Seorang lagi
mangsa keracunan makanan kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat
sini meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani
hari ini.
Pengarah
Jabatan Kesihatan Kedah Dr Ismail Abu Taat berkata Wan Razali Yaakob, 56,
disahkan meninggal dunia pukul 7.15 malam selepas dimasukkan ke Unit Rawatan
Rapi hospital itu pagi semalam.
Katanya
mangsa yang berasal dari Kampung Banggol Belau, Merbok berada dalam keadaan
kritikal sejak dimasukkan ke HSAH.
Kematian
terbaru ini menjadikan jumlah mangsa yang meninggal akibat keracunan makanan
daripada kenduri kahwin itu meningkat kepada empat orang.
Semalam tiga
mangsa meninggal dunia berikutan mengalami keracunan makanan selepas menghadiri
majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini Sabtu lepas.
0 comments:
Post a Comment