Menurut Azman Mohd Nayan, 49, kejadian berlaku pada jam 12
tengahari pada 12 September lalu.
Katanya, dia menegur tindakan pasangan tersebut yang
meletakkan kereta mereka di kawasan yang tidak sepatutnya.
Jelasnya, pada mulanya pasangan tersebut dilihat berborak
hampir 10 minit.
Lalu, kata Azman, dia meminta mereka meletakkan kereta di
tempat yang sepatutnya jika mereka hendak berada lama di situ.
” Saya cakap pada mereka sekiranya lambat lagi, mereka
perlu ‘park’ kereta di tempat sepatutnya.
” Dia kemudiannya memaki hamun saya, kata saya ‘tak guna’
sampailah perkataan jantan dayus pun keluar.
” Muka cantik tapi tiada adab, suaminya yang ada di
sebelah hanya mendiamkan diri tidak berbuat apa-apa,” jelasnya di sini
hari ini.
Selepas insiden tersebut, Azman berkata, pemain bola sepak
kelab Johor Darul Takzim (JDT) itu tidak mahu bersalam dengannya walaupun dia
cuba berbuat demikian.
” Lepas itu saya nak pergi jumpa lelaki dia, nak minta
maaf lebih kuranglah, mungkin saya pun terkasar atau apa-apa.
” Bini dia tetap rakam gambar saya dan maki hamun saya.
Saya tak boleh terima dan saya tak nak dia ambil gambar saya, saya tepislah
gambar tu (kamera).
” Lepas tu dia keluar, dia tendang saya, lelaki dia tolak
saya,” katanya.
Menjelaskan lebih lanjut insiden itu, Azman berkata, dia
tidak begitu mengenali lelaki tersebut adalah Mat Yo kerana tidak mengikuti
perkembangan bola sepak tanah air.
Difahamkan kedua-dua pihak yang terlibat telah pun membuat
laporan polis berhubung insiden tersebut.
“Dah report dah, saya buat report, dia pun buat report,
sekarang ini saya tunggu (tindakan) dari dia.
“Di sini ada CCTV, bila polis dah tengok, bos saya dah
tengok, semua orang dah tengok memang betul bini dia tendang saya (di celah
kangkang). Suami dia tolak saya,” jelasnya lagi.
Menurut Azman, isteri Mat Yo juga mendakwa dirinya seorang
kerabat sambil menunjukkan plat kereta Mini Cooper yang dipandunya mempunyai
lambang kerabat diraja.
video dah takde la.. huhu..
ReplyDelete