September 12, 2013

HIBURAN : Raja Azmi Ambil Tindakan Mahkamah

1 comment

SUBANG JAYA – Pengarah dan penerbit filem, Raja Azmi Sulaiman, 54, akan mengambil tindakan mahkamah ke atas Portal Rotikaya yang menyebarkan gambar beliau bersama seorang cucunya di Facebook hingga menimbulkan fitnah.

Gambar berkenaan yang dimuat naik oleh Rotikaya di Facebook pada Rabu memaparkan Raja Azmi mendukung bayi, dengan mulut bayi itu terselit gula-gula berbentuk rokok.

“Itu cuma gula-gula. Takkan saya bodoh nak bagi cucu saya yang berusia lapan bulan untuk hisap rokok,” katanya ketika dihubungi ABN News.

Ekoran penyebaran gambar oleh Rotikaya itu, Raja Azmi mendapat kecaman teruk peminat dan komen-komen negatif pengguna Facebook lain yang tidak mengetahui kisah sebenar.

Ada antara mereka yang melemparkan kata-kata kesat termasuk dakwaan cuba merosakkan akhlak bayi berkenaan.

Raja Azmi sebelum ini telah menimbulkan pelbagai kontroversi ekoran pergolakan hal ehwal rumah tangganya bersama bekas pakar bergu badminton negara, Jalani Sidek.

Beliau kini merupakan tunangan bekas pemain bass CRK, Eddie dan bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat. 


1 comment:

  1. http://www.cahayakeagungan.com/2012/09/menjejaki-masjid-tertua-di-ipoh.html :) datang singgah

    ReplyDelete

.