Pelakon dan pengacara hebat, Aaron Aziz telah mengesahkan
bahawa dompetnya telah dicuri sewaktu sedang mengikuti acara Lari Amal Aaron
ERA bertempat di Stadium Bukit Jalil pagi tadi.
Berita ini telah disahkan sendiri oleh pelakon kacak
tersebut menerusi laman Twitternya beberapa minit lalu dengan status berbunyi :
Meskipun begitu, Aaron tetap melahirkan rasa lega kerana di
dalam dompet tersebut tidak mengandungi sebarang wang tunai mahupun kad kredit.
Beberapa minit sebelum mengikuti larian amal dan insiden
kecurian ini berlaku, Aaron telah sempat memuat naik sebuah video menerusi
laman Keek-nya, di mana pada ketika itu Aaron telah melahirkan rasa tidak
percaya yang dia akan mengikuti larian amal tersebut.
Klik Sini untuk ke video Keek Aaron Aziz
0 comments:
Post a Comment