Hari ini melalui mStar Online, Rozita
memberitahu yang dia gemar memakai pakaian ketat untuk menjaga bentuk tubuhnya
agar kekal langsing.
Sebenarnya dari dahulu lagi saya suka memakai baju-baju
yang mengikut tubuh badan. Memakai baju-baju ketat dapat memudahkan kita kesan
kegemukan kita.
Dan bila kita pakai baju ketat, ia sekali gus membuatkan
kita berdisiplin dalam pemakanan dan hanya memakan makanan dalam jumlah sedikit
agar perut tidak nampak menggelebeh.
Kalau difikirkan, memang ada benarnya kata Rozita. Kalau
baju dah tak muat tu, maknanya kena berdietlah tu kan?
Dia juga berkata yang dia hanya mengehadkan amaun makanan
yang dimakan, bukan jenisnya. Menurut Rozita juga, dia tidak begitu gemar
mengikut trend fesyen.
Memang saya tak ikut trend kerana ada jenis-jenis fesyen
yang tidak bersesuaian dengan diri saya.
Seperti sekarang, ramai yang menyukai baju jenis ‘peplum’
tetapi bukan saya kerana ia langsung tidak bersesuaian dengan diri saya yang
memiliki badan pendek tetapi kaki yang panjang.
Bagi saya, tidak perlu nak terlalu mengikut trend
sehingga menjejaskan penampilan diri.
apela yg makcik ita ni mengarut ni?? xkan sampai ke tua nak pakai ketat makcik ita weih...
ReplyDelete