Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

December 21, 2013

HIBURAN : Aril AF7 Sah Bergelar Suami

Leave a Comment


Tahniah mambang ucapkan kepada pasangan pengantin baru ini Aril AF7 dan Puteri Erma Edlinda kerana selamat diijabkabulkan pada jam 3.10 petang 20 Disember 2013.

Khairil Azam Pilus ( Aril ) yang juga penyampai radio Era fm dan juga bekas bintang Akademi Fantasia musim ke-7 telah selamat di ijabkabulkan dengan buah hati pilihannya sendiri selepas solat Jumaat di Kota Bharu, Kelantan.

Dalam majlis ini, pihak pengantin lelaki telah memberi sembilan dulang hantaran beserta mas kahwin berjumlah RM15,000 dan turut dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan. Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, sehelai baju T, sehelai seluar jeans, slingbag, tali pinggang, minyak wangi, kasut, sejadah beserta senaskah Al-Quran dan dompet.


Manakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan wanita, senaskah Al-Quran, minyak wangi, kasut, sireh junjung, sejadah, kain dan cincin beserta sehelai cek mas kahwin berjumlah RM 15,000.





Read More...

December 20, 2013

HIBURAN : Nooraida Diceraikan Dengan Talak Satu

Leave a Comment

Pasti ramai yang sudah mengenali Nooraida ni kan. Beberapa hari yang lalu, wanita ini pernah dikaitkan mengenai isu skandal bersama Adi Putra.

Tetapi pada hari ini, mambang bukanlah nak bercerita pasal isu itu. Apa yang terbaru mengenai Nooraida ini ialah, dia telahpun diceraikan oleh suaminya, Amiruddin dengan talak satu.

Rumahtangga yang telah dibina selama 10 tahun itu runtuh dan kedua-dua belah pihak telah menerima hakikat mereka dengan terbuka.

Mengikut apa yang dikatakan melalui akhbar Harian Metro, sebelum cerai dilafazkan, mereka berdua keluar makan dan meronda sekitar kawasan bandar di rumah.

Sebelum cerai dilafazkan, kami berdua keluar makan dan meronda di sekitar kawasan bandar sebelum pulang ke rumah. Selepas berbincang dari hati ke hati dan mempertimbangkan semuanya, saya melafazkan cerai talak satu kepada Noraida. Noraida menerima dengan hati terbuka walaupun masing-masing sedih kerana rumah tangga yang kami bina selama 10 tahun runtuh


Read More...

December 17, 2013

BERITA : Pelakon Veteran Azean Irdawati Meninggal Dunia

Leave a Comment

Sebelum ini, seniwati ini menghidapi sakit kanser tahap keempat. Jenazah akan dibawa pulang ke kediamannya di Bandar Utama, Petaling Jaya. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah dan doakan agar beliau ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Menurut Berita Harian,  aktress veteran ini dimasukkan ke PPUM sejak seminggu lalu selepas keadaan kesihatannya bertambah teruk dan semakin tenat.
Azean Irdawaty telah menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 8.26 malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).


Mari kita semua sedekahkan al-Fatihah & semoga Azean Irdawaty ditempatkan di kalangan orang orang beriman. Industri hiburan kehilangan seorang lagi permata seni.


Read More...

December 11, 2013

HIBURAN : Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Che Ta & Zain Saidin

1 comment

Semalam mambang ada kongsikan kepada anda semua mengenai Gambar Majlis Berinai Pasangan "Wedding of the Year" ini.

Jadi hari ini mambang nak kongsikan pulak gambar di sekitar majlis pernikahan Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang ini


9 peti hantaran yang diterima oleh pihak Rozita Che Wan berisi wang hantaran dalam bentuk cek yang berjumlah RM 93,000 , mas kahwin RM 9,300, dan juga cincin nikah yang bernilai RM 93,000 serta telekung dan sejadah, set minyak wangi, beg tangan, sepersalinan kain, kasut, sirih junjung, telefon bimbit dan juga cincin.



Manakala pihak lelaki pula juga menerima 9 peti hantaran yang mempunya baju Melayu, kameja-T, kasut, beg dan tali pinggang, sirih junjung, set minyak wangi, gelang tangan, jam, dan juga cincin .











Apa-apapun didoakan semoga pasangan ini bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat :)

Kredit gambar kepada instagram carlosnizam & annaseaskey
Read More...

December 10, 2013

HIBURAN : Wordless Wednesday - Gambar Majlis Berinai Che Ta & Zain

4 comments
Wordless Wednesday (WW) - Setiap hari Rabu, semua blogger seluruh dunia akan menerbitkan entry tanpa sebarang ayat.

Hanya gambar yang menjadi tatapan pengunjung untuk mengeksploitasi serta membuat intepretasi sesuka hati. Jadi tajuk WW mambang hari ini ialah Gambar Majlis Berinai Rozita Che Wan dan Zain Saidin









Read More...

HIBURAN : Zizan Hanya Kawan Rapat

Leave a Comment

Pernah dulu mambang berkongsikan kisah antara Emma Maembong dan Zizan Razak yang dikatakan sedang bercinta.

Namun, sehingga hari ini, masih tiada apa-apa berita mengenai mereka berdua. Baru-baru ini, menerusi akhbar Harian Metro , bertajuk "Soal Jodoh Tiada Siapa Tahu" , Emma Maembong tampil untuk memberitahu peminatnya bahawa mereka hanyalah kawan rapat :

Bukan saya nak buat peminat berteka-teki mengenai status kami. Terus-terang ini bukan permainan atau gimik untuk raih publisiti. Biarlah orang tahu status kami sebagai kawan rapat saja, kalaulah tiada jodoh lebih mudah nak jelaskan nanti.

Kalau status kekasih tak perlu nak canang pada semua kecuali memang tentu dia (Zizan) jodoh saya. Mungkin sekarang saya berkawan rapat dengan Zizan tapi esok lusa adakah pasti dia jodoh saya? Macam mana kalau satu hari nanti hubungan kami putus dan tak ke mana pun (berkahwin), tentu orang akan buat spekulasi itu dan ini jika saya sibuk canang kami bercinta sekarang. Sebab itu, lebih senang anggap kami berkawan rapat

Tambahnya lagi :

Saya tak nak cakap dia (Zizan) kekasih saya dan begitulah sebaliknya. Untuk cakap kami bercinta mungkin belum tiba masa sesuai. Lainlah kalau betul tertulis jodoh, sudah tentu kami akan berkongsi dengan semua. Selagi belum ada apa-apa, rasanya tak perlu cakap banyak mengenai hubungan ini 

Mungkin betul apa yang Emma Maembong cuba sampaikan kepada peminatnya kerana soal jodoh ini sudahpun ditentukan dan mungkin belum tiba masanya untuk mereka bercinta.
Read More...

December 07, 2013

HIBURAN : Wedding Card Che Ta Yang Gempak !

1 comment

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, pasangan "wedding of the year" iaitu Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang bakal menjejakkan kaki ke jinjang pelamin pada 11/12/13 ini.

Gambar kad kahwin yang mungkin bertemakan klasik itu, membang menambat hati sesiapapun yang melihatnya kan.

Apa pun didoakan semoga hari perkahwinan pasangan ini berjalan dengan lancar . :)
Read More...

December 05, 2013

HIBURAN : Shila Amzah Tidak Pernah Cintakan Johan

Leave a Comment

Seperti yang sedia maklum, baru-baru ini, Johan As'ari, Shila Amzah dan Lana Nordin telah menjadi topik hangat menerusi portal hiburan serta dada akhbar hiburan yang lain.

Dan yang terbaru adalah apabila Shila Amzah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak pernah mencintai Johan. Sebaliknya mereka adalah sahabat semata-mata.

Menurut apa yang diluahkan oleh Shila sendiri menerusi akhbar Metro, dia menegaskan bahawa mereka hanya berkawan sahaja :

Seperti yang semua sedia maklum, memang Shila dan Johan ‘bersahabat’ dan persahabatan kami diketahui keluarga kedua-dua belah pihak. Shila langsung tidak pernah ada perasaan cinta pada Johan. Definisi antara sahabat dan cinta adalah dua perkara yang sangat berbeza.


Shila tidak mahu membuka pekung sesiapa memandangkan ada yang menyifatkan Shila kebudak-budakan kerana memadam gambar Johan di laman Instagram Shila. Hakikatnya, Shila ada sebab tersendiri berbuat demikian.


Sejurus selepas Shila mendapat tahu mengenai perkara ini (Johan melamar Lana Nordin) melalui teman baik, Shila terus membuat keputusan drastik untuk memadam gambar-gambarnya daripada laman Instagram Shila kerana beranggapan tidak manis untuk Shila letak gambar peribadi bersama seseorang yang bakal menjadi suami orang.
Lagi pula, sebagai seorang ‘sahabat’, Shila mendapat tahu mengenai berita ini daripada teman Shila yang lain. Walhal kami ada berjumpa sehari sebelum Shila ke Shanghai.



Namun begitu, Shila tidak marah atau me­nyimpan apa-apa perasaan padanya sehingga Shila terbaca satu kenyataan di akhbar bahawa dia membuat ‘loudspeaker’ ketika bercakap dengan ibu Shila untuk membuktikan sesua­tu pada orang lain.

Pada Shila, itu tindakan yang sangat tidak wajar dan tidak patut untuk seorang yang bernama sahabat melakukan sedemikian. Tambahan pula, Shila meminta kerjasama daripada pihak media khususnya blogger untuk tidak lagi mengait­kan nama Shila untuk apa-apa artikel yang mendatang.

Shila cukup kesal dengan mereka yang sering me­ngaitkan Shila dengan isu sekarang dan yang terdahulu. Tak payahlah nak keluar kenyataan bagi ‘amaran’. Amaran itu ada elemen ugutan. Matanglah sikit. Tak bagus. Sudah-sudah la tu. Shila yakin anda faham bukan?

 Dipetik dari : beautifulnara.com
Read More...

December 04, 2013

BERITA : Erma Fatima Bayar Saman Guna 5 sen

Leave a Comment

Jumaat lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah membuat keputusan mengenai kes tuntutan sebanya 40% oleh Rebecca Nur Islam terhadap penerbit dan pengarah drama terkenal Erma Fatima.

Kes yang difailkan pada 23 Julai lalu oleh Rebecca ekoran daripada pelanggaran kontrak dan kegagalan Erma Fatima melunaskan baki bayaran bagi lakonan drama Dejavu di Kinabalu oleh Rebecca Nur Islam.

Bayaran berjumlah RM 11,200 itu telah diselesaikan oleh Erma Fatima kepada Rebecca Nur Islam dengan menghantar bungkusan yang berisi wang syiling 5 sen beserta sebuah kitab Al-Quran.

Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?,” ujarnya kepada mStar Online.
Read More...

November 30, 2013

HIBURAN : Pelakon Utama Fast & Furious Meninggal

1 comment

Pelakon utama siri Fast & Furious yang memegang watak Brian O' Connor (Paul Walker) dilaporkan telah meninggal dalam satu kemalangan yang membawa maut.

Beliau merupakan penumpang dalam kejadian itu. Turut maut ialah pemandu kereta berkenaan.


Kematian beliau mengejutkan kerana dua hari yang lalu, dalam babak teaser Fast & Furious 7, menunjukkan beliau menghadiri majlis pengebumian Hahn (Sung Kang) yang maut dalam kereta yang juga terbakar.




Mungkin jalan cerita Fast & Furious 7 terpaksa diubah dan cerita itu akan menjadi kenangan lakonan Paul.
Read More...

HIBURAN : Lana Nordin Sedia Bertudung

Leave a Comment

Waah....nampaknya cerita berkaitan Lana Nordin dan Johan As'ari makin hangat diperkatakan dari hari ke hari kan. Siapa-siapa yang belum membaca mengenai mereka, boleh terus ke SINI.

Sebenarnya cerita berkaitan mereka berdua ini lebih panas mambang rasa dari cerita pasal pasangan yang akan berkahwin iaitu Rozita Che Wan.

Bila mambang buka Utusan Malaysia tadi, mambang ada ternampak satu berita menarik iaitu, Lana Nordin sedia bertudung demi Johan.

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada beliau kerana beliau akan berubah dari imej seksinya kepada seorang muslimah kerana kasih sayang dan cinta kepada Johan.

Menurut sumber, Lana Nordin juga akan mengenakan pakaian muslimah apabila menghadiri majlis penganugerahan berprestij pada tahun hadapan.

Dia (Lana) bakal berhijab kerana tidak lama lagi akan berkahwin dengan Johan. Keinginan untuk berhijrah juga memang pernah dimaklumkan oleh Lana sendiri kepada saya sebelum ini sepanjang berkenalan dengan Johan.

Katanya kepada saya, kalau boleh, biarlah dia bertudung kerana dia bakal berkahwin. Lagipun, Lana menyifatkan perkahwinannya itu bukan perkara main-main. Itu adalah serius!

 Tahniah kepada Johan kerana berjaya membimbing Lana hingga ke tahap ini.
Read More...

November 28, 2013

HIBURAN : Lana Nordin Belum Tentu Jodoh Saya Selagi Belum Nikah

Leave a Comment

Semalam kecoh seluruh media hiburan mengenai Johan As'ari kan. Pasti ramai yang sudah tahu pasal cerita beliau.

Mengikut apa yang mambang baca pasal ini, Johan dikatakan meninggalkan Shila Amzah dan memilih Lana Nordin. Sama ada cerita ini betul atau tidak, kita hanya perlu jawapannya dari pihak Johan sendiri.

Walaupun Johan dan Lana Nordin akan berkahwin dalam masa terdekat, Johan dinasihatkan untuk mengambil langkah berhati-hati untuk bercerita pasal kisah cinta barunya itu.


Mengikut apa yang dikatakan oleh Johan kepada Media Hiburan Karangkraf :

Saya bukan tak nak jawab telefon, tetapi sejak semalam saya sibuk dengan Anugerah Skrin yang akan berlangsung pada malam ini. Apa yang boleh saya katakan selagi kami belum bernikah, lana belum tentu jodoh saya.

Untuk bertunang pula, saya belum boleh beritahu lagi. Tunggulah ‘green light’ daripada keluarga. Paling penting petunjuk Allah kerana jodoh adalah rahsia daripada-Nya. Tambahan pula, sudah tiba masanya ‘timba dah cari perigi.”


Read More...

November 25, 2013

HIBURAN : Perkahwinan Che Ta Ditaja RM 13 Juta

Leave a Comment

Pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai tarikh perkahwinan pasangan dua sejoli ini. Baru-baru ini Zain dan Che Ta telah membuat pengumuman mengenai tarikh perkahwinan mereka.


Majlis perkahwinan yang mendapat perhatian dari semua pihak media dan juga peminat Rozita Che Wan ini telah pun ditetapkan pada 11 Disember 2013, 11.12.13. Memang angka yang menarik dan pasti ramai pasangan pengantin lain yang membuat pilihan untuk tarikh seperti ini.

Namun, apa yang menarik dari ini ialah, perkahwinan Che Ta mendapat penajaan yang hampir bernilai RM 13 Juta !!! Alangkah untungnya mereka ini ya. hihi...Dan sudah pasti menjadi "wedding of the year"

Di bawah ialah video rasmi pengumuman dari mereka sendiri :




Apa-apapun tahniah diucapkan untuk Zain Saidin dan Rozita Che Wan dan didoakan agar mereka kekal hingga ke akhir hayat.. Amiiin...
Read More...

November 24, 2013

HIBURAN : "Bukan Kerana Aku Tak Cinta" Adalah Drama Terakhir

Leave a Comment

Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Pasti ramai yang tergila-gilakan drama yang bersiaran di Astro Mustika HD yang bertajuk "Bukan Kerana Aku Tak Cinta" dek kerana dibintangi pelakon kacak Sharnaaz Ahmad ataupun jalan ceritanya yang menarik.

Drama ini yang diadaptasi daripada novel karya E-Man Sufi yang juga menggantikan drama "Jodoh Itu Milik Aku".

Namun mambang bukannya nak berceloteh pasal cerita ini. Sebenarnya ada perkara sedih yang mambang ingin sampaikan kepada anda semua.

Pelakon utama, Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz Ahmad, merupakan pelakon utama dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta ini. Namun, drama ini merupakan drama terakhir lakonan beliau. Beliau membuat keputusan mengejut ini adalah kerana terlalu banyak gosip, kontroversi serta fitnah yang dilemparkan ke atas dirinya sejak menceburi bidang hiburan ini.


Beliau juga berharap dengan persaraan ini, hati ibu bapa serta adik beradiknya tidak lagi dilukai.

Saya bukan kecewa, tetapi dengan apa yang berlaku, satu persatu gosip dan kontroversi melanda diri, saya fikir biarlah saya berundur diri. Saya tidak mahu mengguris hati dan perasaan sesiapa lagi. Paling penting, saya tidak terus melukakan hati ibu bapa dan adik beradik, mereka adalah insan yang sentiasa berada di belakang saya ketika susah dan senang.


Saya akan menyambung semula kerja di bidang hartanah atau industri minyak dan gas yang pernah dilakukan. Saya lakukan ini demi keluarga saya. Hati ibu bapa dan keluarga saya sudah kerap kali terguris dengan cerita yang bukan-bukan, saya tidak mahu terus melukakan hati mereka. Cukuplah…



Saya tidak berdendam dengan sesiapa. Saya tidak pernah membenci mereka, buatlah apa sahaja, terserah! Saya terima dengan hati terbuka. Mungkin pengunduran saya membuatkan mereka lebih senang hati. Saya keluar industri hiburan dengan hati yang rela. Asalkan saya melihat satu wajah gebira. Mungkin setakat ini saja perjuangan saya dalam dunia seni. Allah SWT Maha Kuasa.
Apapun keputusan yang diambil oleh beliau, mambang harap beliau terus disegani oleh semua pihak
Read More...
.