KUALA LUMPUR — Polis menyerahkan kes mensabotaj
filem KL Gangster 2, yang dimuat naik di laman video perkongsian YouTube
sebelum tarikh penayangan, kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) dan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk
siasatan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman,
Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata polis menerima laporan berhubung kes
filem arahan pengarah terkenal, Samsul Yusof, itu pada 4 petang Isnin lepas
yang dibuat bapanya Datuk Yusof Haslam.
Beliau berkata, polis sudah meneliti laporan itu dan
mendapati ia lebih menjurus kepada skop siasatan SKMM dan KPDNKK.
“Kita dapati ia lebih mirip kepada dua agensi terbabit
dan sudah serah kepada mereka kelmarin untuk tindakan selanjutnya.
“Walaupun siasatan sudah dirujuk kepada dua agensi
berkenaan, kita masih membantu mereka untuk mengenal pasti individu yang
terlibat dalam memuat naik filem itu di YouTube,” katanya pada sidang
media di sini hari ini.
Syed Ismail berkata dalam laporan sama, Yusof turut mendakwa
filem itu juga sudah dibuat dalam bentuk video cakera padat (VCD) dan dijual di
pasar malam.
“Kita sudah arahkan anggota kita untuk buat pemeriksaan di
kawasan pasar malam bagi menyiasat dakwaan itu,” katanya, sambil menambah
setakat ini tiada tangkapan dibuat kerana siasatan masih di peringkat awal.
Filem itu dijangka ditayangkan di pawagam pada 3 Okt.
Samsul menerusi facebook miliknya sebelum ini memberitahu
Skop Production dan Grand Brilliance akan mengambil tindakan tegas terhadap
mana-mana pihak yang didapati terbabit memuat naik dan mengedarkan filem itu di
mana-mana media.
Bernama
kesian Shamsul kan.. awat buat dia lagu tu?
ReplyDelete