August 30, 2013

BERITA : Nenek Dikelar Hingga Mati

2 comments

DENGKIL - “Saya tidak dapat menahan sebak sebaik melihat kedua-dua matanya terbeliak selain lehernya cedera parah seperti kesan sembelihan,” kata V Gomathy, 20-an, kakak angkat kepada seorang kanak-kanak berusia dua tahun dikenali Yamuni yang maut dibunuh dalam kejadian, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 petang di sebuah rumah teres setingkat di Taman Dengkil Jaya itu, kanak-kanak perempuan itu adalah antara tiga sekeluarga yang maut dengan kesan tikaman dan kelar membabitkan seorang wanita warga emas dikenali sebagai Muniamah, 64, dan seorang cucu lelakinya dikenali sebagai Kugan, 21.

Mayat ketiga-tiga mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan tikaman dan kelar senjata tajam masing-masing di leher, perut, dahi dan beberapa bahagian badan lain di ruang tamu serta bilik di rumah berkenaan.


Gomathy berkata, dia menemui mayat ketiga-tiga ahli keluarganya itu sebaik tiba di rumah jam 2 petang selepas selesai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik di Putrajaya.

Katanya, sebaik tiba di rumah, dia mendapati adik lelakinya berusia tujuh tahun yang baru pulang dari sekolah berada di luar pekarangan rumah dan mendakwa tidak dapat masuk ke dalam rumah kerana pintu terkunci.


2 comments:

.