang dan 9 blogger yang lain akan ke berlepas ke Terengganu pada 20 Disember malam dan dijangka tiba di sana pada 21 Disember pagi.

Tujuan kami ke sana kerana Blooggers Dot Com telah menerima jemputan khas untuk membuat satu lagi review perkhidmatan yang dijalankan oleh SUMAI HOTEL & APARTMENT.

Terima kasih sekali lagi mambang ucapkan kepada pihak Blooggers Dot Com kerana memberi peluang kali kedua kepada mambang selepas Program Pelancaran Video Brosur bulan lepas.

Di sini mambang nak ceritakan serba sedikit tentang SUMAI HOTEL APARTMENT ni.


Sebuah hotel yang berkonsepkan apartment didirikan di persisir Pantai Batu Burok, Terengganu ini yang telah dapat menarik perhatian pelancong dari luar dan dalam negara.


Mungkin disebabkan harga yang berpatutan dan suasana dari dalam dan luar apartment yang selesa berjaya menambat hati pelancong asing. Kalau korang tak percaya, mambang ada sediakan beberapa gambar untuk santapan naluri hati korang...hahaha

dah xsabar rasanya nak landing atas tilam empuk ni :)

Ni contoh bilik untuk suite room

Ni pun suite room jugak




Jadi nantikan update untuk SUMAI HOTEL APARTMENT yang segar dari kami :)

Jika anda berminat untuk menyertai aktiviti seperti ini, jangan lupa like fanpage Blooggers Dot Com



Special untuk korang kalau nak tengok video Trailer SUMAI HOTEL APARTMENT & Blooggers Dot Com yang mambang suka-suka buat...hahaha

4 comments:

.