PETALING JAYA: Dalam kecenderungan pengusaha restoran
memilih untuk mengusahakan perniagaan francais jenama antarabangsa, pelawak
Zizan Razak sebaliknya percaya pada produk tempatan apabila memilih untuk
menjalankan perniagaan francais restoran Burgerbyte.
Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak berkata, dia mula
tertarik dengan Burgerbyte yang berpangkalan di Sentul selepas melihat hidangan
yang disediakan restoran berkenaan ringkas dan lazat selain konsep restorannya
yang santai dan selesa.
"Saya merupakan antara penggemar burger dan apabila
melihat konsep hidangan pelbagai jenis yang disediakan, membuatkan hati saya
terbuka untuk membuka restoran ini secara francais.
"Memandangkan sudah lama saya berniat untuk membuka
perniagaan makanan, hasrat itu saya teruskan niat untuk menjadi pengusaha
restoran ini bersama rakan kongsi saya, Rostam Affendy Abd Rahim.
"Saya juga nekad menjadi menjalankan perniagaan
restoran itu secara francais selepas kagum dengan keaslian rasa masakan Barat
daripada sebuah restoran yang diusahakan orang Melayu," katanya.
"Saya juga nekad menjadi menjalankan perniagaan
restoran itu secara francais selepas kagum dengan keaslian rasa masakan Barat
daripada sebuah restoran yang diusahakan orang Melayu," katanya.
Zizan ditemui pada majlis pelancaran Restoran Burgerbyte
miliknya di Damansara Perdana, dekat sini pada malam Sabtu.
Tambah Zizan, kesibukan dengan kerja-kerja lakonan juga
tidak penghalang untuk dirinya mengusahakan perniagaan tersebut.
"Saya percaya apabila mempunyai tanggungjawab dalam
perniagaan, sibuk macam mana sekalipun kita mesti buat.
"Mungkin saya tidaklah berada di restoran dari pagi
sampai malam tetapi sekurang-kurangnya saya akan mencuri masa untuk menguruskan
Burgerbyte sebaik mungkin," ujarnya.
Dalam pada itu, beritahu Zizan, restoran yang diusahakannya
itu mempunyai sebanyak 62 jenis masakan, malah Zizan turut menambah beberapa
menu lain sebagai memberi kelainan berbanding cawangan lain.
Burgerbyte menawarkan kepelbagaian menu masakan Barat dan
pada masa sama turut mempunyai menu citarasa masyarakat Malaysia.
Sehingga kini, Burgerbyte mempunyai tiga cawangan iaitu di
Sentul, Senawang serta Damansara Perdana.
Sementara di Sri Iskandar Perak, Bangi, Semenyih dan Bukit
Beruang, Melaka masih dalam proses pembikinan.
0 comments:
Post a Comment