December 04, 2013

BERITA : Erma Fatima Bayar Saman Guna 5 sen

Leave a Comment

Jumaat lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah membuat keputusan mengenai kes tuntutan sebanya 40% oleh Rebecca Nur Islam terhadap penerbit dan pengarah drama terkenal Erma Fatima.

Kes yang difailkan pada 23 Julai lalu oleh Rebecca ekoran daripada pelanggaran kontrak dan kegagalan Erma Fatima melunaskan baki bayaran bagi lakonan drama Dejavu di Kinabalu oleh Rebecca Nur Islam.

Bayaran berjumlah RM 11,200 itu telah diselesaikan oleh Erma Fatima kepada Rebecca Nur Islam dengan menghantar bungkusan yang berisi wang syiling 5 sen beserta sebuah kitab Al-Quran.

Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?,” ujarnya kepada mStar Online.

0 comments:

Post a Comment

.