Pengarah muda berbakat besar melahirkan perasaan cukup
kecewa diatas pencerobohan terhadap filemnya KL Gangster 2 ke laman Internet
oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Menurut bapanya, Datuk Yusof Haslam,
Syamsul sangat tertekan dengan kejadian yang berlaku keatas karya yang ke
lapannya kerana telah bertungkus lumus menyempurnakannya selama 2 tahun.
Malah, Datuk Yusof juga memberitahu bahawa Syamsul tidak
boleh tidur dan hanya mengadap komputer didalam bilik kerana mahu memadamkan
setiap link yang telah tersebar di laman Internet.
“Sebagai pembikin filem, Syamsul cukup kecewa. Semasa
tahu dia tahu tentang berita ni, dia hubungi ibunya dulu. Kemudian dia hubungi
saya. Saya jumpa dia dan saya peluk dia. Saya beri dia semangat. Saya katakan
padanya, walau apapun yang terjadi, saya akan tetap sentiasa menyokong dia.
“Sejak hari pertama dia dapat berita ni dia tak boleh
tidur. Dia jaga internet. Dia pun saya tengok dah bertambah kurus”, katanya
ketika di sidang media khas bagi menghuraikan isu filem KL Gangster 2 telah
dibocorkan di internet.
Dalam pada itu juga ibu Syamsul, Datin Fatimah Ismail yang
turut hadir pada sidang media itu juga memberitahu bahawa Syamsul asyik
berkurung didalam biliknya sahaja sejak kejadian itu berlaku.
“Dia asyik berkurung dalam bilik. Katanya dia nak
berjuang habis-habisan. Dia nak padamkan link-link yang keluar di internet”,
katanya.
KL Gangster 2 yang merupakan filem prekuel kepada KL
Gangster mula dihasilkan sejak pertengahan 2011. Filem terbitan Skop Production
yang menelan kos RM 4.5 juta ni menampilkan barisan pelakon seperti Aaron Aziz,
Adi Putra dan Rosyam Nor. Filem inijuga secara eksklusifnya bakal menemui para
penonton di 100 buah pawagam seluruh Malaysia mula 3 Oktober ini dan sebanyak 7
pawagam di Singapura.
kesiannye...
ReplyDeletedugaan buat dirinya sebagai anak seni
jemput join segmen ni mr mambang klo free:
http://umikasum.blogspot.com/2013/08/segmen-tinggalkan-url-blog-url-entry.html
pemenang akan memenangi hadiah: ankle bracelet & wallet
jom la join :)