Sekitar jam 9.30 malam tadi, Diana Amir telah
selamat bergelar isteri kepada Mohd Habib Bullah A. Rahman dengan sekali lafaz
dalam satu majlis sederhana tetapi meriah yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan
Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya.
Akad nikah telah disempurnakan oleh Imam Besar masjid
tersebut iaitu Hazaruddin Baharuddin. Pengantin perempuan diwalikan oleh bapa
sendiri, iaitu Amir Hashim Mohd Kassim.
Pasangan yang mengenakan busana indah hasil rekaan dan
tajaan Ezuwan Ismail ini selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz tepat jam
9.30 malam.
Sebelum berlangsungnya majlis ijab dan qabul, terlebih
dahulu berlangsung satu majlis doa selamat, khatam Al-Quran dan berinai di
Wisma Metrowealth.
Pihak perempuan menerima hantaran berupa senaskah al-Quran,
sebentuk cincin emas dengan mas kahwin RM 1,000. Pasangan ini belum lagi
memutuskan tarikh dan lokasi berbulan madu dek kesibukan masa.
Kredit Sepenuhnya kepada Rotikaya
0 comments:
Post a Comment