November 28, 2013

HIBURAN : Lana Nordin Belum Tentu Jodoh Saya Selagi Belum Nikah

Leave a Comment

Semalam kecoh seluruh media hiburan mengenai Johan As'ari kan. Pasti ramai yang sudah tahu pasal cerita beliau.

Mengikut apa yang mambang baca pasal ini, Johan dikatakan meninggalkan Shila Amzah dan memilih Lana Nordin. Sama ada cerita ini betul atau tidak, kita hanya perlu jawapannya dari pihak Johan sendiri.

Walaupun Johan dan Lana Nordin akan berkahwin dalam masa terdekat, Johan dinasihatkan untuk mengambil langkah berhati-hati untuk bercerita pasal kisah cinta barunya itu.


Mengikut apa yang dikatakan oleh Johan kepada Media Hiburan Karangkraf :

Saya bukan tak nak jawab telefon, tetapi sejak semalam saya sibuk dengan Anugerah Skrin yang akan berlangsung pada malam ini. Apa yang boleh saya katakan selagi kami belum bernikah, lana belum tentu jodoh saya.

Untuk bertunang pula, saya belum boleh beritahu lagi. Tunggulah ‘green light’ daripada keluarga. Paling penting petunjuk Allah kerana jodoh adalah rahsia daripada-Nya. Tambahan pula, sudah tiba masanya ‘timba dah cari perigi.”


0 comments:

Post a Comment

.