Lelaki yang menjadi buruan polis selepas membelasah isteri
dalam lif sebuah hospital swasta di Bukit Mertajam, Isnin lalu menyerah diri di
Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan jam 4.45 petang Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan
Kesah berkata lelaki berusia 36 tahun itu menyerah diri pada pukul 4.45 petang.
“Saya dimaklumkan oleh IPD Kuantan, lelaki yang dikehendaki
polis Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung rakaman CCTV yang
membelasah isterinya telah menyerah diri di sana.
“Kita akan bawa lelaki itu balik ke Pulau Pinang bagi
mendapatkan perintah reman untuk siasatan berhubung kejadian itu,” katanya
ketika dihubungi.
Beliau berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 323 Kanun
Keseksaan dan polis percaya dengan penahanan lelaki itu, ia dapat menyelesaikan
kes berkenaan dalam tempoh terdekat.
Rakaman CCTV yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas
dalam laman Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya
sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh,
menampar dan menendang mangsa beberapa kali.
Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu
yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.
Sementara itu, beberapa pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat
hari ini melawat mangsa di rumahnya di Mengkuang.
hope dpt hukuman yg setimpal dgn perbuatannya
ReplyDeletesian tgk wife dia tu
jemput baca & komen entry yumida:
http://umikasum.blogspot.com/2013/08/jom-komen-blog-jejaka-jambu-aka-mr-nan.html
pengomen bertuah bakal memenangi hadiah..jemput la singgah :)