PUTRAJAYA – Seramai 42,646 daripada 478,848 calon mendapat A
dalam semua subjek Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) lalu.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, berkata
secara keseluruhannya pencapaian UPSR pada tahun ini meningkatkan sebanyak 0.04
mata iaitu daripada Gred Purata Nasional (GPN) 2.31 pada 2012 kepada 2.27 tahun
ini.
“Manakala peratusan calon mendapat pencapaian cemerlang
(semua A) bagi semua mata pelajaran diambil meningkat 0.21 peratus iaitu
daripada 8.94 tahun lalu kepada 9.15 pada 2013,” katanya pada sidang media, di
sini, sebentar tadi.
Beliau berkata, 56.28 peratus calon mendapat minimum gred C
dalam UPSR 2013.
“Calon di bawah tahap penguasaan minimum iaitu mendapat gred
D atau E ialah 3.36 peratus, menurun 0.06 peratus berbanding 2012,” katanya.
Semua calon boleh mendapatkan keputusan UPSR mereka mulai 10
pagi di sekolah masing-masing.
wahhh..tahniak kepada semua calon yang berjaya..
ReplyDelete