Bagi peminat industri hiburan Korea Selatan di seluruh
dunia, nama Lee Byung Hun bukan nama yang asing. Diangkat sebagai pelakon
lelaki yang menerima bayaran termahal di Korea Selatan, Byung Hun juga semakin
dikenali di barat kerana pembabitannya dalam filem-filem Hollywood seperti GI
Joe: Retaliation dan Red 2. Byung Hun bukan saja boleh melakukan babak aksi,
malah dia ialah seorang pelakon karakter yang bagus melalui filem-filem seperti
I Saw the Devil dan Joint Security Area (JSA) serta drama Hallyu seperti IRIS
dan All In.
0 comments:
Post a Comment