Kisah perkahwinan rahsia pelakon Aeril Zafrel dan Wawa
Zainal masih lagi hangat diperkatakan sehingga ke saat ini.
Biarpun kedua-duanya sudah menjelaskan sebab hubungan itu
dirahsiakan, masih ada yang pihak yang ragu-ragu atas penjelasan itu.
Antara persoalan hangat sebelum ini ialah, benarkah Wawa
menghidap penyakit misteri yang memaksanya untuk kembali ke kampung halaman di
Lahad Datu, Sabah atau sekadar alasan bagi menyembunyikan kandungannya?
Melalui sidang media yang diadakan kelmarin di Neo
Damansara, dia menjelaskan bahawa sememangnya dia terkena penyakit misteri,
memetik laporan Gua.
“Bapa saya yang hadir pada hari ini juga boleh
mengesahkannya. Adik beradik saya seramai lima orang juga terkena dengan
penyakit ini.
“Apabila saya sakit, ada individu lain yang masuk ke dalam
tubuh saya dan saya menyedari perkara ini. Selama saya sakit, saya berubat di
kampung halaman saya di Lahad Datu, Sabah.
Akhirnya, penyakit saya pulih sebelum saya melahirkan anak
saya,” jelas Wawa.
Nampaknya, persoalan itu sudah ada jawapannya. Terima atau
tidak, terpulang kepada diri masing-masing.
0 comments:
Post a Comment