Showing posts with label LAWAK. Show all posts
Showing posts with label LAWAK. Show all posts

December 04, 2013

BERITA : Erma Fatima Bayar Saman Guna 5 sen

Leave a Comment

Jumaat lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah membuat keputusan mengenai kes tuntutan sebanya 40% oleh Rebecca Nur Islam terhadap penerbit dan pengarah drama terkenal Erma Fatima.

Kes yang difailkan pada 23 Julai lalu oleh Rebecca ekoran daripada pelanggaran kontrak dan kegagalan Erma Fatima melunaskan baki bayaran bagi lakonan drama Dejavu di Kinabalu oleh Rebecca Nur Islam.

Bayaran berjumlah RM 11,200 itu telah diselesaikan oleh Erma Fatima kepada Rebecca Nur Islam dengan menghantar bungkusan yang berisi wang syiling 5 sen beserta sebuah kitab Al-Quran.

Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?,” ujarnya kepada mStar Online.
Read More...

October 08, 2013

HIBURAN : Justin Bieber Semakin Melampau !

Leave a Comment
justin, bieber, sexy

BARU-BARU ini penyanyi terkenal antarabangsa yang menjadi kegilaan jutaan gadis seluruh dunia, Justin Bieber pergi ke China.

Dalam salah satu agenda lawatannya, Justin pergi ke Tembok China.

Kalau dalam konsert-konsertnya, Justin sering dipuji melambung oleh para peminatnya kerana nyanyian dan tariannya yang sungguh energetik.

Tetapi hakikatnya mamat ni taklah semacho mana pun.

Buktinya sewaktu kunjungannya ke tembok tersebut, Justin hanya berharap pengawal peribadinya yang gagah perkasa itu untuk membantunya.

Malah, bagai seorang diva, Justin mengarahkan para pengawalnya mendukungnya!




Sumber
Read More...

August 24, 2013

HIBURAN : JoHaRa Mohon Maaf Isu Cap Ayam

Leave a Comment

MIRI - Deejay Era FM iaitu Johan, Ray dan Hanif akan memohon maaf kepada juara Liga Perdana Sarawak berhubung komen 'cap ayam' dalam rancangan Johara Pagi Era minggu depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio Sdn Bhd (Astro Radio) Dr Jake Abdullah berkata beliau sudah memanggil deejay berkenaan semalam dan memberi amaran kepada mereka agar tidak lagi mengeluarkan komen negatif berkaitan mana-mana pasukan bola sepak di negara ini.

"Minggu depan, anda akan mendengar permohonan maaf berhubung perkara itu," katanya kepada pemberita selepas perasmian majlis peluasan Era FM, hitz FM dan MY fm ke Bandar Miri hari ini.

Beliau mengaku benar-benar kecewa selepas mengetahui insiden itu, yang menimbulkan kemarahan peminat Sarawak sehingga terdapat ancaman bunuh terhadap Johara.

"Orang yang tidak ghairah dengan bola sepak tidak akan faham," katanya sambil menambah Era FM sentiasa menyokong Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) sejak 2010.

Kenyataan negatif itu dikeluarkan apabila Sarawak kalah 1-2 kepada Perak pada perlawanan Piala Malaysia baru-baru ini, dan deejay berkenaan didakwa memberi komen Sarawak menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah kerana pasukan itu bermain dalam liga yang mana semua pasukannya adalah 'cap ayam' atau tidak berkualiti.

Deejay berkenaan juga didakwa menyifatkan Sarawak sebagai pasukan yang tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya boleh bermain di peringkat Liga Perdana.

Komen itu menimbulkan kemarahan peminat tempatan serta ahli politik di sini dan kebanyakan mereka melahirkan kekecewaan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter serta menggesa program Astro itu diboikot selain timbul ancaman bunuh terhadap Johan dan Ray, jika mereka berkunjung ke Sarawak.

Pemantauan Bernama mendapati kebanyakan blog memulakan kempen bagi memboikot Era FM sebagai tanda protes jika deejay berkenaan enggan memohon maaf ketika mereka ke udara.

Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pandi Suhaili berkata deejay berkenaan adalah personaliti yang dikenali ramai dan mereka sepatutnya mengetahui etika ketika bersiaran di radio.

"Pemuda PBB mendesak satu permohonan maaf dibuat secara terbuka, jika mereka bergurau, maka mereka sudah melampaui batasan, perlu ada had, mereka harus memahami sensitiviti komuniti tempatan," katanya kepada Bernama.

Dalam perkembangan lain, Jake berkata peluasan itu sebahagian rancangan jangka panjang Astro Radio bagi memperkukuh kedudukannya dalam industri penyiaran di negara ini.

"Visi kami ialah memiliki operasi sendiri yang bebas di Sabah dan Sarawak, mudah-mudahan ia akan menjadi kenyataan dalam tempoh 24 hingga 36 bulan akan datang," katanya.

Beliau berkata pada masa ini, sesetengah program yang bersiaran adalah dari Semenanjung, dan selepas beroperasi sepenuhnya di sini, pendengar di Sarawak serta Sabah boleh menikmati kandungan tempatan 24 jam sehari.

Ketika ini, dianggar lebih 500,000 pendengar Era FM, hitz fm serta My FM di Sarawak dan Sabah. - Bernama
Read More...

February 07, 2013

HIBURAN : Dato' Seri Najib Main Drum Dalam Iklan Promo CNY

Leave a Comment


Assalamualaikum dan salam sejahtera pembuka bicara... Entry yang mambang akan tulis hari ini adalah tidak ada kena mengena dengan mana-mana parti politik. Cuma mambang ucapkan tahniah kepada Dato' Seri kerana telah menjayakan satu video Promo Sempena Tahun Baru Cina. Beliau melakonkan watak pemain drum dan diikuti dengan tarian naga. Saksikan...





Read More...

February 06, 2013

HIBURAN : Yus Jambu Akan Kahwini Model Sambilan

Leave a Comment


KUALA LUMPUR : Sebaik saja kumpulan Jambu yang dianggotai Yus dan Tauke diumumkan sebagai naib johan program Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM), Yus secara rasminya telah mencanang satu Malaya bahawa dia akan menggunakan wang kemenangan tersebut untuk mengadakan majlis perkahwinannya nanti.
Namun, sehingga ke hari ini, Yus atau nama sebenarnya Yussry Edo,37, masih belum memberitahu identiti sebenar wanita yang telah pun bertakhta di hatinya sekaligus memikat hati Yus untuk menjadi suri dihatinya.
“Saya ni bukan jenis perahsia. Kalau ikutkan hati saya, saya nak beritahu semua bahawa dia adalah bakal isteri saya. Namun, demi menghormati permintaannya, saya rahsiakan dulu foto dan nama sebenarnya.
“Namun, untuk tidak mengecewakan orang yang dah bertanya, saya akan memberitahu sedikit demi sedikit siapakah dia orangnya. Nama pangkal dia adalah B dan dia berasal dari Taiping. Dia bekerja sebagai setiausaha ahli korporat dan juga model sambilan. Dia berumur 32 tahun.
“Saya baru saja empat bulan mengenalinya. Saya kenal dia pun menerusi facebook. Alhamdulillah, setakat ini saya suka dan mahu dia jadi isteri saya kerana dia sangat memahami saya,” katanya kepada murai.com.my.
Membicarakan soal tarikh kahwin, Yus mengakui dalam persiapan menuju ke alam perkahwinan. Namun, Yus memberitahu berkemungkinan besar tidak akan bertunang kerana pernah kecewa dengan episod pertunangan sebelum ini.
“Ya, saya akan berkahwin dengan dia. Namun, tarikh yang tepat masih belum ada. Mungkin paling cepat tahun ni paling lewat pun tahun depan. Walaupun masih belum bertarikh, saya sudah merancang untuk membuat majlis kahwin ala kampung di pihak saya di Perlis nanti.
“Saya suka dia sebab wajahnya persis gadis kampung. Apabila saya kenal dia menerusi facebook, selama dua minggu dia tidak pernah tahu saya ini adalah artis atau pun Yus Jambu. Sehinggalah satu hari, kawan dia memberitahu dia dan dia sendiri bertanyakan identiti saya.
“Selepas kenal dan tahu siapa saya, dia tersangatlah memahami kesibukan saya. Dia pun wanita yang mempunyai wawasan dan bekerjaya. Setakat ini, saya sudah pun berjumpa dengan ahli keluarganya. Tapi saya belum datang ke rumahnya di Taiping. Kami berjumpa pun tatkala keluarganya datang ke Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini,” jelasnya.
Meneruskan cerita, Yus bersyukur ayah dan keluarga wanita itu menerimanya dan memberikan pandangan positif terhadap hubungan mereka.
“Ayah dia yang nak berjumpa dengan saya. Dia nak kenal identiti dan perlakuan saya. Alhamdulillah, mereka suka saya dan mengatakan saya tidak seperti yang disangkakan. Maksudnya, pada mulanya mereka ingatkan saya ni kategori artis sombong dan belagak, tapi sebenarnya saya tidak.
“Saya pun mesra dengan keluarga dia. Ayah dia pun sporting dan sekepala dengan saya. Saya rasa saya tidak akan bertunang dengan dia. Kalau bertunang pun sekejap saja. Dulu saya dah 4 tahun menghadapi dilema bertunang.
“Terus-terang, saya sudah lama tidak merasa perasaan gembira sebegini. Jadi, doakanlah saya bahagia dan hubungan saya kekal selamanya,” jelasnya.
Sementara itu, Yus berjanji apabila tiba waktunya nanti, dia akan beritahu dan mendedahkan wajah kekasihnya itu. – Murai
Read More...

January 08, 2013

DUNIA MASA KINI : Kentut Lembu Dijual Dalam Tin

Leave a Comment

Bagi anda yang sudah lama berhijrah ke bandar, sudah tentu kadang-kala akan merindui kampung halaman.
Jadi atas inisiatif itu, sebuah syarikat di Jerman telah menjual kentut lembu di dalam tin!
Tin yang diisi dengan udara yang disedut dari kayu yang sudah tua dan longgokan jerami yang penuh dengan ‘gas’ yang dikeluarkan oleh hasil ternakan lembu telah menjadi begitu diminati ramai.
Pengurus dari projek ‘Countryside air to go’ berkata pelanggan utama mereka adalah dikalangan mereka yang telah berhijrah ke kota dan rindukan suasana desa tempat tinggal mereka.
Kos bagi satu tin ini berharga £5 (lebih RM20) dan boleh ditempah di laman web www.stallduft.de.
Satu tag iklannya berbunyi ‘Hanya letakkan hidung pada tin ini akan mengembalikan aroma tulen desa anda’.
Pereka Daniela Dorrer, yang berasal dari desa Adlkofen di Bavaria, Jerman berkata kami berharap kepada mereka yang telah meninggalkan desa merasa gembira dan ingat kepada kampung halaman mereka.
“Kami merancang untuk bau lain seperti kuda, jerami, babi dan baja.
“Tetapi kebanyakan orang merindukan bau lembu, ia bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana kebanyakkan bau berasal dari lembu,” katanya.
Sementara itu, menurut pakar, kentut dan sendawa lembu boleh menyebabkan masalah pemanasan global.
Seekor lembu sahaja boleh mengeluarkan gas metana berbahaya dalam sehari cukup untuk mengisi botol berisipadu 400 liter dan ia sangat tidak baik untuk persekitaran.
Jadi dengan menyedut kentut lembu ini, mungkin mereka fikir ia boleh membantu menyelesaikan pemanasan global.
Read More...

January 03, 2013

DUNIA MASA KINI : Berita Di India Siarkan Video Aksi Lucah

Leave a Comment
Salah satu rancangan berita di negara India melaorkan mengenai seorang manager hotel yang telah memasang kamera tersembunyi di dalam bilik dan bilik air hotel miliknya dan salah satunya dapat merakamkan aksi-aksi terlampau para penginap hotel tersebut. Walaupun telah di 'blur'kan video tersebut namun kita masih lagi dapat melihatnya. 




p/s mambang : Kalau di Malaysia, video sekejap2 je :)
Read More...

November 09, 2012

HIBURAN : Gambar Red Carpet Anugerah Skrin 2012

Leave a Comment


Banyak pengguna sosial menyatakan bahawa ASK kali ini membosankan. Apa-apapun congratz buat mereka yang sempat lagi posing di Red Carpet.


 Rita Rudaini dan Amyza Adnan
 Izara Aishah
  NEELOFA

Scha Al yahya 
 Anzalna dan Tasha Shila
 Fauziah Gous
Emma Maembong 
Dynas 
Nabila Huda
 Lufya
Ifa Raziah 
Nora Danish
Rafidah Ibrahim dan Zalif Sidek 
Siti Saleha a.k.a NORA ELENA


Lagi Gambar Menarik Disini
Read More...

October 20, 2012

DUNIA MASA KINI : Kalau Kelantan Menang, Aku Post Gambar Bogel

Leave a Comment
Walaupon cerita ni da lama , dan kelantan da menang mana janji budak biawak tu :3 , wakakkaka : semoga dia tidak mengulangi kesilapannya

Satu-satu hal yang dibangkitkan oleh remaja-remaja rakyat Malaysia sekarang ini.
Akal mereka sentiasa mahu melakukan perkara yang kadang-kadang tidak terjangkau dek akal.
Masih ingat lagi dengan kisah seorang lelaki yang bernama Johari Pain yang mencabar dirinya mahu mengerat ‘anunya’ sekiranya penerjun Malaysia, Pandelela Renong mampu memenangi pingat dalam Sukan Olimpik London 2012 beberapa bulan lalu?
Ternyata, Johari Pain kecut perut selepas Pandelela berjaya membawa pulang pingat gangsa dalam acara yang dia sertai.
Johari Pain juga terus senyap sepi tanpa melakukan cabaran yang dia sendiri lontarkan.
Yang terkini, seorang anak muda remaja bernama ‘MisterBiawak Evans’ pula melakukan perkara yang lebih kurang sama.


Setelah berlangsungnya perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara negeri Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam.
MisterBiawak Evans telah memuat naik status yang ‘angkuh’ di laman Facebooknya.
Katanya, sekiranya negeri Kelantan menang dalam pertembungan dua negeri itu, dia akan serta-merta berbogel di hadapan pusat beli-belah terkenal negara, Pavilion, Kuala Lumpur.
“kalau kelantan menang..aku post gambar aku bogel depan pavi !!!!”
Dan ternyata, pertembungan semalam telah berpihak kepada negeri Kelantan apabila mereka mengesahkan slot ke pentas final Piala Malaysia dengan bergaya selepas mengetepikan Selangor menerusi agregat 3-0
Persoalan sekarang ini, ke mana hilangnya MisteriBiawak Evans?
Ramai pihak sekarang ini sudah pun mencari individu yang berniat untuk berbogel secara terang-terangan.
Hinggakan, ada pihak-pihak tertentu telah pun membuka akaun Facebook meminta si MisterBiawak Evans menunaikan janjinya
Mana nak cari dia ni?


Credit to Mix-z
Read More...

October 16, 2012

INFO : Wanita Di Jepun Memilih Untuk Memakai Lampin Kerana Malas ke Tandas

Leave a Comment

Semakin Ramai Wanita Jepun Memilih Lampin Kerana Malas Pergi Tandas!
Semakin Ramai Wanita Jepun Memilih Lampin Kerana Malas Pergi Tandas!  - TOKYO : Nampaknya kegilaan trend yang dibawa oleh Jepun semakin menjadi-jadi.
Terbaru, trend gadis di Jepun lebih suka memakai lampin yang tidak selesa dipakai sepanjang hari daripada pergi ke tandas.
Menurut laporan sebuah artikel “The Ultimate Form of Slob” oleh SPA Magazine lampin dewasa semakin popular di kalangan wanita Jepun yang mengatakan bahawa mereka dapat menjimatkan banyak masa apabila memakai lampin daripada membuang masa untuk ke tandas.
Semakin Ramai Wanita Jepun Memilih Lampin Kerana Malas Pergi Tandas!
Majalah itu juga berkata ‘The Ultimate Slobs’ – gelaran untuk wanita yang memakai lampin ini sering mengelak untuk menggunakan tandas.
Seorang gadis juga mengesahkan telah memakai lampin ketika bekerja hampir setiap hari selama 6 bulan yang lalu dan tidak pernah ke tandas di pejabatnya.
Dan seperti kebiasaannya di Jepun, perkara yang pelik dan unik ini akan menjadi ikutan sensasi …
Beberapa buah kedai telah pun mula meletakkan lampin dewasa di seksyen kebersihan wanita.
Ada berani? – MyNewsHub
Semakin Ramai Wanita Jepun Memilih Lampin Kerana Malas Pergi Tandas!

Sumber didapati dari Siakap Keli
Read More...

October 06, 2012

KREATIF : Ibu Yang Kreatif Menghiasi Bayinya Semasa Tidur

Leave a Comment












Read More...

LAWAK : Kucing Parsi Yang Suka Posing Sembunyi

Leave a Comment


Cutenye kucing parsi ni, amik gambar pun sembunyi-sembunyi. Dah la comel! Cube cari kat setiap gambar ade gambar die tersembunyi.


Credit kepada TAO
Read More...
.