PETALING JAYA-
Setiap calon PAS yang bertanding sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri
(DUN) atau Parlimen di Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) mesti
bebas rokok.
Ini ditegaskan
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS.
“Kalau hisap rokok,
tak boleh jadi calon,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menghadiri
mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang di ibu pejabat Parti Keadilan
Rakyat (PKR) di sini, Khamis.
Nik Abdul Aziz
sebelum ini dilapor pernah menegur sesetengah pemimpin dan penyokong PAS di
Kelantan yang merokok di khalayak ramai dan pernah melarang tabiat itu.
Mesyuarat itu
berlangsung sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan
pembubaran Dewan Rakyat bagi memberi laluan kepada PRU13.
Dalam pada itu,
Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi
jaminan pihaknya tidak akan menimbulkan kekacauan pada PRU-13.
“Di pihak DAP dan
rakan-rakan yang lain, kita jamin penyokong dan anggota kita akan berkempen
secara aman, berdisiplin dan mengikut undang-undang serta tidak akan membuat
kekecohan,” katanya.
Beliau berkata
demikian pada sidang media yang turut disertai Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kedah
Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim,
Penasihat DAP Lim Kit Siang dan pemimpin lain pakatan pembangkang.
Menteri Besar
Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak hadir kerana mempunyai urusan
lain. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment