Fatih Seferagic, hafiz yang terkenal kerana kemerduan suara
mengalunkan ayat suci al-Quran, mengakhiri zaman bujangnya hari ini. Perkara
gembira ini dikongsikan menerusi Facebook beliau, sambil meminta agar
keputusannya ini diiringi doa.
Fatih, warganegara Bosnia yang dilahirkan di Jerman ini mula
menghimpun peminat di seluruh dunia apabila video-video bacaan Al-Quran yang
dialunkannya tersebar di Youtube.
Profil unik dimilikinya iaitu bergelar hafiz pada usia
semuda 12 tahun selain memiliki wajah kacak melonjakkan lagi namanya dalam
kalangan belia Islam. Kini Fatih merupakan Ketua Pemuda di Masjid Syaikh Yassir
Brijas di Dallas, Texas, Amerika Syarikat.
Populariti dimiliki Fatih turut membawanya ke Malaysia pada
22 Jun 2013 hingga 7 Julai 2013 lalu.
Selamat berbahagia diucapkan kepada Fatih. Semoga dia terus
menjadi ikon terbaik buat belia Islam seluruh dunia.
tahniah kepada fatih :)
ReplyDelete