KAMI menemui satu lagi video berkaitan agama yang mengajak
kita berfikir lebih lanjut. Ia berkaitan satu kumpulan dipercayai agama Budhha
menjalankan upacara sembahyan atau ritual keagamaan mereka dalam sebuah surau.
Lokasinya ialah di Surau Tanjung Sutera Resort, Tanjung
Sedili, Kota Tinggi Johor.
Video berkenaan telah dimuatnaik oleh sebtv atau pemilik
saluran YouTube sebastianphiu semalam. Surau berkenaan dipercayai surau yang
berada di dalam kawasan resort.
Video itu turut dimuatnaik di dalam blog
sebastianphiu.blogspot.com ditulis oleh Sebastian Phiu Abdullah.
Di dalam video selama 1:25 saat kelihatan kumpulan penganut
Buddha ini yang seramai 13 orang sedang menjalankan ritual mereka di dalam
ruang solat surau.
Ia jelas sebuah ruang solat kerana terdapat beberapa tulisan
ayat suci Al-Quran di dinding surau berkenaan.
Bagaimanapun, upacara ritual keagaaman Buddha dilihat
bersifat sementara kerana lihat cara tempat sembahyang mereka diletakkan dan
tambahan pula ia sebuah surau yang terletak di dalam resort.
Pada saya, mereka ini mungkin menjalani sejenis program
Budhha di resort berkenaan dan tiada lokasi untuk menjalankan upcara sembahyang
sehingga pihak resort memberi mereka kemudahan surau untuk menjalankan ucapara
itu.
Mynewshub kemudian menghubungi Pengurus Tanjung Sutera
Resort Syed Ahmad Alkaff bagi mendapatkan penjelasan.
Menurut beliau, kejadian berkenaan terjadi semalam dan
anggota rombongan terlibat datang dari Singapura.
Menurut beliau pihaknya kerap
menerima banyak rombongan dan lawatan dari pertubuhan keagamaan di resort
mereka.
“Pada mulanya, mereka meminta izin untuk sebuah tempat bagi
mereka mengadakan satu upacara meditasi, memandangkan dewan kami ketika itu
penuh kerana sedang digunakan, kami membenarkan mereka menggunakan surau hanya
untuk proses meditasi berkenaan.
“Bagaimanapun, kumpulan itu membawa peralatan mereka secara
senyap seperti tempat sembahyang di dalam video itu dan kemudian mengadakan
upacara sembahyang sebegitu rupa,” katanya kepada Mynewshub.my ketika dihubungi
hari ini.
Menurut Syed Ahmad, pihaknya hanya mengetahui kejadian itu
selepas mendapat aduan daripada orang ramai yang ternampak kejadian itu
sehingga menimbulkan sedikit ketegangan.
Pihak resort, kemudiannya mengarahkan mereka menghentikan
upacara dan semua peralatan sembahyang mereka dikeluarkan, katanya.
Menurut beliau, pihak polis turut berada di surau berkenaan
ketika kejadian dan keterangan semua pihak sudah diambil dan direkodkan
0 comments:
Post a Comment