BATU MAUNG: Sebahagian dari struktur jambatan kedua Pulau
Pinang yang masih dalam pembinaan telah runtuh kira-kira jam 7 malam tadi.
Kejadian berlaku di kawasan darat di sekitar Batu Maung.
Menurut Penolong Pesuruhjaya Jabatan Bomba dan Penyelamat,
Mohamad Shoki Hamzah, sebatang konkrit seberat lebih 1,000 tan serta berukuran
30 meter telah jatuh terhempap ke tanah.
Akibat runtuhan, sekurang-kurangnya sebuah kereta iaitu
Perodua Kelisa telah disahkan tertimbus, namun masih tidak diketahui samada
terdapat mangsa yang terperangkap atau tidak.
Sebuah kren juga digunakan bagi mengangkat batang konkrit
tersebut. Menurut Shoki, pihak bomba juga dikejarkan ke lokasi sebaik sahaja
kejadian itu berlaku.
Difahamkan juga, kerja-kerja pembinaan juga dihentikan buat
sementara namun pembinaan pada bahagian lainnya tidak terjejas.
Sehingga setakat ini, punca sebenar kejadian masih tidak
dapat diketahui.
Sementara itu, ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang
berada di lokasi juga mengesahkan melalui laman Twitternya bahawa struktur
sepanjang 30 meter itu telah runtuh.
Menurutnya Jabatan Bomba dan Penyelamat juga telah
memberitahu lebih kurang satu atau dua kereta telah remuk akibat runtuhan.
Katanya lagi, pihak bomba juga sedang memulakan operasi
menyelamat.
0 comments:
Post a Comment