August 13, 2013

INFO : Perbandingan Aqidah ASWJ & Syi'ah

Leave a Comment

Berikut adalah jadual perbandingan aqidah antara Ahli Sunnah wal Jama`ah dan Syiah yang disalin dari brochure yang diterbitkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:


Ahli Sunnah Wal Jama`ah
Syi`ah
1
Al-Quran adalah terpelihara dan bebas dari penyelewengan dan kekurangan.
Al-Quran yang ada sekarang terdapat kekurangan dan telah diseleweng.
2
Beri`tiqad bahawa penafsiran Al-Quran hendaklah berpandukan kepada apa yang dating dari Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam.
Berpendapat bahawa penafsiran Al-Quran hendaklah berpandukan kepada apa yang diriwayatkan Ahli Bayt dengan riwayat-riwayat yang mencela para Sahabat Nabi dan mendakwa Imam Ali sebagai tuhan serta imam selepasnya.
3
Al-Quran diturunkan sepenuhnya kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, tiada kekurangan padanya dan tiada kitab lain selepasnya.
Beri`tiqad bahawa ada mushaf yang diturunkan selepas kewafatan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam yang dinamakan mushaf Fatimah.
4
Sunnah Nabi adalah apa sahaja yang dating daripada Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam samada dalam bentuk percakapan, perbuatan atau pun taqrir.
Mengatakan bahawa percakapan Imam 12 seperti firman ALLAH Ta`ala dan sabda Nabi.  Meriwayatkan daripada Imam 12 sama seperti meriwayatkan hadith Nabi kerana Imam 12 dianggap maksum.
5
Syariat Islam telah sempurna.
Beri`tiqad bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam menyampaikan sebahagian syariat sahaja.  Dan sebahagian lagi disembunyikan dan ditinggalkan pada Imam Ali.
6
Menerima periwayatad dari para Sahabat radhiAllahu `anhum ajma`in kerana mereka adil dan thiqah (sangat dipercayai).
Menolak periwayatan para Sahabat.  Syiah beri`tiqad bahawa para Sahabat adalah penipu, contohnya Abu Hurairah.
7
Menerima semua hadith-hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim serta kitab-kitab hadith sahih yang lain.
Tidak menerima kitab-kitab hadith Ahli Sunnah melainkan yang ada persamaan dengan aqidah mereka.
8
Berpegang kepada Al-Quran, Sunnah dan Ijma’ sebagai prisip asas kepada syariat Islam.
Tidak percaya dengan Ijma` sama ada dari para Sahabat atau selain mereka tanpa kewujudan orang yang maksum bersama mereka.
9
Tiada yang maksum melainkan Rasulullah, para ambiya’ dan Rasul-rasul terdahulu.
Mereka beri`tiqad bahawa Imam-imam Syiah adalah maksum dan kemaksuman mereka adalah perkara dasar dalam prinsip Imamah.  Imam-imam Syiah tidak akan berdosa samada sengaja atau tidak sengaja.
10
Mukjizat yang dianugerahkan ALLAH kepada para Rasul dan Nabi-nabi adalah satu bukti tentang kebenaran.
Mukjizat hanya untuk para Imam Syiah.  Mereka mampu menghidupkan yang mati, menyembuhkan penyakit bisu, kusta serta mereka memiliki semua mukjizat yang dimiliki oleh para Nabi.
11
Tiada yang mengetahui perkara-perkara ghaib melainkan ALLAH.
Para Imam Syiah mengetahui perkara-perkara ghaib, tidak terhijab dari mereka akan ilmu-ilmu apa yang ada di langit, di bumi, di Syurga dan di Neraka.



0 comments:

Post a Comment

.