Apa yang anda akan baca di bawah ini
mungkin akan mengejutkan. Malah mungkin ada yang tidak mahu menerima kenyataan.
Realiti kadangkala sememangnya pahit untuk ditelan. Tetapi inilah pendirian TSM
sejak dari dulu lagi. Meskipun kami menerima bantahan dan kecaman dari pelbagai
pihak, kami tetap degan pendirian kami. Kebenaran tetap akan kami dedahkan.
Contohnya dalam isu rokok, detox rendam kaki, gelang magnet, rokok elektronik
dan sebagainya.
Sesungguhnya kebenaran itu berada
pada kedudukannya yang tersendiri dan tidak akan mampu digugat oleh apa-apapun.
Dalam membongkar kebenaran, kami tidak akan menyebelahi kepentingan mana-mana
pihak. Baik atau buruk, ia perlu didedahkan agar semua orang tahu. Kolagen
adalah sejenis protein. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara
semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam
tubuh manusia.
Tidak dinafikan ia sangat penting
untuk tubuh. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian
tubuh kita. Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit. Ia membantu
melambatkan proses penuaan. Bukan membuatkan kulit yang berkedut kembali
tegang. Kenyataan ini sepatutnya diambil perhatian. Bagaimanapun, apabila usia
semakin meningkat, degradasi kolagen akan berlaku dan akhirnya menimbulkan
kedutan. Oleh sebab itu, ramai pakar kesihatan kulit menasihatkan supaya
mengambil langkah untuk merangsang pengeluaran kolagen. Ia dapat memperlahankan
proses kedutan. Salah satu caranya ialah mengambil makanan yang tinggi khasiat
menghasilkan kolagen di dalam tubuh.
Itu tidak bermakna makanan itu
'mengandungi' kolagen. Rumpai laut yang mendapat sambutan hangat di pasaran
hari ini ialah jenis agar yang diekstrak dari spesis Eucheuma Gelidium. Ia
sebenarnya sudah lama digunakan dalam masakan terutama untuk membuat kueh
agar-agar. Hari ini, disebabkan penyebaran kononnya ia mengandungi kolagen, ia
semakin mendesak orang ramai untuk mendapatkannya malah harganya kini
meningkat. Ia mendapat sambutan di kalangan mereka yang inginkan kulit kelihatan
cantik dan licin terutamanya golongan wanita. Seperti biasa masyarakat mudah
tertipu dengan apa saja iklan menggunakan teori saintifik yang cuba
mengelirukan pengguna.
Pencarian TSM tidak menemui apa-apa
maklumat tentang kandungan "kolagen" di dalam rumpai laut. Setakat
ini tiada kajian saintifik yang mendapati rumpai laut mengandungi kolagen.
Malah zat-zat yang membantu menghasilkan kolagen yang banyak boleh ditemui
dalam vitamin C seperti buah-buahan citrus, bukan dalam rumpai laut.
Buah-buahan itu sendiri tidak mengandungi kolagen.
Agak pelik bagaimana mereka boleh
mendakwa rumpai laut adalah sumber kolagen terbaik? Kolagen tidak hadir begitu
saja. Dakwaan yang mengatakan adanya 'kolagen mentah' dalam rumpai laut adalah
salah. Apatah lagi yang mendakwa 'ibu kolagen'. Tiada kolagen yang didapati
dalam bentuk mentah. Orang Jepun yang mula-mula menemui makanan rumpai laut
hanya menjadikan ia sebagai sayur-sayuran dan salad dalam hidangan mereka.
Jepun tidak memiliki tanah yang luas untuk penanaman, maka mereka beralih
kepada sumber lautan.Iklan-iklan di laman-laman web penjual rumpai laut yang
membezakan gambar pengguna sebelum dan selepas jelas menunjukkan dua situasi
yang berbeza. Gambar 'SEBELUM' diambil dengan 'cameraphone' dalam keadaan
kurang cahaya (underexposure) menyebabkan wajah kelihatan gelap dan kusam
manakala gambar 'SELEPAS' pula diambil dalam keadaan cahaya terang
(overexposure) menjadikan wajah kelihatan cerah 'berseri'.
Ia tidak memerlukan manipulasi digital
menggunakan perisian Adobe Photoshop, hanya olahan cahaya sekitar. Ini jelas
suatu bentuk penipuan. Bagi TSM dan mereka yang tahu teknik dalam fotografi, ia
tentu mudah untuk dijelaskan. Penghaslilan ProdukRumpai laut digunakan untuk
menghasilkan tiga hydrocolloids iaitu agar, alginat dan carrageenan.
Hydrocolloids ialah bahan yang larut dalam air untuk memberikan kelikatan,
membentuk gel, untuk menstabilkan produk seperti ais krim (ia menghalang
pembentukan kristal supaya ais boleh kekalkan tekstur licin).
Produk kosmetik seperti krim dan losyen
kadang-kadang melabelkan kandungan "ekstrak marin", "ekstrak
alga", "ekstrak rumpai laut" malah ada yang lebih berani
melabelkannya sebagai "marine collagen". Ini mungkin menunjukkan ia
mengandungi salah satu hydrocolloids yang diekstrak dari rumpai laut. Alginat
dan carrageenan boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit.
Yang jelas, ia tidak boleh membuatkan
wajah anda kembali remaja setelah kulit anda berkedut. Malah kajian terhadap
beberapa spesies rumpai laut kelp, wakame dan nori mendapati ia baik untuk
merawat kanser dan thyroid, bukan untuk awet muda. Hari ini, sudah ada
pengusaha produk minuman mendakwa minuman mereka mengandungi kolagen...inilah
salah satu perkara yang paling melucukan yang pernah di dengar di abad ini. Ia
juga mungkin penipuan terbesar abad ini.
Pihak berkuasa sepatutnya lebih tegas
dalam menguatkuasakan akta pelabelan produk makanan dan minuman. Jika anda
ingin terus menggunakannya, anda boleh teruskan. Sekurang-kurangnya kulit anda
sentiasa kekal lembap dan anda dapat khasiat seperti makan sayur-sayuran. Cuma
anda membelanjakan wang yang lebih untuk mendapatkan khasiat sayur-sayuran
sedangkan orang lain hanya membelanjakan beberapa ringgit untuk membeli sayuran
di pasar. Dari Mana Untuk Dapatkan KolagenKolagen tidak boleh didapati begitu
saja.
Anda tidak boleh mendakwa anda
mendapat kolagen dengan memakan 'kolagen'. Ia tidak semudah itu. Jika ada orang
mendakwa sedemikian, dia mungkin berjenaka atau dia tidak pernah belajar ilmu
biologi. Dakwaan tentang kolagen mentah, kolagen asli atau ibu kolagen dari
rumpai laut sebenarnya tidak berasas. Ia sesuatu yang diada-adakan.Orang yang
tidak tahu apa-apa tentu mudah diperdaya. Tambahan pula terdapatnya iklan
syarikat TM menunjukkan seorang pengusaha rumpai laut yang berjaya di TV. Ia
mungkin sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemikiran pengguna bahawa
"rumpai laut suatu produk yang bagus dan mendapat sambutan luarbiasa
sehingga ke luar negara."
Sebenarnya tiada apa yang ajaib
tentang rumpai laut. Walaupun ia mengandungi nutrien dan faedah kesihatan,
terdapat banyak lagi produk lain dari daratan yang sama atau dapat menandingi
khasiatnya.Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh kita. Ia tidak boleh didapati
dari luar. Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen, kita perlu
mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara
semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber
vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid
amino, ikan dan telur.
Ingat Cantik, ingat vitamin C.
Ingat juga Tiada Kolagen Dalam Rumpai Laut..
Ingat Cantik, ingat vitamin C.
Ingat juga Tiada Kolagen Dalam Rumpai Laut..
Artikel dipetik dari : http://thesecretmedicines.blogspot.com/
bro, artikel nie sangat bagus tapi tolong lah ;
ReplyDelete- tukar warna font, mayb putih atau kelabu lebih baik dari kuning
- gunakan point form/numbering supaya point-point lebih jelas
- gunakan perenggan
aku sangat minat dengan apa yang ditulis tapi memang agak meletihkan dan mengelirukan untuk baca. teruskan usaha ntok bongkar produk-produk yang tak mempunyai kesahihan saintifik
ok bro...tq...segala cadangan anda akan dilaksanakan dalam entry akan datang
ReplyDeleteinfo berguna...tq
ReplyDelete