August 12, 2013

LIVE : Pancuran Meteor Perseid (Dari NASA)

Leave a Comment


Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini bermula jam 11 malam ini hingga subuh esok.

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara Mhd Fairos Asillam berkata pancuran meteor perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.

Katanya, pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.

Apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya, menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar.

Menurut Fairos, waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam.


Live Dari Youtube


0 comments:

Post a Comment

.