Baru-baru ini sebuah tanah perkuburan di Kampung Batu Badak
Jalan Muar, Segamat terpaksa dialihkan bagi membolehkan pembinaan Lebuh
Raya Segamat-Tangkak.
Salah sebuah kubur yang terpaksa dipindahkan ‘dihuni’
seorang wanita yang banyak berjasa semasa hidupnya termasuklah memberi
pendidikan agama secara percuma kepada kanak-kanak di kampung.
Walaupun telah dikebumikan lebih lapan tahun yang lalu,
ternyata jenazah makcik ini masih berada dalam keadaan baik.
Kuku pada jari jenazah dan rambutnya juga dikatakan terus
tumbuh panjang seperti orang hidup.
Rambut dan kukunya juga tumbuh panjang.
Kain kafan yang digunakan untuk membalut jenazah juga berada
dalam keadaan baik dan cuma kelihatan sedikit kekuningan.
Bertambah misteri, kawasan kubur juga dipenuhi dengan bau
daun pandan walaupun tumbuh-tumbuhan itu tidak ditanam atau kelihatan di
kawasan berhampiran.
Selain jenazah makcik itu, dua jenazah lagi juga ditemui
dalam keadaan yang sama.
Seorang pegawai dari Jabatan Agama Islam Johor memberitahu
kebanyakan jenazah akan reput dalam tempoh dua hingga empat tahun dan keadaan
jenazah yang tidak reput selepas lapan tahun adalah jarang ditemui.
SEMENTARA itu, Abdullah Abdul Karim, 74, yang
juga menantu kepada arwah Maheran Jaaffar, 74, yang meninggal dunia akibat
sakit tua pada 2006 berkata, ketika proses menggali dan mengeluarkan mayat
arwah ibu mentua dijalankan semalam, secara tiba-tiba seluruh kawasan tanah
perkuburan ini berbau harum.
“Saya sendiri lihat kain kapan ibu mentua masih dalam
keadaan sempurna dan tidak reput. Ia hanya dikotori tanah saja,” katanya pada
Harian Metro.
Ketika dikeluarkan dari liang lahad , mayat arwah Maheran
masih dalam keadaan sempurna.
Mayatnya antara 16 mayat yang dikebumikan di tanah
perkuburan berkenaan yang masih dalam keadaan sempurna.
Keseluruhannya, 350 kubur terbabit dalam pemindahan
berkenaan dan mayat akan disemadikan semula di Tanah Perkuburan Islam Kampung
Alai yang terletak tidak jauh dari lokasi berkenaan.
Menceritakan amalan arwah Maheran sepanjang hayatnya,
Abdullah berkata, ibu mentuanya sentiasa mengamalkan bacaan zikir selepas
bangun daripada tidur.
“Dia tidak pernah mengambil sarapan sebelum berzikir. Arwah
juga sangat patuh kepada suami selain tidak pernah putus ke masjid.
“Sepanjang hayatnya, arwah ibu mentua tidak pernah
meninggalkan suruhan agama malah turut mengajar mengaji kepada anak jiran,”
katanya ketika ditemui.
Selain itu, menurut Abdullah, arwah ibu mentuanya juga
seorang yang pemurah dan sering bersedekah.
“Arwah seorang yang agak pendiam namun tidak pernah
mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu serta isteri.
“Saya bekerja sebagai penjaga kubur di tanah perkuburan ini
sejak 20 tahun lalu. Pengalaman melihat keadaan jenazah arwah ibu mentua yang
masih sempurna menunjukkan kebesaran Allah SWT dan Dia memang tidak pernah
memungkiri janji-Nya,” katanya.
Menurut Abdullah, dia bersyukur dengan apa yang ditunjukkan
oleh Allah SWT kerana ia boleh dijadikan tauladan kepada dirinya serta
masyarakat.
“Syukur segala proses menggali serta mengebumikan semula
mayat arwah ibu mentua berjalan lancar,” katanya.
Abdullah berkata, selain kubur ibu mentuanya, beberapa kubur
saudaranya turut dipindahkan.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka…
Post by Albakry Mohammad.
0 comments:
Post a Comment