Rio – Penyanyi popular Justin Bieber dilihat cuba
menyelinap keluar dari ‘rumah pelacuran’ Centaurus di Brazil Jumaat lalu
berselimutkan kain putih dengan bantuan pengawalnya yang membungkusnya.
Laporan mendakwa remaja berusia 19 tahun itu kemudian masuk
ke tempat duduk belakang sebuah kereta yang menunggu bersama dua wanita dari
kelab berkenaan.
Menurut sumber dalaman, Bieber menyangka dirinya tetamu di
sebuah kelab peribadi.
Satu laman web melaporkan Centaurus disenaraikan sebagai
rumah pelacuran ‘keempat terhebat’ di dunia sambil menambah ‘$210 boleh membeli
40 minit bersama mana-mana gadis pilihan anda’.
Walaupun penyanyi kontroversi itu disorok dalam selimut,
sebahagian daripada tatu pada pergelangan tangannya dapat dilihat dengan jelas.
Bieber yang kini berada di Brazil untuk beberapa persembahan
juga dilaporkan dihalau dari hotel mewah Copacabana Palace di Rio Selatan.
Bagaimanapun, sumber mendakwa dia meninggalkan hotel itu
secara sukarela selepas untuk mengelak masalah keselamatan akibat peminatnya
yang menyerbu bangunan terbabit.
Foto
BIEBER dibantu pengawalnya keluar dari rumah pelacur
berkenaan.
Ini bukan kali pertama Bieber terbabit kontroversi. Dua
minggu lalu dia dilihat menayangkan sejumlah wang yang banyak di sebuah kelab
eksotik di Texas
Teruskan aja seperti itu jadi Fans Biebiers bakalan berkurang....
ReplyDeletethanks for share...