December 10, 2013

HIBURAN : Zizan Hanya Kawan Rapat

Leave a Comment

Pernah dulu mambang berkongsikan kisah antara Emma Maembong dan Zizan Razak yang dikatakan sedang bercinta.

Namun, sehingga hari ini, masih tiada apa-apa berita mengenai mereka berdua. Baru-baru ini, menerusi akhbar Harian Metro , bertajuk "Soal Jodoh Tiada Siapa Tahu" , Emma Maembong tampil untuk memberitahu peminatnya bahawa mereka hanyalah kawan rapat :

Bukan saya nak buat peminat berteka-teki mengenai status kami. Terus-terang ini bukan permainan atau gimik untuk raih publisiti. Biarlah orang tahu status kami sebagai kawan rapat saja, kalaulah tiada jodoh lebih mudah nak jelaskan nanti.

Kalau status kekasih tak perlu nak canang pada semua kecuali memang tentu dia (Zizan) jodoh saya. Mungkin sekarang saya berkawan rapat dengan Zizan tapi esok lusa adakah pasti dia jodoh saya? Macam mana kalau satu hari nanti hubungan kami putus dan tak ke mana pun (berkahwin), tentu orang akan buat spekulasi itu dan ini jika saya sibuk canang kami bercinta sekarang. Sebab itu, lebih senang anggap kami berkawan rapat

Tambahnya lagi :

Saya tak nak cakap dia (Zizan) kekasih saya dan begitulah sebaliknya. Untuk cakap kami bercinta mungkin belum tiba masa sesuai. Lainlah kalau betul tertulis jodoh, sudah tentu kami akan berkongsi dengan semua. Selagi belum ada apa-apa, rasanya tak perlu cakap banyak mengenai hubungan ini 

Mungkin betul apa yang Emma Maembong cuba sampaikan kepada peminatnya kerana soal jodoh ini sudahpun ditentukan dan mungkin belum tiba masanya untuk mereka bercinta.

0 comments:

Post a Comment

.