PUTRAJAYA – Seorang pendaki Malaysia yang menyertai misi ke
Base Camp Everest dilaporkan meninggal dunia, dipercayai akibat penyakit akut
ketinggian (Acute Mountain Sickness)
Jurucakap Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Nepal mengesahkan
mangsa, Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, yang juga kakitangan Perbadanan
Putrajaya (PPj) sedang mengikuti ekspedisi anjuran PPj, sementara seorang lagi
rakannya sedang dalam keadaan kritikal selepas menderita simptom sama.
Mayat mangsa difahamkan kini berada di Labuche pada
ketinggian 4,100 meter dari aras laut dan operasi untuk membawa turun mangsa
sukar kerana cuaca buruk.
Sementara itu, PPj akan mengeluarkan kenyataan dalam masa
terdekat.
Difahamkan, kumpulan ekspedisi yang disertai 13
peserta berkenaan memulakan pendakian pada 28 Mei lalu.
0 comments:
Post a Comment