Showing posts with label DUNIA MASA KINI. Show all posts
Showing posts with label DUNIA MASA KINI. Show all posts

January 02, 2014

Bayi Meninggal Disangka Sedang Tidur Nyenyak

14 comments
Putrajaya: Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati bayi mereka berusia empat bulan meninggal dunia ketika mengambilnya dari TASKA di Desa Pinggiran Putra, semalam.

Lebih menyayat hati kejadian itu langsung tidak disedari pengasuh yang menyangka bayi berkenaan sedang tidur nyenyak. 


Ibu bayi itu, Rossmaine Sulaiman, 38, berkata dia dan suaminya mengambil anaknya, Azeem Rifhan kira-kira jam 2.15 petang selepas waktu bekerja. 


  “Ketika mengambilnya dari tangan pengasuh, saya dapat rasakan tangan keras dan langsung tidak ada tindak balas, manakala tubuhnya sejuk.

  “Melihat kejadian itu, saya dan suami bergegas ke Hospital Putrajaya dalam usaha menyelamatkan anak kami,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. 


  Dia berkata, sepanjang perjalanan, mereka cuba meletakkan tangan di atas dada Azeem namun tiada sebarang tindak balas, malah doktor cuba memberi bantuan pernafasan sebaik tiba di hospital tetapi gagal menyelamatkan bayi terbabit.

“Segalanya berlaku dengan pantas. Bayangkan, saya menghantar anak ke taska dalam keadaan sihat tapi akhirnya menerima tubuhnya yang kaku,” katanya. 

Rossmaine berkata, dia cuba menelefon pemilik taska berkali-kali namun taliannya dimatikan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi Superintendan Zaldino Zaludin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

sumber : bharian.com.my
Read More...

December 04, 2013

BERITA : Erma Fatima Bayar Saman Guna 5 sen

Leave a Comment

Jumaat lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah membuat keputusan mengenai kes tuntutan sebanya 40% oleh Rebecca Nur Islam terhadap penerbit dan pengarah drama terkenal Erma Fatima.

Kes yang difailkan pada 23 Julai lalu oleh Rebecca ekoran daripada pelanggaran kontrak dan kegagalan Erma Fatima melunaskan baki bayaran bagi lakonan drama Dejavu di Kinabalu oleh Rebecca Nur Islam.

Bayaran berjumlah RM 11,200 itu telah diselesaikan oleh Erma Fatima kepada Rebecca Nur Islam dengan menghantar bungkusan yang berisi wang syiling 5 sen beserta sebuah kitab Al-Quran.

Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?,” ujarnya kepada mStar Online.
Read More...

November 28, 2013

HIBURAN : Lana Nordin Belum Tentu Jodoh Saya Selagi Belum Nikah

Leave a Comment

Semalam kecoh seluruh media hiburan mengenai Johan As'ari kan. Pasti ramai yang sudah tahu pasal cerita beliau.

Mengikut apa yang mambang baca pasal ini, Johan dikatakan meninggalkan Shila Amzah dan memilih Lana Nordin. Sama ada cerita ini betul atau tidak, kita hanya perlu jawapannya dari pihak Johan sendiri.

Walaupun Johan dan Lana Nordin akan berkahwin dalam masa terdekat, Johan dinasihatkan untuk mengambil langkah berhati-hati untuk bercerita pasal kisah cinta barunya itu.


Mengikut apa yang dikatakan oleh Johan kepada Media Hiburan Karangkraf :

Saya bukan tak nak jawab telefon, tetapi sejak semalam saya sibuk dengan Anugerah Skrin yang akan berlangsung pada malam ini. Apa yang boleh saya katakan selagi kami belum bernikah, lana belum tentu jodoh saya.

Untuk bertunang pula, saya belum boleh beritahu lagi. Tunggulah ‘green light’ daripada keluarga. Paling penting petunjuk Allah kerana jodoh adalah rahsia daripada-Nya. Tambahan pula, sudah tiba masanya ‘timba dah cari perigi.”


Read More...

November 25, 2013

HIBURAN : Perkahwinan Che Ta Ditaja RM 13 Juta

Leave a Comment

Pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai tarikh perkahwinan pasangan dua sejoli ini. Baru-baru ini Zain dan Che Ta telah membuat pengumuman mengenai tarikh perkahwinan mereka.


Majlis perkahwinan yang mendapat perhatian dari semua pihak media dan juga peminat Rozita Che Wan ini telah pun ditetapkan pada 11 Disember 2013, 11.12.13. Memang angka yang menarik dan pasti ramai pasangan pengantin lain yang membuat pilihan untuk tarikh seperti ini.

Namun, apa yang menarik dari ini ialah, perkahwinan Che Ta mendapat penajaan yang hampir bernilai RM 13 Juta !!! Alangkah untungnya mereka ini ya. hihi...Dan sudah pasti menjadi "wedding of the year"

Di bawah ialah video rasmi pengumuman dari mereka sendiri :




Apa-apapun tahniah diucapkan untuk Zain Saidin dan Rozita Che Wan dan didoakan agar mereka kekal hingga ke akhir hayat.. Amiiin...
Read More...

BERITA : Ditahan Kerana Muat Turun Movie Secara Haram

2 comments
Gambar daripada Sinar Harian
Fenomena muat turun movie daripada internet ataupun menonton movie secara online telah pon berleluasa dari dulu lagi. Namun kejadian ini tetap berterusan sehingga sekarang.

Pada 29 Oktober dan 8 November lepas, tiga remaja berumur 15-18 tahun ditahan dalam satu serbuan yang dinamakan Operasi Spyglass masing-masing di Pulau Pinang dan Selangor kerana memuat turun filem tempatan tanpa kebenaran

Pengarah KPDNKK, Roslan Mahayudin berkata, dalam sebuan itu, mereka turut merampas tiga buah komputer riba, satu unit broadband, dua unit router, dan dua unit modem yang bernilai hampir RM 12,000.

Antara filem yang dimuat turun ialah KL Gangster 2, KL Zombie, dan Tanda Putera yang boleh didapati dalam laman web allinoneatheremovie.blogspot.com, pjsenter.com, dan piratesbytez.com.

Mereka yang ditahan boleh dikenakan denda sekurang-kurangnya RM 2,000 dan maksimum RM 20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Menurut Roslan, bahagian penguatkuasaan KPDNKK juga akan mengeluarkan notis kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM)  untuk menghalang akses ke laman sesawang tersebut.

Ibu bapa juga dinasihatkan agar memantau kegiatan anak-anak mereka supaya tidak terjebak dengan aktiviti jenayah siber ini.

SUMBER
Read More...

November 19, 2013

BERITA : Mitsubishi Lancer Milik Nabil Dipecah Penjenayah

Leave a Comment

KUALA LUMPUR : Kereta pelawak Nabil Ahmad, 30, jenis Mitsubishi Lancer dipecahkan penjenayah kira-kira pukul 11 malam Isnin dalam kejadian di Sungai Buloh dekat sini.

Nabil berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia bersama isterinya Nazirah Ayub, 25, dan anak mereka Naira Mikayla yang berusia setahun sedang makan malam di kawasan tersebut.

"Selepas selesai makan, kami ke kereta untuk pulang dan pada awalnya kami tidak sedar sehinggalah ketika saya nak mengundurkan kereta, baru saya perasan cermin di tempat duduk kanan sebelah belakang pecah.

"Saya terkejut kerana risau jika ada pihak yang tidak puas hati sengaja memecahkan cermin tersebut. Lepas itu isteri beritahu yang beg galas saya hilang," katanya.

Nabil ditemui pada majlis pengumuman barisan artis yang membuat persembahan serta pengacara bagi acara Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20) di Hotel Istana di sini pada Selasa.

Tambah Nabil dia dalam kejadian itu kad pengenalannya hilang dan juga beg galas yang diisi baju sukan.


Nabil membuat laporan di Balai Polis Damansara dekat sini sejurus selepas kejadian. -Mstar
Read More...

November 18, 2013

INFO : Villa Nabila Kecoh

Leave a Comment

Salam semua pembaca, mesti ramai yang sudah tahu pasal misteri kehilangan yang berlaku di Villa Nabila baru-baru ini. Sebenarnya mambang pon agak pelik bila buka saja Twitter, FB, WeChat pakat-pakat dok sembang pasal Villa Nabila.

Lagipun mambang tak sempat nak terjah benda ni semua sebab mambang pi Event BloogersTV yang berlangsung di Restoran Khadijah Ibrahim baru-baru ini. Memang meriah, tapi sekarang bukan mambang nak cerita pasal itu. (hahahaha)

Let's we talk about Villa Nabila ni.

Villa Nabila yang terletak di Danga Bay, Johor Bahru ni memang ada kemisteriannya yang tersendiri. Dan pada 16 November yang lalu, berlaku satu lagi misteri di mana kita digemparkan oleh kehilangan beberapa orang yang cuba masuk ke villa ini untuk melakukan dokumentari ala-ala 'seekers'

Menurut sumber dari laman media sosial, dikhabarkan bahawa jumlah mereka yang masuk ke dalam ini ialah 30 orang dan hanya 7 orang sahaja yang dapat keluar.




Dan yang terbaru apa yang mambang baca setakat ini sudah 22 orang telah dijumpai dan dalam keadaan pengsan seperti 'dirasuk'.



Dan masih belum ada apa-apa lagi berita mengenai lagi seorang mangsa yang hilang. Sama-sama kita nantikan berita seterusnya dari pihak media dan doakan agar mereka semuanya dalam keadaan selamat insyaAllah.



Berita ini hanyalah info dari media sosial, terserah kepada anda untuk percaya ataupun tidak :)
Read More...

November 15, 2013

INFO : Pelajar Cemerlang Terima Mini Cooper

1 comment

Siapa yang tidak bangga apabila anak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, bukan.

Malah demi memastikan kejayaan anak kadang-kadang ibu bapa menawarkan pelbagai hadiah sebagai ganjaran.

Di Sekolah Kebangsaan Zainab, Kota Bharu, Kelantan dikatakan seorang bapa menghadiahkan anaknya yang mendapat 5A dalam peperiksaan yang diumumkan semalam, sebuah kereta Mini Cooper berharga RM210,000 yang dibeli secara tunai.

Kereta dengan nombor plat KEE170 itu dikataan diberi kepada si anak di sekolahnya selepas mengambil keputusan.

Tidak pasti sejauh mana kebenaran berita ini namun ia telah disebarkan di laman sosial sejak semalam beserta gambar dan status Facebook dipercayai dibuat si bapa yang dikatakan taukeh nasi ayam.

Kalau betul tahniahlah pada anak beranak ini.




Read More...

November 13, 2013

BERITA : RON97 Turun RM 0.10 Secara Diam-Diam

Leave a Comment

RUPA-RUPANYA hari ini harga minyak petrol RON97 telah pun diturunkan 10 sen kepada RM2.75 berkuatkuasa tengah malam tadi tetapi ia dilakukan secara senyap-senyap.

Harga sebelum ini ialah RM2.85.

Malaysian Digest mengesahkan penurunan harga itu selepas menghantar wartawan mereka ke lokasi ke beberapa stesen minyak di ibu negara Kuala Lumpur.

Faktor mengapa, penurunan harga itu dilakukan secara diam-diam ialah bagi mengelakkan para pemandu menangguhkan pengisian minyak mereka.

Jika mereka mengetahui berkenaan penurunan harga itu awal, mereka akan menangguhkan untuk mengisi petrol dan stesen minyak akan menanggung kerugian.

Minyak RON97 turun selepas kira-kira dua bulan harga petrol jenis itu dinaikkan di mana kenaikan sebanyak 15 sen dari RM2.70 sen sebelum ini.

Bagaimanapun, RON95 kekal pada RM2.10  seliter manakala diesel pada RM2 seliter.

Tidak seperti RON95, harga RON97 ditentukan oleh peredaran pasaran dan kerajaan tidak perlu mengumumkan penurunan atau kenaikan bahan api jenis itu.


Read More...

November 10, 2013

BERITA : Pembunuh Pegawai Bank Menghitung Hari ke Tali Gantung

Leave a Comment

Suspek utama kes pembunuhan Allahyarham Norazita Abu Talib yang berjaya ditahan di Kota Tinggi, Johor pagi tadi dilihat berkemungkinan besar ke tali gantung kerana jenayah dilakukannya.

Ini berikutan kewujudan bukti-bukti yang amat jelas dan tidak boleh disangkal terhadap apa yang dilakukan suspek itu.


Berita penangkapan suspek atau namanya Ardi dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah di laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

“Pada jam 7.00 pagi 10 Nov 2013, bertindak atas maklumat, Pasukan Cantas Khas PDRM telah berjaya menangkap seorang lelaki di Kg Belungkor, Kota Tinggi, Johor yang dipercayai suspek utama dalam kejadian samun di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013 yang melibatkan kematian seorang kakitangan Ambank.

“Pihak Polis percaya dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan. Pihak polis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai di atas kerjasama dan keperihatinan mereka dalam kes ini,” kata Hadi Ho.

Suspek ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi yang berdekatan dengan Terminal Feri Tanjung Belungkor yang turut menyediakan perkhidmatan untuk ke Indonesia di Pulau Bintan dan Batam.
Kemungkinan suspek merancang untuk menyelinap keluar dari Malaysia melalui jeti berkenaan.

Jika dilihat daripada jenayah yang dilakukan dan kesemua bukti sudah dirakamkan di dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bank ketika kejadian, Ardi hanya menunggu masa untuk ke tali gantung.
Jutaan rakyat Malaysia pastinay berdoa agar keadilan untuk Allahyarham Norazita akan diperoleh dan Ardi menerima hukuman yang setimpal.

Kes berkenaan sudah pasti bakal disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati mandatori bagi Ardi.

Daripada rakaman CCTV, jelas senjata yang digunakan untuk membunuh Norazita berada padanya selepas tembakan itu dilepaskan.

Rakaman CCTV juga dengan jelas merakam tindakan suspek membawa keluar wang yang berada dalam bilik kebal bank berkenaan dan kemudian melarikan diri dengan wang berkenaan yang berjumlah kira-kira RM450,000.

Cuma jangan ada mana-mana pendakwa raya samdol yang uruskan kes itu nanti sampai suspek terlepas akibat masalah teknikal sudah la… kerana sudah banyak kali terjadi di Malaysia.
Baik kita sebut pasal kualiti pendakwaan bermula sekarang.

Kita akan mengikuti perbicaraan melibatkan kes  selepas ini dan apakah yang akan dikatakan oleh saksi-saksi dalam kes itu nanti.


Read More...

November 08, 2013

INFO : Gambar Serta Video Tiga Mayat Yang Masih Elok dan Berbau Wangi

Leave a Comment


Baru-baru ini sebuah tanah perkuburan di Kampung Batu Badak  Jalan Muar, Segamat terpaksa dialihkan bagi membolehkan pembinaan Lebuh Raya Segamat-Tangkak.

Salah sebuah kubur yang terpaksa dipindahkan ‘dihuni’ seorang wanita yang banyak berjasa semasa hidupnya termasuklah memberi pendidikan agama secara percuma kepada kanak-kanak di kampung.

Walaupun telah dikebumikan lebih lapan tahun yang lalu, ternyata jenazah makcik ini masih berada dalam keadaan baik. 

Kuku pada jari jenazah dan rambutnya juga dikatakan terus tumbuh panjang seperti orang hidup.
Rambut dan kukunya juga tumbuh panjang.

Kain kafan yang digunakan untuk membalut jenazah juga berada dalam keadaan baik dan cuma kelihatan sedikit kekuningan.



Bertambah misteri, kawasan kubur juga dipenuhi dengan bau daun pandan walaupun tumbuh-tumbuhan itu tidak ditanam atau kelihatan di kawasan berhampiran.

Selain jenazah makcik itu, dua jenazah lagi juga ditemui dalam keadaan yang sama.
Seorang pegawai dari Jabatan Agama Islam Johor memberitahu kebanyakan jenazah akan reput dalam tempoh dua hingga empat tahun dan keadaan jenazah yang tidak reput selepas lapan tahun adalah jarang ditemui.

SEMENTARA itu, Abdullah Abdul Karim, 74, yang juga menantu kepada arwah Maheran Jaaffar, 74, yang meninggal dunia akibat sakit tua pada 2006 berkata, ketika proses menggali dan mengeluarkan mayat arwah ibu mentua dijalankan semalam, secara tiba-tiba seluruh kawasan tanah perkuburan ini berbau harum.
“Saya sendiri lihat kain kapan ibu mentua masih dalam keadaan sempurna dan tidak reput. Ia hanya dikotori tanah saja,” katanya pada Harian Metro.

Ketika dikeluarkan dari liang lahad , mayat arwah Maheran masih dalam keadaan sempurna.
Mayatnya antara 16 mayat yang dikebumikan di tanah perkuburan berkenaan yang masih dalam keadaan sempurna.

Keseluruhannya, 350 kubur terbabit dalam pemindahan berkenaan dan mayat akan disemadikan semula di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alai yang terletak tidak jauh dari lokasi berkenaan.

Menceritakan amalan arwah Maheran sepanjang hayatnya, Abdullah berkata, ibu mentuanya sentiasa mengamalkan bacaan zikir selepas bangun daripada tidur.

“Dia tidak pernah mengambil sarapan sebelum berzikir. Arwah juga sangat patuh kepada suami selain tidak pernah putus ke masjid.

“Sepanjang hayatnya, arwah ibu mentua tidak pernah meninggalkan suruhan agama malah turut mengajar mengaji kepada anak jiran,” katanya ketika ditemui.



Selain itu, menurut Abdullah, arwah ibu mentuanya juga seorang yang pemurah dan sering bersedekah.
“Arwah seorang yang agak pendiam namun tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu serta isteri.

“Saya bekerja sebagai penjaga kubur di tanah perkuburan ini sejak 20 tahun lalu. Pengalaman melihat keadaan jenazah arwah ibu mentua yang masih sempurna menunjukkan kebesaran Allah SWT dan Dia memang tidak pernah memungkiri janji-Nya,” katanya.

Menurut Abdullah, dia bersyukur dengan apa yang ditunjukkan oleh Allah SWT kerana ia boleh dijadikan tauladan kepada dirinya serta masyarakat.

“Syukur segala proses menggali serta mengebumikan semula mayat arwah ibu mentua berjalan lancar,” katanya.

Abdullah berkata, selain kubur ibu mentuanya, beberapa kubur saudaranya turut dipindahkan.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka…



Read More...

November 05, 2013

HIBURAN : Kelibat Justin Bieber Keluar Dari Rumah Pelacuran

1 comment

Rio –  Penyanyi popular Justin Bieber dilihat cuba menyelinap keluar dari ‘rumah pelacuran’ Centaurus di Brazil Jumaat lalu berselimutkan kain putih dengan bantuan pengawalnya yang membungkusnya.

Laporan mendakwa remaja berusia 19 tahun itu kemudian masuk ke tempat duduk belakang sebuah kereta yang menunggu bersama dua wanita dari kelab berkenaan.

Menurut sumber dalaman, Bieber menyangka dirinya tetamu di sebuah kelab peribadi.

Satu laman web melaporkan Centaurus disenaraikan sebagai rumah pelacuran ‘keempat terhebat’ di dunia sambil menambah ‘$210 boleh membeli 40 minit bersama mana-mana gadis pilihan anda’.

Walaupun penyanyi kontroversi itu disorok dalam selimut, sebahagian daripada tatu pada pergelangan tangannya dapat dilihat dengan jelas.

Bieber yang kini berada di Brazil untuk beberapa persembahan juga dilaporkan dihalau dari hotel mewah Copacabana Palace di Rio Selatan.

Bagaimanapun, sumber mendakwa dia meninggalkan hotel itu secara sukarela selepas untuk mengelak masalah keselamatan akibat peminatnya yang menyerbu bangunan terbabit.

Foto
BIEBER dibantu pengawalnya keluar dari rumah pelacur berkenaan.

Ini bukan kali pertama Bieber terbabit kontroversi. Dua minggu lalu dia dilihat menayangkan sejumlah wang yang banyak di sebuah kelab eksotik di Texas


Read More...

INFO : Morsi Adalah Pemimpin yang Sah

Leave a Comment

KAHERAH - MESIR.Lokasi perbicaraan Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Mursi terpaksa diubah pada saat akhir bagi mengelakkan pertempuran berdarah.

Beliau muncul di Mahkamah Perlembagaan di sini semalam, buat kali pertama sejak ditahan 3 Julai lalu bagi menghadapi perbicaraan pembunuhan penunjuk perasaan di istana presiden, Disember tahun lalu.

Tuduhan itu boleh membawa kepada hukuman mati atau penjara seumur hidup.
Sejurus tiba di mahkamah, beliau kemudiannya diterbangkan dengan helikopter ke Akademi Polis di timur Kaherah bagi meneruskan perbicaraan bersama 14 pengikut Ikhwanul Muslimin (IM).

Pengikut IM, termasuk Essam el-Erian, Mohammed al-Beltagi dan Ahmed Abdel Aatie dilaporkan dibawa ke Akademi Polis oleh anggota keselamatan dengan menaiki kenderaan perisai.

Tidak lama selepas sesi perbicaraan bermula, stesen televisyen Al Jazeera melaporkan, perbicaraan itu dihentikan sementara kerana Mursi hadir ke mahkamah dengan memakai sut rasmi dan enggan memakai seragam penjara.

"Keengganan beliau berbuat demikian sebagai tanda protes dan pernyataan bahawa beliau masih lagi Presiden Mesir yang sah", menurut laporan terbabit.

Mursi dilaporkan berkata kepada hakim; “Saya adalah presiden sah untuk negara ini dan saya mempertanggungjawabkan kamu di atas semua jenayah rampasan kuasa ke atas legitimasi”.

Beberapa hari sebelum perbicaraan, tiga hakim meletakkan jawatan selepas merasakan perbicaraan itu bercanggah dengan undang-undang.

Hakim Mohammed Fahmy al- Qarmuty berkata, beliau dan rakan-rakannya mempunyai ‘rasa malu’ untuk mengendalikan kes terbabit.

Sementara itu, ribuan rakyat Mesir melakukan protes di luar Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi di tengah bandar dan Mahkamah Perlembagaan di selatan negara itu.

Lebih 20,000 anggota keselamatan berkawal bagi menyuraikan penunjuk perasaan.

Orang ramai dilihat melaungkan slogan anti tentera dan mengecam Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi dengan menggelarnya sebagai ‘pembohong’.

Anaknya, Osama Mursi berkata, keluarganya tidak akan menghadiri perbicaraan itu kerana menganggapnya  tidak sah dan menyifatkan kejadian menimpa bapanya sebagai kes culik untuk dijadikan tebusan, laporan dipetik dari Agensi.


Read More...

October 29, 2013

HIBURAN : Video Lamaran Fizo Omar Pada Mawar

Leave a Comment


Di sebalik kemeriahan dan kebahagian Majlis Pernikahan Diana Amir dan Majlis Persandingan Asyraf Muslim , kini giliran Fizo Omar pula menonjolkan diri beliau.


Dimaklumkan bahawa Fizo Omar bakar menikahi kekasihnya Mawar Karim pada 10 November 2013 ini dan majlis pertunangan akan dilangsungkan pada 9 November 2013.


Saksikan video lamaran Fizo Omar pada Mawar Karim yang berlangsung di Cathay Cineplex e@Curve dengan penampilan khas Mia Sara dan kerjasama ParanormalTalents


Read More...

October 23, 2013

DUNIA MASA KINI : Sharifah Sakinah Buat Hal Lagi

2 comments

GEJALA ‘meroyan’ Sharifah Sakinah nampaknya diteruskan lagi melalui video terbaru dari laman Keeknya.

Kali ini, kamera litar tertutup (CCTV) pula yang menjadi subjeknya apabila dia menari dan menyanyi dengan aksi ‘gila-gilanya’ di bawah kamera tersebut dan dirakamkan oleh rakan lelakinya.

Walaupun tidak begitu melampau seperti video ‘bra dan seluar dalam merah’nya, namun status selebriti yang dipegangnya bakal menjadikan video ini sensasi di laman sosial.

Nampaknya, usaha berterusan si Sakinah ini akan menjadikan namanya terus popular di persada industri hiburan Malaysia.

Mungkin idea video murahan dan kontroversi sahaja yang dapat dijadikan modal oleh pelakon ini bagi menaikkan namanya.  Tahniah!

Kami yakin suatu hari nanti dia berubah dan tampil dengan imej dan perangai lebih sopan dengan ayat klise para artis, “saya sudah matang”.

Sementara itu, layankan saja.


Read More...

October 18, 2013

HIBURAN : Buka Tudung Atas Arahan Pengarah

Leave a Comment
wawa, zainal, tudung

Semasa sidang media di mana Wawa Zainal dan Airel Zafrel mengumumkan status perkahwinan mereka Jumaat lepas, Wawa dilihat mengenakan tudung dan baju kurung. Timbul persoalan di kalangan pihak media dan juga orang awam sama ada Wawa sudah berhijrah atau bertudung sepenuhnya.

Sinar Harian telah mendapatkan komen Wawa tentang perkara tersebut, dan pelakon itu memberitahu dia belum bertudung sepenuhnya.

Buat masa ini, saya belum lagi berhijrah sepenuhnya. Saya masih belajar dan cuba mendalami ilmu agama.

Kalau saya keluar, mungkin saya akan pakai tudung. Namun, jika ada tawaran lakonan yang memerlukan saya membuka tudung, saya akan buka.

Namun, saya akui, memang saya selesa bertudung dan berhasrat untuk ke arah itu. Mungkin sedikit masa lagi.

Begitulah komen Wawa. Mungkin beliau memerlukan masa untuk bertudung dan penampilan muslimahnya semasa sidang media tersebut adalah salah satu usaha beliau untuk ke arah itu.


Read More...

October 16, 2013

HIBURAN : Gambar Comel Anak Wawa Zainal dan Aeril Zafrel

Leave a Comment
wawa, zainal, aeril

Dengan caption “Menanti cahaya mata ini sedar.menatap kami berdua.rindu dengar tangisannya“, gambar ini telah mendapat lebih 16,000 LIKE daripada peminat Wawa Zainal. Banyak pihak yang mendoakan kebahagiaan, kesihatan dan kesejahteraan Ahmad Fakharuddin Attar yang telah dilahirkan pada 24 Ogos yang lalu




Sebelum itu Aeril Zafrel juga telah berkongsi gambar anaknya menggenggam jari seseorang. Dengan caption “Ya bunayya. (Wahai anakku) engkau dari #cintahalal aby&ummiy“, gambar tersebut telah mendapat lebih daripada 24,000 LIKES. Malah Aeril Zafrel menerusi akaun Twitternya juga melahirkan rasa tidak kisah dihina oleh mereka yang memandang serong terhadap perkahwinannya.




Nampak gayannya Wawa Zainal dan Aeril Zafrel telah mula berani untuk berkongsi kisah hidup mereka selepas berkahwin. Nampak sangat bahagia dan ceria. Sama-samalah kita doakan agar mereka terus bahagia sehingga ke akhir hayat. Semoga apa yang telah terjadi dijadikan pengajaran buat mereka berdua dan kita semua.

beautifulnara
Read More...

October 12, 2013

HIBURAN : Perkahwinan Kami Terpaksa Dirahsiakan - Wawa Zainal

Leave a Comment
wawa zainal, seksi

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mendedahkan punca mereka menyorokkan perkahwinan adalah kerana takut dimarahi oleh pengurusan MIG. Menurut MalaysianDigest, Wawa menipu mengenai perkahwinan mereka atas dasar darurat iaitu takut dimarahi oleh majikannya, David Teo.


Kata Aeril Zafrel:-

Kami bernikah sebanyak dua kali. Pernikahan kali pertama adalah sebagai menghalalkan perhubungan kami. Kami tak ada surat nikah untuk penikahan pertama itu.

Dan selepas saya dapat tahu Wawa mengandung, kami bernikah semula pada 4 Februari 2013 kerana mahu mengikut Undang-undang Keluarga Negeri Selangor dan supaya anak kami boleh di binkan dengan nama saya.

Kenapa kami nikah dua kali dan kenapa kami merahsiakan pernikahan kami kerana pada ketika itu Wawa meminta saya merahsiakan kerana pihak MIG tidak membenarkan kami bercinta apatahlagi berkahwin. Wawa takut dimarahi oleh pihak pengurusan dia

Pernikahan kali pertama dilakukan di rumah pengurus Aeril Zafrel yang terletak di Petaling Jaya dan dihadiri oleh saksi dan wali iaitu bapa Wawa sendiri dan seorang Imam yang dibawa dari Sabah. Manakala pernikahan kali kedua, pasangan ini bernikah di Masjid Jumuriah Taman Dato Harun dan mereka dinikahkan oleh Imam masjid tersebut. Wawa Zainal dalam keadaan sebak turut mengakui informasi mengenai anaknya adalah benar:-

Anak saya lahir pada 24 Ogos lalu. Semuanya betul seperti yang dilaporkan oleh akhbar tersebut. Kami minta maaf kepada semua kerana merahsiakan perkahwinan kami. Kami telah berkahwin dua tahun lepas dan mempunyai seorang anak. Kami menipu kerana ada sebab


Wawa Zainal turut menerangkan mengenai kehamilannya:-

Sebenarnya saya mengandung pada Disember 2012 tapi dapat tahu mengenai kehamilan itu pada Januari 2013…Saya terus beritahu Aeril dan kami mempercepatkan proses kursus kahwin dan sebagainya. Alhamdulillah…anak bayi lelaki kami telah selamat dilahirkan dan telah dinamakan sebagai Ahmad Fakharuddin Attar…Di harap dengan pengakuan ini kisah mengenai kami tidak disensasikan lagi.

Kami minta maaf kerana telah berbohong selama ini…Kami berbohong kerana bersebab…Anda juga tahu pihak pengurusan akan memarahi saya jika mereka mendapat tahu saya bercinta, apatah lagi bila berkahwin…Saya buat macam ni sebab menghormati kontrak dan..ya, saya memang takut dengan David Teo

Aeril Zafrel dalam nada tidak berpuas hati mencelah ketika Wawa Zainal membuat permohonan maaf dengan berkata “Oh, media mahu kami minta maaf…“. Semoga dengan penjelasan ini, semua pihak maklum dengan jelas terhadap apa yang terjadi. Sama-sama kita nantikan reaksi daripada David Teo mengenai perkara ini.

sumber : beautifulnara
Read More...

October 10, 2013

HACKING : Laman Web Google Malaysia Digodam Lagi

Leave a Comment
google, Malaysia, hacked, godam, pakistan

Assalamualaikum dan salam sejahera semua.
Pada jam sekitar 2.03 pagi (waktu Malaysia) tarikh 11/10/2013, negara Malaysia telah digemparkan dengan satu aktiviti godam yang melibatkan laman web Google Malaysia [www.google.com.my] / [www.google.com] yang dilakukan oleh penggodam Pakistan.


Mengikut berita yang kami dapat melalui Facebook dan media sosial terkini, teknik penggodaman yang digunakan mungkin ialah DNS Hijacking. Ini kerana mengikut laporan who.is , "Record Last Modified" ialah pada 10/11/2013. Dan DNS telahpon ditukar kepada  b0x4.madleets.com  dan b0x3.madleets.com .

"SEARCH BY DOMAIN NAME

a [Domain Name]                 google.com.my
b [Registration No.]            D1A145756
c [Record Created]              21-SEP-2010
d [Record Expired]              21-SEP-2014
e [Record Last Modified]        10-OCT-2013
f [Invoicing Party]                            R014
  Network Admin Team
  Integricity Corporation Sdn Bhd
  L1-46, First Floor, SStwo Mall  
  40, Jalan SS2/72
  47300 Petaling Jaya
  Selangor
  Malaysia
  @fatservers.my
  (Tel) 603-79570700  
  (Fax) 603-79572700  
...
k [Primary Name Server]              SKEY0000032631
  b0x4.madleets.com                  142.4.211.228       
  
l [Secondary Name Server]            SKEY0000032628
  b0x3.madleets.com                  185.8.105.82"

Dan ini ialah screenshot yang sempat kami dapatkan :


Bagi yang ingin view secara live, sila ke link ini 
http://zonehmirrors.org/defaced/2013/10/10/www.google.com.my/ (klik pada "Advanced" dan "Proceed at your own risk")

p/s : adakah benar tahap keselamatan website Malaysia lemah dan senang untuk dicerobohi ?
Read More...

October 09, 2013

BERITA : Video Pendedahan Ekslusif Pemilik Restoran Caj Sarapan RM 6000

Leave a Comment

Dalam masa 24 jam, sehari selepas Sinar Harian melaporkan tentang sebuah kedai makan yang mengenakan bayaran RM6,000 bagi sarapan pagi sekumpulan VIP, restoran tersebut telah diserbu Penguatkuasa PDNKK.


Restoran yang terletak di Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa, Kelantan itu, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK)dan di kompaun RM175,000.

Berikut adalah penjelasan dari pemilik kedai mengenai caj yang dikenakannya itu dan dalam masa yang sama juga jawapan mengapa Penguatkuasa PDNKK bertindak sepantas kilat terdedah.


VIDEO EKSLUSIF :




Kredit Video Kepada : TVWAU
Read More...
.