Jutaan tahniah diucapkan buat mereka berdua kerana Linda
Hashim telah disahkan hamil 7 minggu.
Paling kelakar apabila Linda Hashim memberitahu yang Beego
melompat kegembiraan apabila ujian kehamilan disahkan positif. Teruja sangat la
tue. Kata Linda kepada MediaHiburan:-
Selepas kandungan berusia sebulan lebih baru ia dapat
disahkan. Sebelum ini, saya memang kerap rasa tidak sedap badan tetapi saya
tidak mahu terlalu berharap, bimbang keputusannya kelak mengecewakan. tetapi
sebaik sahaja disahkan oleh doktor, kami rasa bersyukur sangat dan Beego adalah
orang yang terlalu teruja sehingga dia melompat ketika keputusan ujian
kehamilan menunjukkan hasil positif. Sekarang saya sering merasa lapar walaupun
selepas makan dan setakat ini saya belum muntah. Cuma saya kerap merasa loya
dan tidak sihat sahaja. Beego juga cukup mengambil berat dengan kesihatan saya
sekarang ini
Linda dijangkakan bakal melahirkan anak hasil perkahwinan
mereka pada bulan April tahun depan. Kepada Linda, jangan buat kerja-kerja kuat
terutamanya di trimester pertama ini. Banyakkan berehat. Sekali lagi tahniah
buat pasangan ini. Semoga segalanya dipermudahkan sehingga hari kelahiran
kelak.
0 comments:
Post a Comment