Belum pun reda isu pernikahan rahsia dan melahirkan anak
yang menghimpit pelakon Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, kini timbul cerita baru
yang mendakwa Wawa sudah bertunang sebelum bergelar pelakon popular.
Wawa, 21, didakwa bertunang dengan seorang jejaka yang
berasal dari Lahad Datu, Sabah iaitu Abdul Rashid @ Johari Hambali, 39, pada
Jun, 2010 selepas beberapa bulan menandatangani kontrak sebagai artis MiG
Talent. Bagaimanapun, pertunangan mereka hanya diketahui ahli keluarga Wawa dan
Abdul Rashid saja.
Bagaimanapun kisah pertunangan Wawa dan Abdul Rashid mula
tersebar di internet dipercayai disebarkan anggota keluarga mereka apabila
cerita Wawa dan Aeril bernikah dan mempunyai anak yang didedahkan Bpop pada
minggu lalu menjadi semakin panas dan mendapat perhatian meluas dalam media
massa.
Bpop mendapat maklumat mengenai jejaka yang kini bergelar
seorang guru di sebuah sekolah rendah di Tawau, Sabah, baru-baru ini. Dengan
bantuan seorang teman, jejaka berkenaan dapat dihubungi, biarpun pada awalnya
beliau enggan membuka mulut bercerita soal peribadinya bersama Wawa sebelum
ini.
“Saya sebenarnya hanya mengetahui berita Wawa dan Aeril
berkahwin pada selasa lalu selepas diberitahu seseorang, tapi saya tidak
menghiraukannya. Bagaimanapun, saya terkejut apabila Wawa menghubungi saya pada
pagi Rabu lalu,”
“Sebenarnya tujuan Wawa menghubungi saya kerana mahu meminta
saya memberitahu adik perempuan saya supaya menghentikan menyebarkan cerita
yang pernah berlaku antara kami di internet. Wawa menangis ketika itu. Wawa
pernah menumpang di rumah adik saya di Cheras ketika mula menjejak kaki di
Kuala Lumpur,”
“Saya tanya dia, adakah betul sudah berkahwin dan mempunyai
anak? Dia cakap betul…. Jadi betullah cerita yang terbongkar itu. Dia cakap
mahu saman beberapa pihak yang mendedahkan cerita peribadinya itu. Saya cakap
kenapa nak saman jika cerita pernikahan dan mempunyai anak itu adalah perkara
betul. Bukan kenyataan fitnah!”
“Jujurnya, saya tersentak dan sebak sebenarnya apabila Wawa
mengakui dirinya sudah berkahwin dan mempunyai anak, sedangkan pertunangan kami
belum diputuskan. Saya tanya kenapa tidak berterus terang mahu berkahwin, saya
tidak kisah untuk melepaskannya. Saya sudah agak dari awal lagi inilah risiko
bertunang dengan seorang artis,”
“Tapi, Wawa ketika itu terus menangis. Dia tidak mahu saya
membocorkan cerita pertunangan kami. Saya tahu Wawa cukup sengsara dengan apa
yang dihadapinya. Saya sebolehnya tidak mahu Wawa terseksa, apatah lagi dalam
keadaan sekarang. Bagaimanapun, saya tidak mampu menutup mulut orang terutama
kaum keluarga yang mengetahui kami masih mempunyai ikatan pertunangan,”
“Saya terkejut bagaimana wartawan dapat menghidu cerita
kami, malah boleh menghubungi saya. Soalnya, saya pula terpaksa bersoal jawab
dengan wartawan,”
“Saya sebolehnya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Saya
sempat bertanya kepada Wawa, siapakah lelaki yang dinikahi. Dia beritahu
suaminya adalah lelaki yang tidak disukai dulu. Dia adalah pelakon yang
membintangi drama Klik bersamanya dulu. Jadi, saya tahulah lelaki yang
dimaksudkan adalah Aeril,”
“Saya tanya lagi kenapa berkahwin dengan lelaki yang pernah
dibenci, dia hanya menangis saja. bapa Wawa juga ada menghubungi saya pada Rabu
lalu, dia mohon maaf kepada saya. Saya tanya kenapa tidak beritahu Wawa sudah
berkahwin, dia sebaliknya mempertikaikan kenapa tidak diberi nafkah bulanan.
Menjadi budaya di sini, lelaki kena memberi nafkah kepada tunangnya setiap
bulan,”
“Saya jelaskan padanya sebelum ini saya tidak berduit, duit
simpanan bekerja habis digunakan ketika datang ke Kuala Lumpur membawa Wawa
pada penghujung 2009 untuk mencari penghidupan baru,” katanya
.
Abdul Rashid berkata, dia bertunang dengan Wawa atas desakan
keluarga Wawa pada Jun 2010, iaitu selepas beberapa bulan Wawa diterima sebagai
artis MiG, bagaimanapun ketika itu dia belum terbabit dengan mana-mana projek
filem. Majlis pertunangan berlangsung antara keluarga saja di Lahad Datu,
manakala mereka berdua berada di Kuala Lumpur.
“Majlis pertunangan kami diatur keluarga, selepas bapa Wawa
mendesak saya dan Wawa bertunang. Saya faham orang tua Wawa tentunya bimbang
apabila Wawa bersama saya di Kuala Lumpur. Sekurang-kurangnya kami mempunyai
ikatan pertunangan,”
“Keluarga saya menghantar cincin dan wang hantaran. Tidak
perlulah saya beritahu berapa jumlah diberikan. Jadi, pada ketika itu, kami
sudah rasmi sebagai tunangan. Bagaimanapun, selepas gambar saya dan Wawa
tersiar dalam satu blog hiburan, kami mula takut,”
“MiG tidak membenarkan mana-mana artisnya bercinta dan
berumahtangga. Saya ambil keputusan melepaskan Wawa selepas MiG menyediakan
rumah untuknya sebagai tempat berteduh. Saya lihat Wawa ketika itu solat 5
waktu tidak pernah tinggal. Saya tidak mahu kehadiran saya sebagai tunangan
Wawa diketahui orang, ini kerana saya memikirkan Wawa baru saja nak menapak
sebagai pelakon,”
“Sebelum ini jika orang bertanya mengenai saya, Wawa akan
mengatakan kami mempunyai tali persaudaraan. Malah, berita kami bersaudara
pernah disiarkan dalam beberapa blog bersama gambar kami. Tapi, hakikatnya,
saya adalah tunangan Wawa,”
“Saya pulang ke Lahad Datu pada pertengahan 2012, sebelum
mendapat kerja mengajar di sebuah sekoalh rendah di Tawau sehingga hari ini,”
katanya yang mengakui masih bujang sehingga kini.
Abdul Rashid @ Johari Hambali yang mengakui dirinya adalah
tunangan Wawa turut menjelaskan, dia adalah insan yang bertanggungjawab membawa
Wawa ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki.
“Sebelum ini, saya bekerja di sebuah agensi kerajaan selama
16 tahun di Lahad Datu. Tapi, apabila saya berkawan dengan Wawa, ada teman yang
iri hati menyebabkan kerjaya terjejas dan saya hampir ditukarkan ke tempat
lain. Jadi, saya terpaksa berkorban, saya ambil keputusan berhenti kerja pada
November 2009.
Selepas itu, saya dan Wawa nekad berhijrah ke Kuala Lumpur untuk
penghidupan baru,”
“Sebenarnya, saya tidak terfikir mahu menjadikan Wawa
sebagai pelakon tapi apabila terpandang iklan Pertandingan Ratu Cantik Amcorp
Mall, saya menyuruh Wawa mencubanya. Dia bernasib baik kerana mendapat tempat
kedua tapi kami ditipu. Sejak itu, saya mula mengusung Wawa ke sana sini untuk
menjalani ujibakat. Banyak agensi yang dicuba,”
“Saya menghantar profil Wawa ke MiG Pictures dan KRU
Studios, tapi hanya MiG memberi respon. Saya masih ingat, saya jugalah yang
menghantar Wawa untuk ujibakat di pejabat MiG di Subang Jaya. Saya menunggunya
di bawah pejabat MiG,”
“Pada hari ujibakat itu jugalah Wawa menandatangani kontrak
sebagai artis MiG,” katanya.
Abdul Rashid berkata, dia meminta keluarganya ke rumah
keluarga Wawa untuk memutuskan pertunangan antara mereka pada Jumaat lalu.
“Keluarga saya datang melamarnya dengan cara adat jadi
biarlah kami putus dengan cara baik. Saya dan keluarga saya hanya minta Wawa
memulangkan cincin yang diberi dan wang hantaran sekali. Itu saja….”
“Saya tidak kesal dengan apa yang berlaku, semuanya sudah
tertulis buat saya. Tidak guna melayan kekecewaan kerana nasi sudah menjadi
bubur. Selepas ini, saya mahu menutup buku cerita antara saya dan Wawa. Saya
tidak akan menanggungnya. Dan itupun yang saya lakukan selama hari ini,”
“Selepas Wawa menandatangani kontrak selama 5 tahun dengan
MiG, kami tahu tidak boleh berkahwin selagi kontrak belum tamat. Jadi, saya
sanggup menunggunya. Saya berpegang pada janji, tapi nampaknya Wawa tidak ingat
dengan janji-janjinya,”
“Kami pernah berjanji mahu berkahwin selepas habis kontrak.
Saya setia dan tidak mungkir janji.
Bagaimanapun, ketika saya pulang ke Sabah,
hati saya sudah mula terdetik, jika selepas 5 tahun, hunbungan kami masih OK,
maknanya itulah jodoh kami, jika sebaliknya, saya redha,”
“Tapi, saya dapat merasai Wawa berubah hati selepas saya
pulang ke Sabah. Dia hanya menghubungi saya sekali, itupun kerana timbul
masalah dengan adik saya. Sejak itu, jika saya menghubungi atau menghantar SMS
kepadanya, dia tidak pernah menjawab atau membalas,”
“Kali terakhir bertemu apabila Wawa datang berhari raya di
rumah saya pada 2012, iaitu selepas saya pulang semula ke Sabah. Sejak itu, dia
tidak pernah memberitahu saya jika dia pulang ke Lahad Datu.
Wawa mengakui dia
kini berada dirumah orang tuanya di Lahad Datu,” katanya yang mendakwa
mengenali Wawa sejak pelakon itu bersekolah dalam tingkatan 5.
0 comments:
Post a Comment