November 15, 2013

INFO : Pelajar Cemerlang Terima Mini Cooper

1 comment

Siapa yang tidak bangga apabila anak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, bukan.

Malah demi memastikan kejayaan anak kadang-kadang ibu bapa menawarkan pelbagai hadiah sebagai ganjaran.

Di Sekolah Kebangsaan Zainab, Kota Bharu, Kelantan dikatakan seorang bapa menghadiahkan anaknya yang mendapat 5A dalam peperiksaan yang diumumkan semalam, sebuah kereta Mini Cooper berharga RM210,000 yang dibeli secara tunai.

Kereta dengan nombor plat KEE170 itu dikataan diberi kepada si anak di sekolahnya selepas mengambil keputusan.

Tidak pasti sejauh mana kebenaran berita ini namun ia telah disebarkan di laman sosial sejak semalam beserta gambar dan status Facebook dipercayai dibuat si bapa yang dikatakan taukeh nasi ayam.

Kalau betul tahniahlah pada anak beranak ini.




1 comment:

.