KUALA LUMPUR : Finalis
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012), Neelofa bakal
menyarungkan gaun indah bernilai lebih RM20,000 yang telah direka khas oleh
pereka fesyen terkenal, Syaiful Baharim.
Gaun yang
menggabungkan sentuhan moden, edgy, romantik tetapi tetap anggun itu memiliki
elemen Ledakan Geometri sebagaimana tema malam gilang-gemilang ABPBH 2012 yang
akan diadakan pada 7 April ini di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Menariknya tentang
gaun ini dengan kemunculan garisan rona neon yang menyerlahkan rekaan geometri
pada gaun berkenaan dan simbahan renda Perancis yang menjadikannya lebih anggun
lagi romantis.
Berkongsi serba
sedikit tentang gaun meleret yang menggunakan tiga jenis fabrik iaitu sutera,
renda dan lame itu, Neelofa berkata dia tidak sabar untuk menggayakan gaun
malam berkenaan untuk acara permaidani merah, penyampaian anugerah dan
persembahan istimewa di malam berkenaan.
“Apa yang istimewanya
tentang gaun ini kerana ianya ringkas tetapi menepati tema acara serta kehendak
saya.
“Saya dan pihak
Syaiful Baharim telah pergi mencari sendiri 6 meter fabrik pada sebulan lalu
untuk menyerlahkan penampilan saya dan baru sekarang saya dapat melihat
hasilnya.
“Apa yang pasti,
Syaiful Baharim telah berjaya meng-Wow- kan saya dengan rekaannya yang
mengagumkan ini,” katanya ketika ditemui portal murai.com.my pada sesi fitting
di butik Syaiful Baharim, di Banfsar petang semalam.
Sementara itu, Syaiful
Baharim menerusi jurucakapnya, Megat Alfie berkata, apa yang dilihat di sini
adalah 80 peratus gaun yang telah disiapkan.
Bagaimanapun banyak
lagi proses yang perlu disudahkan bagi merealisasikan gaun untuk calon 3
kategori ABPBH 2012 itu, seperti menyematkan ratusan batu Swarovsi di bahagian
dada dan pinggan gaun berkenaan.
Tambah Megat Alfie,
apa yang membuatkan gaun ini cukup mahal, bukan sahaja kerana paduan fabriknya,
malahan juga kerana keaslian rekaannya yang telah mendapat sentuhan magik
Syaiful Baharim sendiri.
“Selama dua minggu
masa diambil untuk menyiapkan gaun Neelofa ini. Di mana ianya mengetengahkan
konsep red carpet Hollywood iaitu less is more. Satu rekaan yang bersih tetapi
mewah dari segi pemilihan fabrik, perincian dan hasil kerjanya.
“Cukup ringkas tetapi
tetap anggun lebih-lebih lagi apabila digayakan Neelofa pada malam ABPBH 2012
nanti,” katanya. – Murai
0 comments:
Post a Comment