Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Pasti ramai yang tergila-gilakan drama yang bersiaran di Astro Mustika HD yang bertajuk "Bukan Kerana Aku Tak Cinta" dek kerana dibintangi pelakon kacak Sharnaaz Ahmad ataupun jalan ceritanya yang menarik.
Drama ini yang diadaptasi daripada novel karya E-Man Sufi yang juga menggantikan drama "Jodoh Itu Milik Aku".
Namun mambang bukannya nak berceloteh pasal cerita ini. Sebenarnya ada perkara sedih yang mambang ingin sampaikan kepada anda semua.
Pelakon utama, Sharnaaz Ahmad |
Beliau juga berharap dengan persaraan ini, hati ibu bapa serta adik beradiknya tidak lagi dilukai.
Saya bukan kecewa, tetapi dengan apa yang berlaku, satu persatu gosip dan kontroversi melanda diri, saya fikir biarlah saya berundur diri. Saya tidak mahu mengguris hati dan perasaan sesiapa lagi. Paling penting, saya tidak terus melukakan hati ibu bapa dan adik beradik, mereka adalah insan yang sentiasa berada di belakang saya ketika susah dan senang.
Saya akan menyambung semula kerja di bidang hartanah atau industri minyak dan gas yang pernah dilakukan. Saya lakukan ini demi keluarga saya. Hati ibu bapa dan keluarga saya sudah kerap kali terguris dengan cerita yang bukan-bukan, saya tidak mahu terus melukakan hati mereka. Cukuplah…
Saya tidak berdendam dengan sesiapa. Saya tidak pernah membenci mereka, buatlah apa sahaja, terserah! Saya terima dengan hati terbuka. Mungkin pengunduran saya membuatkan mereka lebih senang hati. Saya keluar industri hiburan dengan hati yang rela. Asalkan saya melihat satu wajah gebira. Mungkin setakat ini saja perjuangan saya dalam dunia seni. Allah SWT Maha Kuasa.Apapun keputusan yang diambil oleh beliau, mambang harap beliau terus disegani oleh semua pihak
0 comments:
Post a Comment