December 05, 2013

HIBURAN : Shila Amzah Tidak Pernah Cintakan Johan

Leave a Comment

Seperti yang sedia maklum, baru-baru ini, Johan As'ari, Shila Amzah dan Lana Nordin telah menjadi topik hangat menerusi portal hiburan serta dada akhbar hiburan yang lain.

Dan yang terbaru adalah apabila Shila Amzah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak pernah mencintai Johan. Sebaliknya mereka adalah sahabat semata-mata.

Menurut apa yang diluahkan oleh Shila sendiri menerusi akhbar Metro, dia menegaskan bahawa mereka hanya berkawan sahaja :

Seperti yang semua sedia maklum, memang Shila dan Johan ‘bersahabat’ dan persahabatan kami diketahui keluarga kedua-dua belah pihak. Shila langsung tidak pernah ada perasaan cinta pada Johan. Definisi antara sahabat dan cinta adalah dua perkara yang sangat berbeza.


Shila tidak mahu membuka pekung sesiapa memandangkan ada yang menyifatkan Shila kebudak-budakan kerana memadam gambar Johan di laman Instagram Shila. Hakikatnya, Shila ada sebab tersendiri berbuat demikian.


Sejurus selepas Shila mendapat tahu mengenai perkara ini (Johan melamar Lana Nordin) melalui teman baik, Shila terus membuat keputusan drastik untuk memadam gambar-gambarnya daripada laman Instagram Shila kerana beranggapan tidak manis untuk Shila letak gambar peribadi bersama seseorang yang bakal menjadi suami orang.
Lagi pula, sebagai seorang ‘sahabat’, Shila mendapat tahu mengenai berita ini daripada teman Shila yang lain. Walhal kami ada berjumpa sehari sebelum Shila ke Shanghai.



Namun begitu, Shila tidak marah atau me­nyimpan apa-apa perasaan padanya sehingga Shila terbaca satu kenyataan di akhbar bahawa dia membuat ‘loudspeaker’ ketika bercakap dengan ibu Shila untuk membuktikan sesua­tu pada orang lain.

Pada Shila, itu tindakan yang sangat tidak wajar dan tidak patut untuk seorang yang bernama sahabat melakukan sedemikian. Tambahan pula, Shila meminta kerjasama daripada pihak media khususnya blogger untuk tidak lagi mengait­kan nama Shila untuk apa-apa artikel yang mendatang.

Shila cukup kesal dengan mereka yang sering me­ngaitkan Shila dengan isu sekarang dan yang terdahulu. Tak payahlah nak keluar kenyataan bagi ‘amaran’. Amaran itu ada elemen ugutan. Matanglah sikit. Tak bagus. Sudah-sudah la tu. Shila yakin anda faham bukan?

 Dipetik dari : beautifulnara.com

0 comments:

Post a Comment

.