KUALA LUMPUR: Pelakon Diana Danialle, 22,
mendedahkan nama anak lelakinya yang kini berusia dua bulan sebagai Muhammad
Farid Kamil.
Isteri kepada pengarah dan pelakon Farid Kamil ini berkata,
pemilihan nama tersebut dibuat oleh ibu mertuanya selepas dia pulang ke
Malaysia beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu.
"Nama anak saya Muhammad, mudah dan senang tapi kami
panggil dia Sayang sahaja.
"Sebenarnya nama itu dipilih oleh nenek dia dan kami
juga bersetuju dengan nama itu," katanya yang ditemui ketika menemani
Farid pada Malam Gala Filem Dampak, di sini, Khamis.
Diana berkata demikian ketika ditanya mengenai anaknya yang
dikatakan masih menjadi rahsia dan hanya akan disiarkan melalui program
eksklusif sebuah stesen televisyen swasta.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas tentang hubungan dia
dan ibunya Norsiah Ramli yang dilaporkan dingin, Diana enggan mengulas perkara
tersebut.
"Maaf ya, saya tidak mahu komen tentang itu, terima
kasih," katanya.
Sementara itu, Diana yang masih lagi berpantang itu mengakui
belum bersedia untuk kembali berlakon.
"Buat masa ini saya belum bersedia untuk kembali
berlakon kerana kondisi saya yang lemah dan masih menyusukan Muhammad,"
katanya.
Tambahnya lagi, dia kurang mempercayai orang luar untuk
menjaga anaknya itu ketika dia bekerja.
Sementara itu, Diana kini menetap di kampung halaman
suaminya di Kedah bagi menghabiskan tempoh berpantang.
"Saya selesa tinggal di kampung kerana lebih aman
seperti ketika saya berada di Australia.
"Insya-Allah kalau ada rezeki anak kedua nanti saya
ingin pergi ke tempat seperti itu lagi," katanya.
Farid Kamil dan Diana Danielle selamat diijab kabul pada 3
November 2012 di Hotel Flamingo By The Lake, Ampang.
Bercakap tentang pengajiannya, Diana yang sedang menuntut di
National Institute of Dramatic Art (NIDA), Australia, berkata, dia bakal
menjalani latihan praktikal di Malaysia selepas selesai proses berpantang.
0 comments:
Post a Comment